Wednesday, 19 July 2017

HAKIKAT KEDATANGAN IMAM MAHADI

HAKIKAT KEDATANGAN IMAM MAHADI

Dari perspektif etmologi (asal usul) bahasa, perkataan IMAM bermaksud KETUA manakala perkataan Mahdi berasal dari perkataan Hada/Hadi yang bermaksud PETUNJUK. Makanya, perkataan IMAM MAHADI bermaksud KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK.
Dalam perspektif pengertian ILMU HAKIKAT (Spiritual) Kedatangan Imam Mahadi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada lahirnya KESEDARAN DIRI tentang NUR MUHAMMAD.

Nur Muhammad ?

Nur itu maksudnya CAHAYA, manakala MUHAMMAD itu merujuk kepada DIRI YANG TERPUJI. Makanya, maksud Nur Muhammad itu adalah CAHAYA DARI DIRI YANG TERPUJI.
Cahaya dari Diri Yang Terpuji itu adalah ROH atau DIRI BATIN kita sendiri. Roh itu perkataan Arab yang berakar umbi dari perkataan Hebrew (Ibrani) RUACH. Perkataan RUACH ini seerti dengan perkataan Hebrew NAPESH. Dalam bahasa Arab NAPESH disebut Nafs (Nafas).
Makanya, Kedatangan Imam Mahadi itu merujuk kepada bangkitnya KESEDARAN DIRI TENTANG ROH. Roh atau nama panggilan lainnya, Nur Muhammad inilah PETUNJUK (Mahdi) yang dimaksudkan.

Roh itu ada dalam jasad dan di luar jasad kerana Roh itu adalah NUR atau CAHAYA yang MELIPUTI seluruh alam. Roh inilah CAHAYA TERPUJI (Nur Muhammad) yang menghidupkan segala sesuatu. Tanpa CAHAYA, seluruh alam ini akan MATI atau TIDAK WUJUD. Ibarat Matahari yang memberi cahaya, tanpa cahaya matahari, seluruh alam ini akan mati dan tidak wujud kerana seluruh makhluk bergantung kepada cahaya matahari untuk hidup.

Dalam bahasa Latin SOL (Soul) itu maksudnya MATAHARI. Dalam bahasa Sanskrit OM itu maksudnya MATAHARI.

Dalam bahasa Aramaic ( bahasa Mesir Purba) ON itu maksudnya MATAHARI.
Kesemua bahasa purba merujuk Roh itu sebagai MATAHARI dan sebab itu MANU-SIA paling bijak bernama SOL-OM-ON. Arab memanggilnya SULAIMAN.
Kenapa?
Sebab SOL-OM-ON (Sulaiman) atau ROH itu adalah penzahiran CAHAYA langit dan bumi. Bila CAHAYA ini difahami dan DIKENALI, makanya DIRI itu akan menjadi MAHA BIJAKSANA
1. Allah cahaya langit dan bumi ( Quran/An-Nur 35)
2. Aku cahaya yang menyinari alam ( Bible/John 8:12)
3. Akulah cahaya seluruh alam ( Torah/Mattityahu 5:14)

Untuk memahami Roh bermakna kita harus memahami Nafas kerana Roh itu menzahirkan DiriNya
melalui Nafas. Bila kita belajar ilmu PERNAFASAN yang betul, nantinya jasad akan mula menyerlahkan AURA (sinaran cahaya). Aura ini nantinya akan mengaktifkan SISTEM KELENJAR ( Endocrine System). Sistem Kelenjar yang ada dalam badan inilah yang dimaksudkan TUJUH CAKERA oleh ajaran Yoga. Bila Sistem Kelenjar atau Cakera ini telah diaktifkan, maka seluruh sistem DNA akan mula beroperasi dengan maksima. Tika ini 99% bangsa MANU-SIA hanya mengaktifkan hanya 2% sistem DNA mereka. Walaupun hanya 2% keaktifan, manusia telah banyak melahirkan pelbagai kepandaian dan kehebatan. Bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh setiap Diri MANU-SIA jika mereka boleh mengaktifkan 50% atau 100% sistem DNA mereka ini.
Bila Sistem DNA ini dapat diaktifkan, barulah kita mudah memahami Diri Batin yang bernama Roh itu kerana pemahaman Roh itu tidak dapat difahami oleh sistem OTAK (akal) tetapi ia hanya dapat difahami melalui sistem JANTUNG (hati).

