Apa Apa Sahaja

Tuesday, 1 August 2017

Ihsan Cinta ikhlas

ICI : TIPS UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SENTIASA TENANG DAN GUMBIRA

Dalam kehidupan ini, semua orang inginkan KESEJAHTERAAN. Sejahtera adalah satu hal keadaan hakikat Diri yang NEUTRAL. Keadaan Diri yang sentiasa tenang dan bahagia dalam apa jua keadaan. Seseorang yang berada dalam kesejahteraan itu, Dirinya tiada terkesan dengan hal buruk tiada terbuai dengan hal baik. Sejahtera itu bukan hal positif dan bukan juga hal negatif. Sejahtera adalah hal SAHLA yang meliputi. Meliputi yang baik dan meliputi yang buruk pada setiap detik dan ketika.

Untuk Sejahtera kita perlu mengamalkan prinsip hidup I C I .

PRINSIP  : I C I

I : Ihsan C : Cinta I : Ikhlas

IHSAN
Ihsan adalah ibarat makanan bagi CINTA. Makin banyak Ihsan yang dibuat, maka makin mekarlah CINTA dalam diri. Namun, perbuatan Ihsan itu harus mengikut Hukum Keseimbangan. Ihsan itu tidak boleh terlebih dan tidak boleh juga terkurang. Ia harus sentiasa sederhana. Sesuatu yang terlebih atau terkurang akan mendatangkan kemudaratan.

Untuk sentiasa Ihsan, kita harus praktis melakukan hal-hal kecil yang sangat jarang kita ambil berat.

Contoh, Senyum, sentiasa ucap terima kasih kepada mahluk di sekeliling kita, sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Ihsan itu termasuk menjaga ketrampilan diri. Jika gemuk, kuruskan badan. Apatah lagi jika kita guru atau ustaz. Jangan sampai kita berceramah bab agama yang pentingkan kesihatan, tapi badan kita sendiripun macam rasaksa yang hobinya suka mentakedarah. Touch-up juga wajah sekadar perlu, supaya tak terlalu nampak macam reban ayam yang ditinggalkan.

Ihsan itu juga termasuk sentiasa membantu makluk tanpa prejudis dan sentiasa belajar untuk memahamkan maklumat. Ini semua Ihsan kecil yang sering kita lupa untuk lakukan kepada Diri kita sendiri. Ihsan ini, jika dilakukan secara KUKONKER, ia akan membawa impak yang besar dalam hidup.

TIPS IHSAN
Sebaik bangun dari tidur, senyum dan ucapkan terima kasih kepada TENAGA yang menghidupkan kita. Ucapkan terima kasih dan senyum kepada bantal, selimut, tilam, langsir yang menyenyakkan tidur kita. Terima kasih dan senyum kepada air mandi yang membersihkan dan menyegarkan jasad kita. Terima kasih dan senyum kepada pakaian, pada makanan, pada pasangan, pada kawan, pada haiwan, pada tumbuhan dan apa saja yang telah berbakti kepada kita.

Kenapa ? Kerana semua makhluk ini adalah atom seperti kita. Atom inilah TENAGA tidak nampak tetapi memberi impak yang sangat besar dalam hidup kita. Gantinama lain bagi Atom ini adalah “YANG MAHA PEMBERI”. Tenaga yang sentiasa berbakti memberi apapun kepada kita, tanpa kita sedar.


Bila hal kecil ini sentiasa kita praktiskan, nantinya diri kita akan berasa gumbira, tenang, rileks dan sentiasa tersenyum. Namun... ingat Hukum Keseimbangan ! Dalam Law of Balance, segalanya harus SEDERHANA.

bersambung...

No comments:

Post a Comment