Apa Apa Sahaja

Sunday, 23 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Kenapa guna perkataan Tenaga?




Kenapa guna perkataan Tenaga?

Perkataan TENAGA (Energy) banyak digunakan dalam tulisan ini kerana perkataan itu lebih umum dan boleh diterima pakai oleh semua orang tanpa prejudis dan bias. Perkataan ‘Tenaga’ itu boleh merujuk kepada apapun kerana segalanya diliputi oleh Tenaga. Tenaga itu meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang tidak terkait dengan Tenaga. Segalanya berkaitan hal Tenaga.

Jika seorang penganut agama Islam, membacanya, mereka faham Tenaga itu merujuk kepada apa. 

Jika seorang Kristian, atau Buddha atau Hindu membacanya, mereka tahu Tenaga apakah yang dimaksudkan. Bahkan jika seorang athies, atau theis, atau saintis mahupun artis, mereka akan faham dan mudah mendifinasikan Tenaga itu menurut kefahaman masing-masing.

Bagi theist, Tuhan itu Tenaga yang mentadbir alam ini. Bagi athies, fikiran yang mencari logik itu Tenaga. Bagi saintis, kewujudan sesuatu benda atau idea, dicetuskan oleh Tenaga yang ada di alam ini. Bagi artis, kebolehan beraksi menunjukkan bakat, itu adalah Tenaga. Semua pihak bebas menterjemahkan hal Tenaga itu mengikut perspektif masing-masing tanpa bias, tanpa meremeh dan tanpa menidakkan pihak lain.

Apapun namanya, apapun perspektifnya, ia langsung tidak menjejaskan hakikat tenaga itu dan ia tetap menunjukkan hal TENAGA yang sama.

Perkataan TENAGA itu lebih bersifat inklusif yang boleh diterima oleh semua orang. Bukan bersifat eksklusif yang hanya golongan tertentu saja yang boleh gunakan.

bersambung...

No comments:

Post a Comment