Kenapa ?
Kerana Jantung itulah MATAHARI bagi jasad. Jantung inilah yang dikatakan NUR yang menghidupkan seluruh alam jasad. Tanpa jantung, seluruh sistem dan anggota jasad tidak akan berfungsi. Jika jantung itu MATAHARI ( cahaya) maka barulah ia boleh mengenal Roh ( cahaya). Hanya MATAHARI yang boleh Mengenal MATAHARI. Hanya Cahaya mengenal Cahaya !

Kenapa ?
Kerana pada jantung itu ada 5,000 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKROMAGNET dan ada 500 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKTRIK berbanding kekuatan gelombang otak. Sebanyak 2/3 darah BEROKSIGEN (nafas) dipam oleh jantung ke otak bagi membolehkan otak berfungsi. Maksudnya, jantung lebih banyak berkomunikasi dengan otak berbanding dengan anggota jasad yang lain. Maksudnya, tanpa jantung, otak tidak boleh berfungsi. Maksudnya semua KESEDARAN bermula di Jantung kemudian dizahirkan oleh Otak sebagai FIKIRAN.
Sebab itu dalam Sistem Biologi kejadian MANU-SIA, selepas NAFAS (Roh) ditiup masuk, hal kedua yang berlaku adalah pembentukan JANTUNG. Sebab itu Jantung merupakan Rahsia nyata yang tersembunyi. Di dalamnya ada DUA (Hukum Berpasangan/Duality) Lautan yang bertemu (satu pembuluh darah yang membolehkan darah masuk dan keluar dari tempat yang sama).

Gelombang Elektromagnetik dan gelombang Elektrik yang ada pada jantung dan yang ada pada Otak ini bila BERPADU, ianya akan meletuskan suatu FREKUENSI yang jika kita tahu DECODE (mentafsir) kita akan mula KENAL ( Makrifah) kepada DIRI kita sendiri.

Justeru itu, kita perlu belajar untuk sentiasa SEJAHTERAKAN jasad. Perlu sihat ! Untuk sihat kita perlu JAGA MAKANAN, perlu JAGA RIADAH dan perlu JAGA REHAT. Bila ini semua terjaga barulah diri kita dikatakan ISLAM kerana Islam itu bermaksud SELAMAT. Bagaimana engkau bisa mengatakan engkau itu ISLAM ( Selamat) jika badan engkau gemuk dan banyak penyakit? Selamatkah engkau ? Engkau bercakap tentang ISLAM (Selamat) sedangkan engkau sendiri TIDAK ISLAM ! (Tidak Selamat).

Bila jasad kita SELAMAT, maka barulah kita boleh belajar untuk memahami bahasa JANTUNG (bahasa hati). Bahasa jantung inilah yang dikatakan ilmu TELEPATHY yang ada FREKUENSI tersendiri. Inilah Ilmu Rasa tanpa Kata atau KARAMAH yang ada dalam setiap diri MANU-SIA yang jika kita KENAL FrekuensiNya, kita akan KENAL Diri kita sendiri. Bagaimana kita bisa mengenal Diri kita sendiri andai jasad sakit ?

Orang yang sudah KENAL DIRI adalah orang yang tidak lagi berkehendakkan apa apa pun kerana DIRI itu adalah perbendaharaan tersembunyi yang Maha Kaya yang tidak lagi memerlukan apa apa. Selagi engkau masih mahu itu dan ini, itu tanda engkau masih MISKIN dan belum KENAL DIRI. Makanya, AWAS, jangan engkau hanya mudah berkata kata. Setiap kata engkau itu dipertanggung jawapkan ke atas engkau dan engkau bertanggung jawap terhadap Diri engkau sendiri atas apa yang engkau perkatakan.

Ada masanya lebih baik diam dari berkata-kata !

KESIMPULANNYA
Kedatangan Imam Mahadi itu bermaksud :
Bangkitnya Kesedaran Diri tentang Roh !
Kebangkitan itu kemudiannya akan membawa KESEDARAN menyeluruh tentang Hakikat Diri kita yang Maha Hebat ini. Bila sudah tahu kehebatan Diri, engkau akan MEDEKA dan tidak lagi BERTAKLID buta dalam akidah dan tidak lagi membuta tuli ikut ajaran orang tanpa usul periksa. Engkau tidak bisa lagi ditindas dan ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Engkaulah Imam Mahadi bagi Diri engkau sendiri !
Bangkitlah wahai Mahadi !
Merdekakanlah Dirimu!
Untuk merdeka, maka engkau perlu .....
Hidup dalam IHSAN dengan KECINTAAN yang IKHLAS !!
IHSAN
CINTA
IKHLAS
J A N T U N G ZAHIR !!
Itulah KETUA PETUNJUKNYA !
J A N T U N G BATIN (ROH) !
Itulah IMAM MAHADI MU !

