Apa Apa Sahaja
Share AnyThings and AnyThinks
Sunday, 20 October 2019
pandang pandang
Aku merenung DIA tertenung
AKU lah TENAGA luar dan dalam
TENAGA itulah KUASAnya alam
Pertemuan dikiri dan kanan
Bertemu antara dua lautan
Memancarkan CAHAYA ke seluruh alam
Alam yang berdimensi dan alam yang tidak berdimensi
Friday, 6 April 2018
KELUARLAH DARI DIRIMU SECARA SEMPURNA
(HR Bukhari dan Muslim).
Thursday, 5 April 2018
RAHSIA DISEBALIK RAHSIA
Badan kita ini merupakan tempat tersembunyinya roh. Manakala disebalik roh pula, adalah tempat tersembunyi rahsianya Allah. Diri kita ini menanggung dua rahsia.
Apabila kita sudah mencapai kepada tahap makrifat kepada Allah, yang ghaib itu tidak lagi menjadi hilang, yang hilang tidak lagi menjadi tanda tanya dan yang halus itu tidak lagi menjadi sulit.
Oleh kerana terlalu terangnya cahaya Allah pada wajah sekalian makhlok menyebabkan penglihatan kepada alam sudah menjadi kabur. Apabila pandangan terhadap makhlok sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab, dimana saja dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah besertanya.
Diri kita ini telah menjadi rahsia disebalik rahsia. Rahsia kepada badan itu adalah roh, manakala rahsia kepada roh itu adalah Allah. Roh tersembunyi disebalik wajah badan, manakala wajah Allah pula terselindung disebalik roh. Kita ini banyak menyimpan rahsia ketuhanan. Apabila badan boleh menyingkap tabirnya, maka kita akan dapat melihat roh,
Apabila roh pula menyingkap tabirnya maka Allah pula akan kelihatan melaluinya. Barang siapa yang dapat merungkaikan kedua-duanya sekali, akan kenallah ia kepada Allah.
Kunci pintu khazanah yang ghaib akan terbuka apabila diri zahir memandang diri yang batin ( apabila badan mengenal roh = rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ),
Sunday, 17 September 2017
DiAntara Kehebatan Surah Al-Ikhlas
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS.
RasūluLlāh ﷺ pada suatu ketika bersabda;
”Demi ALlāh yang jiwa-ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HŪWALLĀHU AHĀD itu tertulis di sayap Malaikat Jibra'il alayhissalam, ALLĀHŪS SOMMAD itu tertulis disayap Malaikat Mika'il alayhissalam, LAMYĀLID WA'LĀM YUULAD tertulis pada sayap Malaikat Izra'il alayhissalam, WA'LĀM YAKŪLLAHU KUFŪWAN AHĀD tertulis pada sayap Malaikat Israfil alayhissalam".
Berkata Ibnu Abbas radhiyāLlāhu 'anhu bahawa RasūluLlāh ﷺ bersabda;
"Ketika aku (RasūluLlāh ﷺ) isra’ ke langit, saya melihat 'Arasy di atas 360,000 pilar dan jauh jarak antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap2 pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka mereka berkata; ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik lelaki mahu pun perempuan".
Riwayat oleh Anas ibn Malik radhiyāLlāhu 'anhu juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang Sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.
70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca Surah ini. Anas ibn Malik radhiyāLlāhu 'anhu yang saat itu bersama Nabi Muhammad ﷺ di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan Malaikat Jibra'il alayhissalam datang kepada Nabi ﷺ untuk memberitahu akan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
RasūluLlāh ﷺ bersabda; "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuh-nya tidak akan membusuk di dalam kubur-nya, akan selamat dia dari kesempitan kubur-nya dan para Malaikat akan membawa-nya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Syurga".
(Hadith rowahu al-Qurthubi).
Antara fadhilat mengamalkannya, surah ini bule menghalau Syaitan, iaitu sebelum kita memulakan apa² pekerjaan kita baca dahulu surah ini maka akan keluar-lah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga yang terdapat disekeliling kita, ia akan lari menjauhkan diri daripada kita.
Begitu juga sebelum kita masuk ke dalam rumah, bacalah surah Al-Ikhlas ini sebanyak 3 kali dan masuklah dengan kaki kanan dahulu dengan membaca ‘BasmaLlāh’. Berilah "salam" kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah maka berilah "salam" kerana malaikat rumah akan menyambut salam kita itu.
*Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat ini. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jiran-nya daripada kefakiran dan kemiskinan.
Dari riwayat Imam Bukhari, dikatakan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah Al-Ikhlas ini berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada RasūluLlāh ﷺ dan sampaikan perkara itu kepada Baginda ﷺ kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Lalu RasūluLlāh ﷺ bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawa-ku, surah itu seperti sepertiga Al-Qur'an!”
Dari Abu Hurairah radhiyāLlāhu 'anhu, ia berkata RasūluLlāh ﷺ bersabda; “Sesungguhnya ganjaran surah Al-Ikhlas satu pertiga Al-Qur'anul Qariim.”
(Hadith rowahu Imam Bukhari)
Sabda RasūluLlāh ﷺ; “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an.”
(Hadith rowahu Ahmad wa an-Nasa'ie).
Dari Abu Hurairah radhiyāLlāhu 'anhu, RasūluLlāh ﷺ bersabda; “Sesiapa membaca ‘QulhuaLlāh (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
@tuanlebai kampung
Thursday, 24 August 2017
Kesah Guru dan Murid
Guru : "Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua,
tapi gulanya jangan engkau tuang dulu,
bawa saja ke mari beserta wadahnya...."
Murid : "Ya Guru..."
Tidak berapa lama, si murid sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat, dan gula di dalam wadahnya beserta sendok kecil..
Guru : "Cobalah kamu rasakan kopimu , bagaimana rasa kopimu...???"
Murid : "Guru, rasanya sangat pahit sekali..."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula, aduklah,
bagaimana rasanya...???"
Murid : "Rasa pahitnya sudah mulai berkurang guru..."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula lagi,
aduklah, bagaimana rasanya...???"
Murid : "Rasa pahitnya sudah berkurang banyak guru...."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula lagi, aduklah,
bagaimana rasanya....???"
Murid : "Rasa manis mulai terasa, tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa guru...."
Guru : Tuangkanlah sesendok gula lagi, aduklah,
bagaimana rasanya?"
Murid : "Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis guru...."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula lagi, aduklah,
bagaimana rasanya...???"
Murid : "Sangat manis sekali guru..."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula lagi, aduklah,
bagaimana rasanya...???"
Murid : "Terlalu manis, malah tidak enak guru..."
Guru : "Tuangkanlah sesendok gula lagi, aduklah,
bagaimana rasanya...???"
Murid : "Aduuuh guru...!!! Rasa wedang kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa guru...."
Guru : "Ketahuilah muridku, jika rasa pahit kopi ibarat kefakiran hidup kita, dan rasa manis gula ibarat harta,
lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa muridku....???"
Sejenak sang murid termenung, lalu menjawab...
Murid : "Ya Guru, sekarang saya tahu, kenikmatan hidup dapat aku rasakan jika aku dapat merasakan hidup seperlunya, secukupnya, tidak melampaui batas.
Terimakasih atas pelajaran ini guru...."
Guru : "Ayo muridku, kopi yang sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula, aduklah, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini...."
Si murid lalu mengerjakan perintah gurunya.
Guru : "Bagaimana rasanya muridku...???"
Murid : "Rasanya nikmat guru..."
Guru : "Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta,
akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang fakir...."
"Life is Beautiful...!!!"
SAMPAH HATI
Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.
Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu dengan penasaran bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"
Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”
"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.
"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.
"Kerana aku tidak mahu menerima kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia atau pun akhirat; kerana energi negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.
Kemudian, lanjut Sang Guru, "Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yang marah-marah, mengeji dan mencaci kepada mu tidak tentu pasal... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau tanggapi, bererti engkau menerima sampah itu.”
"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Egois dan lainnya)… Maka jadilah kita orang yang BIJAK bukan SAMPAH”
Sang Guru melanjutkan nasihatnya :
"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”
"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”
"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya sedih”
"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah menghujat”
"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”
"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”
Moral:
Sebaik baik Manusia adalah yang berguna dan bermanfaat bagi orang lain.
CnP
Monday, 21 August 2017
ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20
Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.
Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita
beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja. Mahasuci Allah dari kekurangan itusedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah.
Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.
Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.
Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang menyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.
pandang pandang
AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...