Apa Apa Sahaja

Sunday, 17 September 2017

DiAntara Kehebatan Surah Al-Ikhlas

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS.

RasūluLlāh ﷺ pada suatu ketika bersabda;

”Demi ALlāh yang jiwa-ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HŪWALLĀHU AHĀD itu tertulis di sayap Malaikat Jibra'il alayhissalam, ALLĀHŪS SOMMAD itu tertulis disayap Malaikat Mika'il alayhissalam, LAMYĀLID WA'LĀM YUULAD tertulis pada sayap Malaikat Izra'il alayhissalam, WA'LĀM YAKŪLLAHU KUFŪWAN AHĀD tertulis pada sayap Malaikat Israfil alayhissalam".

Berkata Ibnu Abbas radhiyāLlāhu 'anhu bahawa RasūluLlāh ﷺ bersabda;

"Ketika aku (RasūluLlāh ﷺ) isra’ ke langit, saya melihat 'Arasy di atas 360,000 pilar dan jauh jarak antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap2 pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka mereka berkata; ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik lelaki mahu pun perempuan".

Riwayat oleh Anas ibn Malik radhiyāLlāhu 'anhu juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang Sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca Surah ini. Anas ibn Malik radhiyāLlāhu 'anhu yang saat itu bersama Nabi Muhammad ﷺ di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan Malaikat Jibra'il alayhissalam datang kepada Nabi ﷺ untuk memberitahu akan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

RasūluLlāh ﷺ bersabda; "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuh-nya tidak akan membusuk di dalam kubur-nya, akan selamat dia dari kesempitan kubur-nya dan para Malaikat akan membawa-nya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Syurga".
(Hadith rowahu al-Qurthubi).

Antara fadhilat mengamalkannya, surah ini bule menghalau Syaitan, iaitu sebelum kita memulakan apa² pekerjaan kita baca dahulu surah ini maka akan keluar-lah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga yang terdapat disekeliling kita, ia akan lari menjauhkan diri daripada kita.

Begitu juga sebelum kita masuk ke dalam rumah, bacalah surah Al-Ikhlas ini sebanyak 3 kali dan masuklah dengan kaki kanan dahulu dengan membaca ‘BasmaLlāh’. Berilah "salam" kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah maka berilah "salam" kerana malaikat rumah akan menyambut salam kita itu.

*Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat ini. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jiran-nya daripada kefakiran dan kemiskinan.

Dari riwayat Imam Bukhari, dikatakan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah Al-Ikhlas ini berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada RasūluLlāh ﷺ dan sampaikan perkara itu kepada Baginda ﷺ kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Lalu RasūluLlāh ﷺ bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawa-ku, surah itu seperti sepertiga Al-Qur'an!”

Dari Abu Hurairah radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata RasūluLlāh ﷺ bersabda; “Sesungguhnya ganjaran surah Al-Ikhlas satu pertiga Al-Qur'anul Qariim.”
(Hadith rowahu Imam Bukhari)

Sabda RasūluLlāh ﷺ; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.”
(Hadith rowahu Ahmad wa an-Nasa'ie).

Dari Abu Hurairah radhiyāLlāhu 'anhu, RasūluLlāh ﷺ bersabda; “Sesiapa membaca ‘QulhuaLlāh (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

@tuanlebai kampung