Friday 6 April 2018

KELUARLAH DARI DIRIMU SECARA SEMPURNA

KELUARLAH DARI DIRIMU SECARA SEMPURNA AGAR DAPAT TUNDUK MENJADI HAMBA DAN AGAR DIANUGERAH TAUHID HAKIKI...

” Keluarkanlah dari sifat-sifat kemanusiaanmu, setiap sifat yang menyalah ubudiyah-mu (penghambaan), supaya mudah bagimu menyambut panggilan Al-Haq (Allah) dan mendekat ke hadirat-Nya. ”
--Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam.

Kesemua sifat yang asli pada manusia (sifat basariah) yang' berhubungan dengan fahaman agama terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama : Yang dilakukan dengan anggota jasmani iaitu segala amalnya.
Kedua : Yang berlaku di dalam batin dan hatinya iaitu segala iktikadnya.

Yang berhubung dengan anggota lahir juga terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama : Yang sesuai dengan suruhan yang dinamakan taat.
Kedua : Yang menyalahi perintah yang dinamakan maksiat.

Yang berhubung dengan batinnya pula terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama : Yang sesuai dengan hakikat yang dinamakan iman dan ilmu.
Kedua : Yang yang berlawanan dengan hakikat (kebenaran) yang dinamakan nifaq dan jahil.

Manusia diciptakan untuk dua tujuan iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah. Kedua-dua tujuan penciptaan ini mewujudkan hubungan, kewajipan dan tanggungjawab. Tujuan pertama penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan menghamba atau mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Manusia tidak berhak mempersoalkan segala yang disuruh atau diperintahkan dan segala yang dilarang. Bahkan manusia bertanggungjawab memaksakan jasadnya untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dalam kegelapan jasad yang dicipta dari unsur kerendahan bumi.

Tujuan kedua penciptaan mewujudkan hubungan antara manusia dengan alam sekelilingnya sama ada yang berupa sesama manusia, haiwan, tumbuhan, bumi dan elemen-elemennya serta alam semesta dengan cakerawala-cakerawalanya yang dilakukan melalui pelaksanaan kewajipan mentadbir muka bumi dan segala material yang membentuknya.

Ini menuntut manusia supaya bertanggungjawab menggunakan upaya akal budinya untuk mengkaji ayat-ayat Allah yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. sebagai petunjuk dan cahaya yang menerangi lorong gelap jasad dan hawa nafsunya  untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan mentadbir muka bumi dengan sesungguhnya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tersendiri. Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. Sebagaimana firman Allah:
“Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

“Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Namun, manusia juga punya unsur langit dalam kejadian rohaninya, maka manusia juga bisa menjadi manusia langit apabila rohnya mendominasi bumi.

Manusia kelihatan material, berjasad, berbentuk, dan terlihat kasat mata. Tetapi unsur manusia, tidak sekadar  terbangun dari material, lebih dari itu ada aspek kerohanian dari kerajaan langit, yang samaada disedari atau tidak merupakan fitrah Ilahiyah. Oleh kerana itu, secara ideal manusia harus bisa menempatkan dirinya sebagai manusia bumi dan langit dan sekali gus unsur langitnya sepatutnya bisa menguasai bumi sebagaimana yang diperintah dan diamanahkan.

Manusia Bumi adalah berorientasi sepenuhnya terhadap dunia, menjunjung tinggi materialisme, kurang percaya kepada yang ghaib dan beribadah ritual sepanjang untuk kepentingan duniawi semata.
Hidupnya bermatlamat dunia semata. Akhirat baginya tiada begitu bermakna dan dihiraukan, lalai dari peringatan dari langit ketuhanan.

Hidup baginya, darinya, dengannya dan untuk dirinya semata!
Secara mata kasar, manusia bumi tidak hanya dikalangan orang-orang yang terlihat sebagai sosok yang melulu mengejar duniawi dengan melupakan ibadah, tetapi bisa tampil juga sebagai sosok agamawan, orang ‘alim, baik hati, ahli Ibadah, orang yang berilmu dan berbuat kebaikan bagi sesama, tetapi semua itu dilakukan hanya untuk duniawi semata atau material semata.

