Showing posts with label iLmu. Show all posts
Showing posts with label iLmu. Show all posts

Saturday, 29 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Gelombang Tenaga pada kita



"TIDAKKAH KAMU MEMERHATIKAN ?"

GELOMBANG TENAGA PADA KITA..

Pada manusia ada 7 gelombang tenaga.
1-ditapak tangan kanan - gelombang qudrat
2-ditapak tangan kiri - gelombang irodhat
3-diotak - gelombang ilmu
4-dijantong - gelombang hayat
5-dimata - gelombang basar
6-ditelinga - gelombang sama'
7-dimulut - gelombang kalam.

Tujuh gelombang ini adalah sumber kekuatan bagi manusia yang mana gelombang² tenaga itu merupakan multi fungsi bagi segala hajat.

Ini bukan cakra (budist dan hindu) tetapi ini adalah hakikat penyataan tajalliat zatullah kepada ujud ini.

ان الله عالم الغيب والشهاده 

Sesungguhnya Allah mengetahui yg ghaib dan yg nyata. Maqomnya di akal.

الله لا اله الا هو الحى القيوم
 
Allah tiada tuhan melainkan dia yang maha hidup lagi berdiri sendiri. Maqomnya di jantong.

وهو على كل شئ قدير
 
Dan Dialah diatas segala kekuasaan. Maqomnya di tangan kanan.

يد الله فوق ايديهم
 
Tangan Allah diatas tangan² kamu. Maqomnya di tangan kiri.

ان الله السيع العليم
 
Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui. Maqomnya di telinga.

ان الله بصير بما تعملون
 
Sesungguhnya Allah maha melihat apaap yang kamu kerjakan. Maqomnya di mata.

وكلم الله موسى تكليما
 
Dan Allah berkata kepada musa dengan kalamNya. Maqomnya di lidah.

Inilah kenyataan gelombang dari Dzatullah Maha Diri yg suci.

bersambung...

Friday, 28 July 2017

Tenaga dan Cahaya - APA YANG HENDAK DISAKSIKAN



APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?

Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.

Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam. Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.

PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...

bersambung...

Thursday, 27 July 2017

Tenaga dan Cahaya - LOGIK vs MISTERI



LOGIK vs MISTERI

Jasad MANU-SIA adalah hal TENAGA. Roh yang menggerakkan jasad ini juga adalah hal TENAGA yang sama tetapi berlainan sifat. Makanya, dalam konteks diri MANU-SIA, Roh itu adalah biasan CAHAYA yang terhasil dari TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu. Bila TENAGA itu terbias, maka NAMA TENAGA itupun berubah kepada CAHAYA. Arab menggelarkannya Roh.

Cahaya adalah hal yang menghidupkan segala sesuatu, tanpa cahaya, segalanya mati, namun cahaya juga bersumber dari TENAGA semulajadi itu, tanpa TENAGA, cahaya juga tidak akan bercahaya kerana cahaya memerlukan geseran (kelakuan). Geseran pula akan mengeluarkan FREKUENSI 

GELOMBANG tertentu dan dari geseran yang ada frekuensi itulah nantinya keluar cahaya (sifat).

*RENUNG-RENUNGKAN*


TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu bertindak sebagai PEMERHATI (observer) akan segala hal yang dilakukan oleh CAHAYA. TENAGA hanya MENYAKSIKAN hal yang dilakukan oleh cahaya. Cahaya itu boleh membahagiakan dan cahaya juga boleh memusnahkan kerana sumber cahaya itu adalah dari TENAGA yang bersifat Neutral.

bersambung...

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...