Apa Apa Sahaja

Saturday, 5 August 2017

bicara

Pesan-pesan ini sempat saya rakamkan dalam ingatan saya daripada seorang Arifbillah Mursyid Qadiriyah (guru saya) sebelum beliau kembali ke rahmatullah:

"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"

"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"

"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"

dan banyak lagi pesan-pesannya.....renungkanlah

No comments:

Post a Comment