Manusia bumi perlu keluar dari sifat-sifat kebumiannya, supaya mudah baginya memenuhi kehendak Kerajaan langit ketuhanan dan kembali kepada fitrah langitnya agar mudah berubudiyah kepada Tuhannya.
Manusia langit adalah manusia yang meskipun berada di bumi, tetapi berorientasi hampir sepenuhnya ke langit.

Ciri khas manusia langit adalah tidak dapat dideteksi dan sukar diketahui identitinya, status, dan keberadaannya sebagai manusia langit oleh manusia biasa seperti kita.
Hanya Wali mengenal si Wali.
Tidak terkenal bagi penduduk dunia, tetapi sangat masyhur bagi penduduk langit (diantara para malaikat).

Mereka mempunyai kelebihan yang dapat menerobos logik dan akal pikiran manusia biasa, berupa barakah atau karamah.
Dikenali dengan istilah wali.

Manusia langit adalah orang pilihan Allah swt yang tersembunyi dari pandangan manusia. Mungkin saat kita sholat berjama’ah di Masjid, ada diantaranya manusia langit, namun kita tidak mengetahuinya, tidak berada dalam shaf paling depan, tersembunyi dari pandangan lahir manusia, tidak menampilkan dirinya sebagai sosok agamawan handal dan ahli ibadah sekalipun tapi hatinya sentiasa mengadap langit ketuhanan.

Idealnya sebagai manusia Kamil Mukamil, menjadi makhluk bumi yang taat dan patuh kepada perintah langit (Tuhan). Menjadi manusia bumi dan langit.
Jasadnya berpijak dibumi namun hatinya bertawajuh dilangit ketuhanan.

Dialah Khalifah yang memakmurkan bumi mengikut perintah Allah swt.
Manusia bumi dan langit, dalam hal melakukan atau tidak melakukan suatu ibadah dan amal baik, bukan atas dasar pandangan manusia, melainkan melakukannya demi keredhaan Allah swt semata, dirinya merdeka menentukan sikap dan perbuatan.
Apabila kita diturunkan kebumi, unsur bumi mendominasi kita hingga unsur langit pada diri dicengkam kegelapan bumi. Maka menjadi tugas khalifah ruh lah agar hijab bumi bisa disingkap dan kerajaan hati bisa ditawan.

Syeikh Abu Thalib Al-Makki rahimahullahu taala berkata: “Tidaklah akan menjadi pengganti seorang manusia itu sehingga dia menggantikan sifat-sifat ubudiyah itu dengan sifat rububiyah, segala perangai syaitan itu dengan segala sifat mukmin dan segala tabiat binatang itu dengan sifat-sifat rohaniah dengan pelbagai zikir dan ilmu.

Apabila manusia itu telah menempatkan dirinya sedemikian, maka hendaklah dia menjalankan segala tugas yang diarahkan kepadanya dengan bergantung harap hanya kepada Allah swt, dalam erti kata Dialah (Allah Taala) yang sebenar-benar yang bisa menyucibersihkan hatinya dan membaiki dirinya, bukan dari dirinya.

Untuk tujuan itu, hamba perlu terlebih dahulu mengakui bahawa dirinya tiada upaya apapun, semua sifat-sifat yang zahir dan lahir padanya dan darinya adalah dari tajalli asma-asma dan sifat-sifat Allah jua dan hal ini perlu diakui dengan hati yang haqqul dan kamalul yakin.
Itulah sebenar-benar Tauhid! Itulah maknanya keluar dari dirinya...

Bila hati telah dipersiapkan sedemikian, barulah Allah swt menganugerahkan sifat-sifat Jamal dan Kamal-Nya.

Oleh itu bersifatlah dia dengan sifat-sifat yang terpuji dan akan diperolehinya kehampiran bersama dengan Tuhannya.

Dengan itu tampak zahirlah kepadanya bekas sifat yang terpuji seperti ikhlas, sabar, redha, merendah diri (tawadhuk), bersyukur, khusyuk kepada Allah Taala serta lain-lain sifat mahmudah ysng lainnya.

