Monday 31 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Maseh serba kekurangan?



SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? 

Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.

Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.

Soal MODAL ! , modal apa tu ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?

Jawab MODAL tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB.

Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.
Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.

Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.
Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU.

IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa ?
Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT.

Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :-
Surah Al Hijr Ayat 29
Aku hembuskan kepadanya daripada Ruh-Ku
Itulah yang dimaksudkan YANG SEDIKIT.

DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.

Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.

Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .

Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. 

Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?

Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.

Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.

Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.
SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS.

BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA . Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ?

bersambung...

Sunday 30 July 2017

MENSUCI DIRI

MENSUCIKAN DIRI...........
Kita semua diajar guru / ustaz supaya MENYUCIKAN DIRI ..supaya menjadi manusia yang baik..soleh dan solehah ...

Kita terlupa bahawa DIRI kita yang sebenarnya MEMANG SUDAH SEDIA SUCI dan DIA-lah Yang MENYUCIKAN...

kalau DIA tak gerakkan tangan cuci bontot kita bila buang air besar..dah lama berulat dah..

cubalah katakan dengan penuh syukur ..ZAT MENYUCI SIFAT..kan lebih baik dan

katakanlah apabila mandi ..Ya Allah Engkaulah YG MAHA SUCI dan MAHA MENYUCIKAN...sempurnakanlah segala anggota badanku luar dan dalam

Kan sesuai dengan IMAN dan TAUHID kita ....

kalau apa yang  ditulis ni tak betul..
senang je...
lupakan saja...
terima kaseh...

CARI JALAN SENDIRI

JANGANLAH asyik MENUMPANG JALAN..carilah JALAN SENDIRI...
setiap hal ada JALANNYA...tak tahu jalan maka tak sampai sampailah ke DESTINASI...

Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. 

Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?
Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.

Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.

CAPAI NIKMAT HIDUP

CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR.

Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar.

Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!!
Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA DAN TENAGA LEMAH.

RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja.

Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.

Tenaga dan Cahaya - Tenaga Hidup



TENAGA HIDUP
TENAGA adalah punca kuasa kepada segala sesuatu. Untuk hidup, Roh juga memerlukan kuasa dari TENAGA ini. Makanya, Roh BUKAN tenaga tetapi penzahiran TENAGA. Namun, punca segala sesuatu itu adalah dari satu INTISARI TENAGA (ZAT) yang sama. TENAGA itu menzahirkan DiriNya kepada pelbagai Nama yang berbeda mengikut Sifat dan Perbuatan yang berlaku keatasnya.

Contoh : CAHAYA mentol itu ibarat ROH. Mentol ibarat jasad. Elektrik adalah TENAGA.

Mentol bercahaya kerana menerima TENAGA letrik yang disalirkan melalui mentol.
Makanya, Cahaya bukan Elektrik tetapi penzahiran Elektrik. TENAGA Elektrik itu tidak nampak, tapi kuasanya sentiasa ada. Bila Tenaga Elektrik itu mengalirkan kuasanya kepada mentol, barulah cahaya terhasil. Mentol tidak bermakna tanpa cahaya. Cahaya pula tidak akan terzahir tanpa 

TENAGA.

Makanya, TENAGA itu menjadi sumber kepada mentol dan kepada cahaya. TENAGA itu meliputi mentol dan meliputi cahaya. Namun TENAGA bukan mentol dan bukan cahaya. TENAGA hanya penzahiran (tajali) mentol dan penzahiran cahaya. Tanpa TENAGA, mentol dan cahaya tidak wujud.

TENAGA adalah NAMA khas. TENAGA akan menjadi GANTINAMA atau berubah nama kepada nama-nama lain bila SIFAT dan PERBUATANNYA berubah. Cahaya dan Mentol adalah gantinama yang merujuk kepada TENAGA yang sama.
Sama tapi tak serupa !

