Apa Apa Sahaja

Sunday, 23 July 2017

APAKAH CINTA ITU PUNYAI PERINGKAT ?

APAKAH CINTA ITU PUNYAI PERINGKAT ?

CINTA itu tidak ada peringkat !
Selagi ada peringkat itu bukan Cinta!
Cinta itu adalah suatu hal RASA yang tidak ada perantaraan. Tiada peringkat bawah dan tiada peringkat atas, kerana Cinta itu meliputi ruang infiniti yang tiada sempadan. Bila ianya tiada sempadan, maka yang wujud hanya keasyikan RASA MENYATU dengan seluruh alam yang tiada peringkat.

Cinta itu berkaitan hal Ketuhanan BUKAN berkaitan hal Kemanusiaan. 'Ketuhanan vs Kemanusiaan', nampak seperti ada dua hal, namun realitinya, hal Kemanusiaan itu adalah juga hal Ketuhanan yang bersatu tidak bercerai tiada, sering nyata menyata dalam SELURUH KESATUAN antara satu dengan lainnya.

Bila Cinta itu berkaitan Tuhan, maka tiada lagi wujud soal peringkat-peringkat Cinta kerana kita membicarakan hanya hal YANG SATU iaitu TUHAN ! Selagi ada peringkat, itu tanda engkau masih terhijab dalam lingkungan akal yang melahirkan emosi dan intelek. Bila Cinta itu berkaitan Tuhan, maka segalanya Neutral, boleh jadi benar, boleh jadi salah. Cinta boleh jadi begini dan boleh jadi begitu. Boleh menghukum, boleh tidak menghukum. Namun, Cinta yang menghukum seringkali bawa derita, Cinta yang tidak menghukum bawa damai. Damai dan Derita, dua hal berbeda yang jika disatukan, kita dapat memahami hakikat CINTA dan hidup dalam penuh KECINTAAN, batin dan zahir.

Bila Cinta itu dikatakan hal Ketuhanan, kenapa perlu lagi mempertikaikan yang cinta perlu begini dan cinta harus begitu? Kenapa cinta sebegini betul dan cinta sebegitu salah? Bukankah Tuhan itu meliputi Benar dan Salah?

Sesungguhnya Cinta itu melangkaui hal akal dan intelek kerana Cinta adalah hal Ketuhanan yang membuatkan KELU segala pancaindera untuk menyatakanNya. KELU itu puncak tertinggi yang sudah tidak berperingkat. Jika sudah KELU ,apa lagi yang bisa diluahkan?

Cinta tidak boleh ada perantaraan. Kenapa ? Kerana hal cinta adalah hal Ketuhanan yang tidak berantara. Tidak tertakluk kepada sempadan, ruang dan masa. Selagi ada perantaraan, selagi itulah manusia tidak mampu memahami Cinta. Selagi belum mencapai hal Hakikat Cinta, maka yang dirasakan itu hanya sekadar pencapaian hal Kasih, hal Sayang dan hal Suka yang masih tertakluk kepada mainan Akal !

Ada manusia yang JATUH kerana Cinta dan ada manusia yang BANGKIT kerana Cinta. Cinta dari perspektif makhluk MENJATUHKAN diri engkau. Cinta dari perspektif Tuhan MEMBANGKITKAN Diri engkau.

ENGKAU sendiri yang memilih perspektifNya !

No comments:

Post a Comment