Maka dia memuliakan setiap arahan-Nya, memelihara setiap perintah dan larangan Allah swt, haibah (hormat kepada-Nya), khauf, berserah diri kepada Tuhannya, ikhlas dalam ubudiyahnya, redha dengan qadha’-Nya dan dia sendiri akan nampak anugerah-Nya kepadanya samaada dalam larangan-Nya maupun kurniaan-Nya.

Dalam hubungannya dengan makhluk, dia memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, menghormati, pemurah, menasihati dan lapang dada dan lain-lain seumpamanya yang menampakkan segala perangai yang baik yang menghasilkan kebahagiaan dalam dirinya.

Oleh sebab itulah, orang-orang sufi menekankan betapa pentingnya meninggalkan sifat-sifat yang mazmumah dan memakainya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti syukur, sabar, redha, tawakal, zuhud, qanaah, baik sangkaan terhadap Allah Taala dan lain-lain sifat yang terpuji.

Apabila sudah sah perjalanan si murid itu dan ia kembali semula kepada ketetapannya yang lebih afdal, maka bertambah tahkiklah ubudiyahnya kepada Tuhan ‘Azzawajalla. Ketika itu tidaklah lagi dia memperhambakan dirinya kepada yang lain selain Tuhannya, bahkan hubungannya dengan Tuhannya bertambah baik kerana hampirnya dengan-Nya yang membawanya kepada maqam yang lebih mulia.

Dimaqam ini si salik itu diterima dan disambut oleh Allah swt...dengan berfirman: “Hai, hamba-Ku !” . Lalu dia berkata dengan nama Tuhannya: “Labbaika (ya saya menyahut panggilan Engkau) wahai Tuhanku”. Sebab itu orang yang benar-benar diterima dan disambut adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam ubudiyahnya dan himmahnya dan mujahadahnya dan bersih hatinya dari selain Allah swt dan dia adalah orang yang hampir dengan Hadhrat Allah swt.

ltulah hadiah yang paling bernilai bagi si hamba iaitu hadiah “sampai di Majlis Allah Taala” dan “melihat-Nya” (syuhud) dengan membunuh segala ego ke-AKU-annya dan nafsunya lalu fana’, dan menggantikan dirinya yang mati itu dengan hidup yang kekal abadi bersama dengan Allah Taala.

Dia sudah dapat melihat Allah Taala (syuhud) dengan pandangan mata batin yang dalam dan halus itu dengan pandangan cinta dan rindu dendam, menyatukan dirinya dengan Roh al Qudsi dan kesedaran tentang kembali dirinya ke asal dan sumber dari mana ia datang.

Syeikh Syazali ra. berkata: “Jika seseorang hamba itu dimuliakan Allah Taala, maka disediakan ubudiyah (perhambaan) untuknya dan setiap bahagian nafsunya ditutup, maka kembaIilah dia dalam ubudiyahnya. Sebaliknya, jika seseorang hamba itu dihina, maka ditetapkan untuknya dengan pelbagai bentuk nafsu, sedang ubudiyahnya ditutup, lalu ia kembali semula kepada nafsu syahwatnya.

Ketahuilah bahawa tidak ada yang lebih memberi mu‘darat ke atas penuntut ilmu itu melainkan sukanya ia terhadap nafsunya. Caranya adalah dengan menghindari dan memutuskannya, dengan mujahadah dan himmah yang kuat yang menyerah dan bergantung kepada Allah al Qahhar.

Sabda Nabi s.a.w. :  “Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada segumpal daging, bila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! itulah kalbu (hati).”
(HR Bukhari dan Muslim).

Baik hati itu terhasil setelah ia suci bersih daripada segala sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang boleh membinasakan ubudiyah (perhambaan) akibat sifat-sifat basyariah (sifat-sifat jelek) yang asal tertanam dalam kegelapan bumi jasad.

Sifat mazmumah (buruk) itu adalah berpunca daripada sikap suka melayani nafsunya dan senang hati dan rela melakukannya dengan memberi ruang dan peluang yang besar kepadanya untuk bertapak di dalam hati. Bagi orang sufi penekanan tentang penyucian dari cabang-cabang yang paling jahat dari nafsu syahwatnya itu adalah dengan cara melakukan riyadhah (melatih diri untuk mengekang nafsu) dan mujahadah (memerangi nafsu) serta pertolongan dari Allah dengan memperbanyak menyeru asma-asma-Nya agar dari bayangan asma akan ditajalli sifat-sifat-Nya hingga si hamba mulai berakhlak dari Tajalli Jamal (Keindahan) Allah swt.