Yang demikian kita rumuskan bahawa ada DUA TENAGA HIDUP pada kita ini :-
Pertama TENAGA LAHIR yang berasal dari tenaga hidup YANG DIHIDUPKAN yang menjadi TENAGA JASMANI. Datangnya dari ZAT MAKANAN yang kita makan dan minum.
Kedua TENAGA BATIN yang bersal dari TENAGA HIDUP YANG SEBENARNYA HIDUP yang ADA DIDALAM dan DILUAR batang tubuh kita. Dialah POHON KEHIDUPAN. Dialah yang dikatakan DIRI. Dia juga yang dikatakan HIDUP Dia juga yang dikatakan NYAWA. Dia jugalah yang dikatakan RUH. Dia jugalah yang dirujuk sebagai AL – LATIFAH RABBANIAH atau KETUHANAN ( bukan Tuhan tetapi Ketuhanan ) dan dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Aku pula menyebutnya sebagai AKU. Tenaga ini TENAGA HEBAT YANG TERSEMBUNYI DIDALAM DIRI kita yang selama ini belum pernah kita ketahui apalagi kita kuasai dan gunakan. 

bersambung...

Saturday 29 July 2017

diatas dan rahasia

Nur diatas Nur
Cahaya diatas cahaya
Tenaga diatas tenaga
Kuasa diatas kuasa
Gelombang diatas gelombang
Frekuesi diatas frekuensi
Getaran diatas getaran
Sirrullah Sirrrrrŕrrrrrrrrrrrrr
KUN
Insan adalah rahsiaKU
RahsiaKU adalah Insan itu sendiri

nafi isbat

Nafi dan Isbat

Nafi maksudnya menidakkan sementara Isbat pula maksudnya mengiyakan atau mensabitkan kepada Allah.

Pada peringkat pertama yang dinafikan ialah Jasad dan yang di-iyakan ialah nyawa. Seperti dinafikan badan yang hidup diiyakan atau diakui yang hidup ialah nyawa, bermaksud nyawalah yang menghidupkan badan.

Pada peringkat kedua yang dinafikan ialah Nyawa dan diiyakan ialah Zat Allah SWT. Seperti walaupun nyawa yang menghidupkan badan yang mati itu, nyawa itu sendiri mendapat punca hidupnya dari Sifat Hayyun Zat Allah sendiri.

NAFI DAN ISBAT Dalam Wudhu.

Yang menyucikan ialah air. Yang suci lagi menyucikan kerana sifat Maha SuciNya ialah Allah SWT.

Pertama hendaklah difahami objektif berwudhu itu. Jika dikatakan untuk membersehkan anggota badan yang fizikal, maka yang lebih baik ialah mandi bersabun atau berlangir limau setiap kali hendak bersembahyang.

Jika dikatakan membersehkan batin atau qalbu , maka apakah yang hendak dibersihkan ?
Ini kita kena perhatikan proses pengenaan air kepada anggota badan secara tertib.

Pertama membasuh muka, maka yang terkena air ialah muka, mata dan mulut. Muka lambang hidup atau hayat, mata lambang melihat atau basar, mulut lambang bercakap atau kalam. Hayat, Basar & Kalam adalah Sifat Allah..milik Allah. Inilah yang kita nafikan bahawa sifat sifat itu bukan sifat sifat kita sebagai manusia tetapi SIFAT MAANI ALLAH SWT.

Seterusnya kita mengenakan air kepada tangan, kepala, telinga dan kaki. Tangan lambang bergerak atau kuasa yakni Kudrat, kepala lambang ilmu atau pengetahuan yakni Sifat Ilmu Allah, telinga mendengar yakni Sama’ manakala kaki melambangankanhajat atau kehendak yakni iradat. Sifat siapakah ini. Ya Sifat Allah, maka kita nafikan ianya sebagai sifat sifat milik kita . Kita akui bahawa sifat sifat itu ialah Sifat Sifat Allah sendiri.

Proses dan perlakuan inilah yang disebut sebagai penceraian atau perpisahan. Bagi yang bertauhidkan Wahdaniatullah , mereka sentiasa memandang dbahawa hanya ada satu wujud yaitu Allah.
Untuk membuat pengakuan Tauhid melalui ibadah wudhu, maka perlu melupakan sekejap akan ke-esa-an itu dan mengwujudkan semula ke-ada-an dirinya menjadi dua kewujudan semula. Ini dikatakan sebagai PEMISAHAN

MENAMBAH-NAMBAH itu BID'AH namanya..tetapi tak sah semayang jika takdo air somayang sodangkan ambik air somayang takdo pulak lam Rukun 13 ????

Bila dilakukan penafian wujud diri melalui proses wudhu itu , maka wujudlah semula kesedaran – ke-esa-an yang disatukan semula didalam solat. Maka jadilah yang berbuat atau melakukan solat itu Zat yang meliputi jasad manusia itu yakni Zat Allah. Maka solat itu ialah perbuatan Allah atau Af’al Allah dan bukan lagi perbuatan manusia yang kelihatan bersembahyang itu.

