Apa Apa Sahaja

Monday, 14 August 2017

AWAL AKHIR ZAHIR BATIN

YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN IALAH ALLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Didalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..
Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

Firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah... Roh itu adalah sifat Allah (dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid)..
Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada aku...
Dialah yang awal, Dialah yang akhir, kenyataannya ialah rahsia kepada insan iaitu HUU zat semata-mata.

Dialah yang zahir kenyataannya kepada jasad - Namanya ...

Dialah yang batin kenyataannya kepada Roh - Namanya ....

2.Surah Al-Baqarah (Verse 107)
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

16.Surah An-Naĥl (Verse 96)
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Ini apa yang telah ada didalam pengetahuan setelah seseorang itu membaca firman-firman Allah tersebut.

Ilmu atau pengetahuan yang diketahui belum lagi berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid (bertuhankan hanya kepada Allah yang maha esa)

Untuk berpegang dengan iktiqad tauhid Allah telah mengajar kita melalui firmannya

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Selagi seseorang itu belum melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, dia hanya tahu atau mempunyai ilmu tentang tauhid tetapi belum berpegang dengan pegangan atau beriktiqad tauhid kerana untuk berpegang dengan iktiqad tauhid seseorang itu perlu melakukan salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad rauhid yang telah Allah mempejelaskan didalam Al-Quran...

Ini yang perlu kita semua muzakarahkan iaitu bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau kalan untuk mengenal Tuhanmu sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Firman Allah
76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

ROH URUSAN TUHAN

Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya,
Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

Tujuan Allah memberitahu kepada kita yang roh itu adalah Urusan Allah supaya kita tidak bertuhan kepada roh itu.

Roh adalah sifat ketuhanan, sifat ketuhanan adalah milik Allah, Hanya Allah yang bersifat dengan segala sifat ketuhanan, inilah maksudnya Roh urusan Allah..

Jangan sekali-kali terhenti hanya kepada roh sehingga sampai bertuhankan kepada roh.. Kerana pada roh itu ada segala sifat ketuhanan...

Firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah... Roh itu adalah sifat Allah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu bukan dengan mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah diketahui...

Firman Allah berkaitan dengan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
Salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik, seperti yang tersurat dan tersirat didalam firmanNya

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Hadis kudsi

Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada aku...

Maksud Aku ialah Allah

Insan itu rahsia Allah, Allah rahsia insan, rahsia itu sifat Allah, sifat Allah bukan lain daripada Allah - (zat dan sifat tidak bercerai tanggal)..

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan keberadan atau keakuan diri sendiri

Perintah yang boleh dilakukan ialah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Apa yang perlu dimuzakarahkan dengan lebih lanjut lagi ialah tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan Rasul seperti yang tersebut ini..

Dengan melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas membawa makna seseorang itu sedang melaksanakan perintah seperti yang terkandung didalam firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Setelah itu akan Berlakulah pula seperti yang telah difirmankan oleh Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

UNTUK BERPEGANG KEPADA KENYATAAN DARI ALLAH - ROH ADALAH URUSAN TUHAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya,
Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

SESEORANG ITU MESTI MELAKUKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID SRPERTIMANA YANG ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN DIDALAM AL-QURAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, dengan ini akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada samada zat, sifat, asma' atau perbuatan Allah.

Diketika ini belum lagi hilang rasa keberadaan diri sendiri lagi, diteruskan lagi dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sehingga berlaku pula penyaksian dan pengakuan Allah yang mengenal Allah..

Dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, bukan dengan cara mengaku-ngaku atau bersangka berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid..


No comments:

Post a Comment