Apa Apa Sahaja

Saturday, 22 July 2017

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH - AKHIR

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH ?

BMM 1+7


Kesemua 1+7 perkara yang telah disebutkan, adalah rahsia-rahsia awam yang sudah tidak menjadi rahsia lagi. Kita sendiri pun bukannya tidak tahu akan semua perkara-perkara itu, kita tahu!
Kita dah banyak kali dengar tentang 1+7 perkara itu, cuma kita tak serius nak ambil tahu dan cuma kebodohan kita sendiri yang menutup apa yang kita sudah tahu. Kebodohan tahap Konyol sekonyol al-Mangkok al Hayyun itu membuatkan kita ingin mencari sesuatu yang lebih ARABIC hingga melupakan dan tidak mempraktiskan apa yang telah kita tahu. Bagi kebanyakan kita, yang tidak berbau Arab itu tidak Islamik, kononnya bila Arab baru Islamik.

Kekonyolan tahap kronik inilah yang menyebabkan kita dengan mudah memperkosa AGAMA. Dengan mudah pula kita diperkosa berkali-kali oleh dogma-dogma ARABIC yang menyundalkan fikiran-fikiran dara kita yang suci.

Penggunaan istilah Arab itu tidak salah. Penggunaan falsafah Arab dalam memahamkan ilmu Islam yang meliputi Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat itu tidak salah. Namun, janganlah terlalu taksub hingga membuatkan kita mengutamakan yang ARAB sahaja seolah-olah mengganggap hanya bahasa Arab saja yang Islamik, yang kelihatan Arab itu betul dan bukan Arab, tak Islam dan tak betul !

WAKTU DULU-DULU

Dulu, sewaktu belajar ilmu hakikat dengan beberapa orang guru Melayu, kami diajar mengenal ilmu Mubadi 10. Perlu faham ilmu alat yang dalamnya ada Lughah, Nahwu, Syaraf, Ishtiqaq, Ma'ani, Ba'yan, Badi', Qira'at, Aqa'id dan lainnya. Terkehel lidah nak menyebut dan mandul otak nak mengingatkannya.

Kemudian bila mendalami ilmu makrifah dari beberapa guru internasional yang lain, kami diajarkan tentang SIRR. Kami dilatih merasai ZAUK. Kami difahamkan melalui LADUNI. Kami kemudian diajar melihat SYUHUD, diajar tentang TAJALLI, diajar tentang ITTISYAL yang MUKASYAFAH KALB dan MUSYAHADAH SIRR, yang melalui KASYAF hingga mencapai martabat ILMU YAKIN, AINUL YAKIN dan HAQQUL YAKIN. Kami diajarkan supaya tahu membezakan A'YAN TSABITAH yang tidak MAUJUD tetapi MAQ'DUM yang TSA'BIT dengan HAQ'UN ILMUN yang sifatnya sentiasa kekal dalam A'YAN KHAIRIYAH yang BUTHUN pada SY'UN ZAT di martabat WAHDAH yang sebelumnya ada AHDAH dan selepasnya ada WAHIDIAH.

Begitulah, ribuan falsafah dan tatabahasa Arab yang telah diajarkan kepada kami tahun demi tahun.
Soalnya, apakah cara penyampaian berbau ARAB itu salah ?

Tidak Salah !

Apa yang diajar oleh para guru itu benar, cuma perspektifnya hanya berkisar dalam sudut pandangan Agama yang menggunakan bahasa Arab sebagai kaedah penyampaian. Makanya, ambil dan praktiskan saja ilmu yang benar ini. Namun, jangan pula kita menutup minda kita untuk tidak mahu menerima MAKRIFAH dalam perspektif lain.

KINI....

Kini aku makin mengerti...

Setelah berpuluh tahun tergeliat lidah dan tergugur rambut untuk memahamkan segala hal ARAB ini, aku makin mengerti. Aku semakin memahami bahawasanya nama ALLAH yang kita panggil itu adalah TENAGA KREATIF yang sangat MAHA BIJAKSANA dalam melakukan segala sesuatu. Kini aku melihat TENAGA KREATIF itu bukan saja ada dalam ARAB dan bukan saja ada dalam AGAMA, tetapi ia meliputi dalam Arab dan di luar Arab. Dia meliputi dalam hal agama dan di luar agama.

ALLAH ITU ADA DALAM KETIADAANNYA DAN DIA TIADA DALAM ADANYA.
Bila ini difahami, makanya kita tidak akan berbalah dalam memahamkan ilmu masing-masing. Mereka yang tidak faham akan hakikat Allah yang meliputi inilah yang sering ego menyalahkan orang lain, yang sering kasar, yang sering menghukum, yang sering mengatakan hanya merekalah yang benar !

KESIMPULAN
Kesemua 1+7 perkara “Bagaimana Mencapai Makrifah” itu telah diolah dalam bahasa melayu yang paling mudah untuk difahami. Ianya adalah prinsip asas yang diperolehi hasil daripada pelajaran, pengalaman dan praktikal puluhan tahun dalam memahamkan MAKRIFAT melalui Teknologi Ilmu. Ianya mungkin benar bagi sesetengah orang dan mungkin juga salah kepada sebahagian orang yang lainnya. Kepada mereka yang menganggapnya salah, maafkan daku.

Kesemua 1+7 perkara itu harus sentiasa dipraktis, praktis dan terus dipraktiskan hingga diri kita benar-benar memahami dan SAHLA dengan apa yang kita praktiskan.

KINI....
Kini usiaku makin pendek. Entah esok entah lusa, roh AKU ini akan pergi meninggalkan jasad ku. Aku sudah tidak mahu apa-apa lagi. Yang “Sudah tidak mahu apa-apa lagi” itulah, yang hanya menjadi mahuku !
Di saat aku menuliskan semua ini...
Aku hanya tersenyum. Tersenyum Konyol ! Aku Rindu !
Konyol itu apa ya Pak ?
SELESAI ...

TERJEMAHAN DARI WIRA SATRIA

No comments:

Post a Comment