Apa Apa Sahaja

Saturday, 17 December 2011

Doa Untuk Pasangan Pengantin

Panduan Doa Pengantin Tulisan Arab Melayu Dan Rumi

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين
ALHAMDULILLAHILLAZI JA'ALANA MUTAZAWWIJIN WASSOLATU WASSALAM 'ALA ASYRAFIL ANBIYAIWALMURSALIN SAIDINA MUHAMMAD RAHMATAN LILA'ALAMIN WA'ALA ALIHI ATTOHIRIN WAASHABIHI ALLAZIINA KANNUJUM LILMUHTADIN
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد
ALLAHUMMA YA RAHIM YA WADUD YA DZAL 'ARSYILMAJID FA'AALULLIMA YURID
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A'lamin.
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
ALLAHUMMA ALLIF BAINAL'ARUSAIN KAMA ALLAFTA BAINALMA WATTIN WABAINA ADAM WA HAWA WABAINA IBRAHIM WA HAJAR WA SARAH WA BAINA YUSUF WA ZULAIKHA WA BAINA AYYUB WA RAHMAH WABAINA MUSA WA SAFURAH WABAINA SULAIMAN WA BALQIS WABAINA SAIDINA MUHAMMAD SAW WAZAUJAATIHI ALMUTOHHARAT RIDWANULLAH ALAIHIM AJMAIN BIROHMATIKA YA ARHAMARROOHIMIN
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ..

ALLAHUMMAJ'AL JAM'ANA HAAZA JAM'AN MARHUMA WATAFARRUQUNA MIMBA'DIHI TAFARRUQAN MA'SUMA WALA TAJ'AL FIINA WALA MA'ANA SYAQIYYAN WALA MAHRUMA YA AKRAMAL AKROMIN
ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH WAQINA 'AZABANNAR
Sumber : madrasahaliyah

TERJEMAHAN BACAAN DOA ARAB DALAM TULISAN RUMI DIBUAT OLEH PANGLIMA UNTUK MEMUDAHKAN PEMBACA DOA YANG KURANG ARIF BAHASA ARAB MEMBACANYA.
SIMBOL ' BERMAKNA 'AIN.
DOA INI DIBACA OLEH PANGLIMA MAJLIS PERKAHWINAN DI PUTRAJAYA PAGI TADI.

14 comments:

  1. aSSALAMULAIKUM,..
    sAYA NAK MINTA IZIN NAK GUNAKAN DOA INI.tERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. Mohon gunakan ayat ini untuk majlis akan datang ye

    ReplyDelete
  3. Izinkan saya menggunakan doa ini semoga allah sentiasa memberkati admin dan semua kita amin

    ReplyDelete
  4. Saya minta ijin gunakan doa ini tolong minta artinya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum? Izin menghapal doa ini.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas perkongsian..izinkan utk saya guna doa ini.

    ReplyDelete
  7. Mohon izin gunakan doa ini

    ReplyDelete
  8. يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة
    Menurut saya tidak usah dicantumkan.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ijin untuk copy paste

    ReplyDelete