**Pendapat ku sahaja usah di-ikuti jika was-was

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH ?


Makrifah itu maksudnya Engkau Kenal sekenal-kenalnya akan realiti (hakikat) Diri engkau hingga tidak ada yang tidak kenal melainkan kenal belaka. Kenal yang sebenar-benar kenal inilah yang menyebabkan engkau tidak kenal kepada hal lain melainkan kenal engkau itu hanya berkaitan dengan Diri engkau sendiri saja.

Bahasa mudahnya, Bila engkau KENAL DIRI, automatik engkau akan lupa diri.
Lupa diri itu bukan bermaksud lupa daratan atau sombong. Lupa diri itu bermaksud akal engkau yang sentiasa melompat-lompat itu telah tenang dan melupakan segala hal-hal lain. Akal itu telah ‘shut down’ dan tidak lagi berfungsi. Pada situasi ini, yang berperanan adalah JANTUNG atau KALBU.

Cahaya atau Nur Kalbu yang berfrekuensi tinggi itulah yang menggerakkan segala pergerakan jasad engkau secara automatik. Tanpa berfikir, jasad engkau tetap sempurna melakukan segala aktiviti. Hal leka tanpa berfikir inilah yang dikatakan KUSYUK.

Tenaga Maha Kreatif yang menzahirkan Cahaya Getaran berfrekuensi Tinggi inilah yang digelar dengan pelbagai nama-nama lain seperti Nur Kalbu, Nur Muhammad, Cahaya Illahi, Cahaya atas Cahaya, dan pelbagai lagi nama lain.
Makanya, bagaimana untuk KENAL DIRI?
Untuk belajar KENAL DIRI, engkau perlu praktis hidup sebagai orang Kaya.
HIDUP ORANG KAYA.
Belajar hidup dalam kekayaan Diri. Bila kita sentiasa kaya Diri, kita sudah tidak perlukan apa-apapun, cukup hanya dengan Diri sendiri. Hanya orang miskin yang sentiasa tak cukup dan sentiasa hidup meminta-minta.

Bila engkau kaya, apa lagi mahu kepada harta? Apalagi mahu kepada kuasa ? Apa lagi mahu kepada tahta ? Bila engkau kaya, segalanya sudah cukup. Engkau makan apa yang ada. Engkau pakai apa yang ada. Engkau boleh tinggal di mana-mana. Engkau boleh tidur di mana-mana. Rumah orang kaya seluas langit. Hotelnya trillion bintang, bukannya setakat 5 bintang.
Hanya orang miskin yang sentiasa tak cukup-cukup. Sudah ada tempat tinggal, masih mahukan rumah. Sudah ada kuasa, masih mahu pangkat. Sudah ada kekayaan, masih mahu harta. Sudah ada tenaga, masih mahu kuasa. Sudah ada makanan, masih mahu terus cari makan. Sudah ada pakaian, masih rasa tak cukup baju.

Hanya orang MISKIN DIRI yang sentiasa hidup bermasalah. Orang KAYA DIRI sentiasa tenang, rileks dan gumbira.

Bila engkau masih banyak mahu mu, itu tanda engkau masih miskin. Belajarlah hidup dalam PENUH Kekayaan Diri. Bila sudah PENUH kekayaan, hidup engkau akan sentiasa cukup. Hidup dalam serba kecukupan inilah yang dikatakan HIDUP SIMPLE.

Hidup simple itu mengamalkan, makan apa yang ada. Pakai apa yang ada. Kerja apa yang ada. Nikmati apa yang ada.

Makanya, bagaimana untuk jadi KAYA DIRI ?

Bersambung....

Perihal Ikhlas

IKHLAS ?????
Ikhlas adalah wujud sebuah keyakinan mutlak pada Sang Maha Mutlak.
Ikhlas adalah kepasrahan bukan mengalah apalagi menyerah kalah.
Ikhlas itu adalah engkau sanggup berlari melawan dan mengejar, namun engkau memilh patuh dan tunduk.
Ikhlas adalah sebuah kekuatan menundukkan diri sendiri dan semua yang engkau cintai.
Ikhlas adalah memilih jalanNya, bukan karena engkau terpojok tak punya jalan lain.
Ikhlas bukan lari dari kenyataan.
Ikhlas bukan karena terpaksa.
Ikhlas bukan merasionalisasi tindakan, bukan mengalkulasi hasil akhir.
Ikhlas tak pernah berhitung.
Ikhlas tak pernah pula menepuk dada. Ikhlas itu tangga menujuNya.
Ikhlas itu mendengar perintahNya dan menaatiNya.
Ikhlas adalah ikhlas. Titik.

