Apa Apa Sahaja

Monday, 24 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Krisis Kehidupan



KRISIS KEHIDUPAN

Kehidupan adalah hal SE-X dan SE-X adalah berkaitan hal TENAGA. Sejahtera atau tidak seseorang itu bergantung kepada bagaimana dia menguruskan hal tenaganya. Jika dia KENAL dan arif menguruskan tenaganya, maka jadilah dia Tenaga yang sangat berkuasa. Jika dia tidak KENAL dan tidak tahu untuk menguruskan tenaganya, maka jadilah dia hamba kepada tenaga dirinya sendiri.

Pilihlah mana mahu mu. Engkau boleh saja jadi Tenaga Yang Berkuasa atau engkau boleh saja jadi hamba kepada Tenaga Yang Berkuasa.

Nampak sama tapi tak serupa !
 
Ingat ... Segalanya Simulteneosly !

Jika engkau jadi hamba, itu tanda engkau mengalami KRISIS TENAGA. Dunia berantakan kerena tenaga. Manusia berperang kerana tenaga minyak, kerana tenaga nuklear, kerana tenaga elektrik, kerana tenaga air, kerana tenaga makanan, kerana tenaga solar, kerana tenaga spiritual. Ramai yang bergaduh pasal tenaga bateri hand phone yang selalu kong. Bahkan, banyak rumah tangga krisis kerana hal tenaga batin yang lemah atau terlebih kuat !

Tetapi, jika engkau KENAL kepada Tenaga yang ada pada Dirimu, maka engkau akan automatik menjadi pengeluar Tenaga itu sendiri. Jika ENGKAU pengeluar segala tenaga, apa lagi nak berkrisis ? 
Engkaulah pengeluar tenaga, engkaulah pemberi tenaga, engkaulah penerima tenaga dan engkaulah pengguna tenaga itu sendiri. Maka nak digaduhkan apa lagi ?

Tak cukup tenaga salah, terlebih tenaga pun salah ! Bukankah segalanya hal tenaga ?

bersambung...

No comments:

Post a Comment