Mohonlah pertolongan dari Allah swt agar kita bisa keluar dari diri (keluar dari fitrah kegelapan unsur basyariah dalam jasad) dan memberi kemenangan kepada Khalifah Allah swt (Roh) agar menguasai kerajaan hati dan menghapuskan kesyirikan dibumi dadamu. Itulah daerah palestin mu yang tak pernah aman sampai hari kiamatmu yakni mati!

Pertembungan antara haq dan batil, antara Nafsu (Yahudi dan Majusimu), Akal (Nasranimu) dan Roh (Islammu). Muga Khalifahmu (Rohmu) berjaya menegakkan kerajaan Khalifah dibumi Palestinmu (Jiwamu) sebelum matimu. Muga kita semua dibantu Allah... Aamiin.
| A

Thursday 5 April 2018

RAHSIA DISEBALIK RAHSIA

RAHSIA DI SEBALIK RAHSIA

Badan kita ini merupakan tempat tersembunyinya roh. Manakala disebalik roh pula, adalah tempat tersembunyi rahsianya Allah.  Diri kita ini menanggung dua rahsia.
Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia Allah. Rahsia Allah tersembunyi didalam roh, manakala wajah roh pula tersembunyi didalam dada-dada kita semua. Untuk mengintai kedua-dua wajah itu, tiliklah kedalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita kenal dengan rata, InsyaAllah kedua-dua rahsia wajah itu akan dapat kita kenal dengan nyata dan rata ( jelas dan terang )
Setelah kita mengenal diri dan asal saja kita mengenal roh, segala rahsia itu, tidak lagi menjadi rahsia.
Apabila kita sudah mencapai kepada tahap makrifat kepada Allah, yang ghaib itu tidak lagi menjadi hilang, yang hilang tidak lagi menjadi tanda tanya dan yang halus itu tidak lagi menjadi sulit.
Apabila matahari sudah mula menerbitkan sinar cahayanya. Kabus tebal yang menyelubungi kita, akan berlalu dengan sendirinya.  Dengan berlalunya kabus diri, akan menjelmalah terang sinar wajah Allah, tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal Allah.

Oleh kerana terlalu terangnya cahaya Allah pada wajah sekalian makhlok menyebabkan penglihatan kepada alam sudah menjadi kabur. Apabila pandangan terhadap makhlok sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab, dimana saja dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah besertanya.

Diri kita ini telah menjadi rahsia disebalik rahsia. Rahsia kepada badan itu adalah roh, manakala rahsia kepada roh itu adalah Allah. Roh tersembunyi disebalik wajah badan, manakala wajah Allah pula terselindung disebalik roh.  Kita ini banyak menyimpan rahsia ketuhanan. Apabila badan boleh menyingkap tabirnya, maka kita akan dapat melihat roh,

Apabila roh pula menyingkap tabirnya maka Allah pula akan kelihatan melaluinya. Barang siapa yang dapat merungkaikan kedua-duanya sekali, akan kenallah ia kepada Allah.
Keikhlasan dan ketulusan iktikad hati orang makrifat dalam memandang Allah itu, adalah dengan membinasakan pandangan terhadap makhlok, sesuatu, benda dan terhadap diri kita sendiri,
Itulah caranya membawa kita melihat dan memandang Allah. Dengan terang dan nyata, pada setiap apa yang kita nampak. Dengan cara itu, ianya akan membuka pintu-pintu ghaib dan membuka kunci-kunci khazanah ketuhanan yang belum kita ketahui.

Kunci pintu khazanah yang ghaib akan terbuka apabila diri zahir memandang diri yang batin ( apabila badan mengenal roh = rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ),
Apabila roh sudah mengenal dirinya sendiri ( apabila roh mengenal roh ), itu tandanya kita telah mengenal Allah. Taala (makrifat)

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...