HAJI



TIDAK DIJEMPUT ALLAH MENUNAIKAN HAJI KERANA KUOTA HAJI TELAH PENUH ?
Jika engkau telah mampu untuk mengerjakan HAJI namun engkau masih tidak dibenarkan untuk mengerjakannya, maka tenangkanlah jantungmu kerana jika engkau tenang, engkau akan SEDAR bahawa ada maksud yang lebih mendamaikan dan ada TUJUAN yang lebih realistik di sebalik perkataan Haji itu.

Haji itu adalah sebahagian dari hal-hal agama yang telah dipolitik dan diperdagangkan. Banyak hal-hal ibadah keagamaan termasuk Haji telah dijadikan bahan perdagangan oleh pihak pihak berkepentingan untuk mendapatkan wang.

Justeru itu engkau perlu faham 5 syarat wajib Haji sebelum engkau boleh mengerjakannya.
1. ISLAM : Engkau perlu memahamkan perkataan ISLAM supaya engkau beroleh SELAMAT sebelum dan selepas mengerjakan hal HAJI-I

2. BERAKAL : Engkau perlu BIJAK-SANA dan BIJAK-SINI dalam memahamkan maksud HAJ-I. Bijak-sana itu adalah bijak memahamkan hal di LUAR Diri engkau. Bijak-sini itu adalah bijak memahamkan hal di DALAM Diri engkau.

3. BALIGH : Engkau perlu MATANG dalam pemikiran engkau agar engkau tidak buta-buta ditipu dan tidak membuta tuli mengikut dogma dan doktrin pihak-pihak yang berkepentingan yang menggunakan haji sebagai sumber mendapatkan wang.

4. MERDEKA : Engkau perlu MEMBEBASKAN Diri engkau dari segala doktrin keagamaan yang terpesong dari kebenaran Agama. Jangan jadi lembu yang ditarik hidung, mengikut saja tanpa tahu apa yang diikut.

5. MAMPU : Engkau perlu MAMPU mengalahkan kuasa pihak-pihak yang berkepentingan. Disebabkan haji telah dikawal dan diperdagangkan oleh pihak pihak yang berkepentingan, makanya engkau harus MAMPU dan BERKUASA untuk mengatasi kuasa mereka. Kuota Haji ada di tangan Pak Arab. Kuota Haji ada di tangan Raja, di tangan Pak Menteri dan di tangan-di tangan mereka yang 'berkuasa', makanya engkau perlu MAMPU untuk mengatasi kuasa mereka jika engkau benar-benar ingin ke Mekah untuk menunaikan haji, namun engkau hanya perlu BERKUASA ke atas Diri engkau sendiri andai engkau ingin naik HAJI-I.

KESIMPULAN
Jika engkau KENAL pihak yang BERKUASA, kuota haji bukan lagi jadi isu. Engkau boleh saja pergi menunaikan haji setiap tahun jika engkau KENAL akan si Raja atau Pak Menteri yang bertanggung jawap atau KENAL dengan mana mana penguasa yang berkuasa. Segalanya tentang KENAL dan KUASA !

Jika engkau tidak KENAL si Penguasa, terpaksalah engkau ikut SISTEM yang ada. Jika engkau MATI dalam keadaan engkau telah berkemampuan, tapi masih tidak "dijemput Allah" menunaikan haji, jawap saja pada Malai-kat yang bertanya dengan mengatakan......
Bukan salah aku...
Kuota Haji Dah Penuh !
Bolehkah ?

Saturday, 1 August 2015

UNTUK PASANGAN PENGANTIN

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

ALLAHUMMAJ'AL JAM'ANA HAAZA JAM'AN MARHUMA WATAFARRUQUNA MIMBA'DIHI TAFARRUQAN MA'SUMA WALA TAJ'AL FIINA WALA MA'ANA SYAQIYYAN WALA MAHRUMA YA AKRAMAL AKROMIN
ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH WAQINA 'AZABANNAR

Thursday, 16 July 2015

Takbir Raya

Takbir Raya






Mari sama sama kita hayati terjemahan Takbir Raya
dan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada Nyata Hanya Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah
Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Nyata Hanya Allah
Tiada yang disembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya
Tiada Nyata Hanya Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Basar
dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Basar dan segala puji bagi Allah

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...