Apa Apa Sahaja

Monday, 24 July 2017

SOLAT TAMBAHAN



TAHAJJUD SOLAT TAMBAHAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 78)
Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 79)
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

=========
32.Surah As-Sajdah (Verse 16)
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur,); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

==========
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 1)
Wahai orang yang berselimut!.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 2)
Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 3)
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 4)
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 5)
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 6)
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya , dan lebih tetap betul bacaannya.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 7)
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 9)
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

No comments:

Post a Comment