Maka dikatakanlah secara indah : Allah memuji DiriNya untuk DiriNya melalui pentajallianNya. INI DIKATAKAN SEBAGAI PENYATUAN.

Berkaitan wudhu itu perpisahan & solat itu penyatuanlah , fakir mengsyorkan agar wudhu itu dijadikan Rukun Solat yang pertama menjadikan Rukun Solat itu 14 dan bukan lagi 13 saperti lazimnya.


Diri Yang DiCari

DIA adalah DIRI YANG DICARI...
DIRI YANG HENDAK DIKENAL yakni DIRIMU YANG SEBENARNYA............
Man Arafa NAFSAHU Faqad Arafa RABBAHU...
Sesiapa yang mengenal DIRINYA sungguh telah kenal TUHANNYA..
Setahu kita, DIA telah ada bersama kita dan adalah Dia itu kepunyaan kita, KURNIA atau ANUGERAH yang Maha Esa lagi Maha Besar kepada kita. DIA datang dariNYA dan akan kembali kepadaNYA pula. Dan adalah kedatangannya kepada kita untuk Kesempurnaan Kejadian kita. Dan tidaklah sempurna kita rasanya, kalau kita tidak mengetahui, mengenal dan MENEMUInya.
Adalah DIA langsung dari Yang Maha Esa dan adalah keadaan kita dijadikan dari yang telah dijadikan. Tingkatnya juga lebih tinggi dari kita kerana DIA ASLI ( original ) dan kita dari yang dijadikan, sungguhpun yang menjadikan kita itu Tuhan Yang Maha Esa juga.
Satu ASAL, tetapi berlainan KE-ADA-AN. DIA ada tetapi tiada, kita ada dan nyata, DIA yang telah berada bersama kita, bahkan terkandung didalam batang tubuh kita, kenapa kita tidak dapat menemuinya ?
Tuhan telah memberikannya kepada kita untuk HIDUP bukan untuk MATI.
Jadi nyatalah sudah ada KELEBIHANNYA dari kita dan Rahsia Hidup dan kehidupan kita padanyalah LETAKNYA.
Dan kalau kita ingin hidup bahagia, tentu DIA MESTI KITA CARI dan KITA TEMUI, seperti telah dikatakan diatas, PADANYALAH TERLETAK RAHSIA HIDUP itu.

Tenaga dan Cahaya - Gelombang Tenaga pada kita



"TIDAKKAH KAMU MEMERHATIKAN ?"

GELOMBANG TENAGA PADA KITA..

Pada manusia ada 7 gelombang tenaga.
1-ditapak tangan kanan - gelombang qudrat
2-ditapak tangan kiri - gelombang irodhat
3-diotak - gelombang ilmu
4-dijantong - gelombang hayat
5-dimata - gelombang basar
6-ditelinga - gelombang sama'
7-dimulut - gelombang kalam.

Tujuh gelombang ini adalah sumber kekuatan bagi manusia yang mana gelombang² tenaga itu merupakan multi fungsi bagi segala hajat.

Ini bukan cakra (budist dan hindu) tetapi ini adalah hakikat penyataan tajalliat zatullah kepada ujud ini.

ان الله عالم الغيب والشهاده 

Sesungguhnya Allah mengetahui yg ghaib dan yg nyata. Maqomnya di akal.

الله لا اله الا هو الحى القيوم
 
Allah tiada tuhan melainkan dia yang maha hidup lagi berdiri sendiri. Maqomnya di jantong.

وهو على كل شئ قدير
 
Dan Dialah diatas segala kekuasaan. Maqomnya di tangan kanan.

يد الله فوق ايديهم
 
Tangan Allah diatas tangan² kamu. Maqomnya di tangan kiri.

ان الله السيع العليم
 
Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui. Maqomnya di telinga.

ان الله بصير بما تعملون
 
Sesungguhnya Allah maha melihat apaap yang kamu kerjakan. Maqomnya di mata.

وكلم الله موسى تكليما
 
Dan Allah berkata kepada musa dengan kalamNya. Maqomnya di lidah.

Inilah kenyataan gelombang dari Dzatullah Maha Diri yg suci.

bersambung...

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...