Thursday, 9 July 2015
Kasyaf Akal
Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
Wednesday, 8 July 2015
Ringkasan makna Hakikat
Assalamu'alaikum
Hakikat (Haqiqat) adalah kata benda yang berarti kebenaran atau yang
benar-benar ada. Yang berasal dari kata hak (al-Haq), yang bererti milik
(kepunyaan) atau benar (kebenaran). kata Haq, secara khusus oleh orang-orang
sufi sering digunakan sebagai istilah untuk Allah, sebagai punca utama (sumber)
dari segala kebenaran, sedangkan yang berlawanan dengan itu semuanya disebut batil
(yang tidak benar)
Puasa dan Zakat
Puasa.
"Menahan Diri daripada makan,
minum dan bersetubuh
dan lain lain perkara yang boleh mengebabkan terbatalnya puasa
mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana
Allah Taala."
Adapun yang dimaksudkan dengan sebenar
benarnya Puasa itu;
adalah Menahan Diri daripada Terlihat / Ternampak Adanya
Diri.
Zakat.
Mengeluarkan sebahagian Harta
untukk dikongsikan kepada orang orang yang memerlukan.
sprt Fakir Miskin, Anak
Yatim Piatu, Asnaf lain lain
dan mengikut ketetapan yang telah di-syariat-kan
Adapun yang dimaksudkan dengan sebenar
benarnya Zakat itu bukan terletaknya pada Harta,
Kerana Allah itu tidak melihat
Harta. Allah tidak miskin, Allah itu Maha Kaya.
Zakat itu apabila mulut
digunakan untuk menyampaikan,
berkata kata baik walaupun berhadapan dengan
orang jahat, membantu seseorg di jalanan.
zakat untuk anggota 7 (mata, telinga, lidah,
tangan, kaki, perut dan kemaluan) itu
di gunakan di jalan kebaikan,
seperti
menolong dan membantu orang susah, fakir miskin, dan sebagainya terutamanya yatim piatu..
Itulah yang
dimaksudkan dgn sebenar benarnya pengertian Zakat.
Orang yang sudah makrifat itu
Zakatnya berterusan,
24jam, tiada henti henti..
melainkan Mati dikembalikan kepada
Penciptanya.
Walaubagaimana pun, Puasa Ramadan
dan Zakat yg telah disyariatkan jangan ditinggalkan !
lakukan dengan seiringan syariat dan hakikat
*untuk lebih faham, makanya bertanya pada yang ahli dan yang sudah putus.
**bertanyakanlah kepada yang bukan guru KULIT
Subscribe to:
Posts (Atom)
pandang pandang
AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...