Apa Apa Sahaja

Sunday, 23 July 2017

KE-AKU-AN DAN SAINS



SAINS KE-AKU-AN: TENTANG "AKU" 'Aku' dan 'aku'


“AKU” itu adalah Saripati Hakikat SELF SUPREME YANG Inteligence-Intelligent.

“Aku” itu pula adalah SUPREME INTELLEGENT.

“aku” ini adalah PRIME INTELLIGENCE.

 Wujud AKU itulah menjadi bukti “Self Evidence of Being” yang bergelar “Diri Ku”

“AKU” itulah merupakan Punca Yang Tidak Berpunca yang menzahirkan (Tajali) 1st Existence yang digelar Nur Allah- Titik Yang Tidak Bergerak itu.

“AKU” itulah jua yang menzahirkan “Aku”- 2nd Existence, yang digelar Nur Muhammad - Titik yang bergerak dalam lingkaran Titik “Diri AKU” itu.
Penzahiran (Tajaliat) 2nd Existence itu berlaku melalui GERAK dalam lingkaran Titik “Diri AKU” itu sendiri.

Gerak yang dimaksudkan itu adalah Gerak yang :
1. Mengenalkan Rasa (Zat/Usul)
2. Mendengarkan Suara ( Nama-Nama)
3. Menunjukkan Kerja (Perbuatan)
4. Menampakkan Sifat

Gerak inilah yang dizahirkan oleh “AKU” melalui “Aku” dan “aku” yang sering digunapakai oleh "aku: being", itu di dalam kalam :

Kaf, Ha, Ya, Ain, Sod

Gerak “aku” itu pula dikenalkan untuk mengenal “Aku” melalui 7 tingkatan pemahaman DAN melalui 7 tingkatan Tajalliat.

7 Tingkatan Pemahaman itu ialah :
1. Life
2. Tension
3. Polarity
4. Condensation
5. Appearance
6. Content
7. Evidence

Manakala 7 tingkatan Tajalliat itu ialah :
1. Ikhnosfism
2. Klinosfism
3. Khaasfism
4. Gnosfism
5. Phaknosfism
6. Galosphsfism
7. Dzirosfism

Makanya bila Faham 7 Tingkatan PEMAHAMAN melalui 7 Tingkatan Tajaliat ini, maka kenallah akan Primula Bindu 798, 432, 113, 509, 927, 000, 000, 000, 001
dan Kenallah akan Bijanta Kamanax 108, 091, 890, 100

Maka,

Barulah Nyata Rasa yang dikatakan...
Ana-Anta DAN Anta-Ana itu !

SIAPA AKU dan BAGAIMANA MENGENAL AKU?

AKU ialah NAMA yang menunjukkan Diri.

Diri yang mana? Diri Batin (ROH) ‘yang ada’ di dalam setiap jasad kita.
Setiap yang Batin itu bersifat GHAIB. Ghaib bererti TIDAK NAMPAK. Maka bagaimana kita bisa melihat sesuatu yang Tidak Nampak?

Untuk melihat sesuatu yang Tidak Nampak (Ghaib) maka kita perlu memasuki Alam Tidak Nampak (Alam Ghaib). Hanya yang ghaib saja boleh melihat yang ghaib dan hanya yang ghaib sahaja boleh memahami sesuatu yang ghaib.

Untuk memasuki Alam Ghaib, kita perlu melenyapkan segala Alam Zahir (alam fizikal). Maksud melenyapkan alam zahir itu ialah dengan melupakan segala sesuatu.

Melupakan segala sesuatu inilah yang dikatakan KUSYUK.
Bila kita kusyuk melupakan segala sesuatu, maka ALAM LUPA SEGALA SESUATU itulah yang dikiaskan sebagai ALAM GHAIB. Kenapa? Bila lupa kepada segala sesuatu, apa lagi yang kita ingat? apa lagi yang kita lihat? apa lagi yang kita dengar? apa lagi yang boleh kita rasa dan apa lagi yang kita boleh sentuh? Tiada! Kosong! Hilang! dan GHAIB ! Bila ghaib segala perkara ZAHIR, yang tinggal HANYA perkara BATIN. Alam Ghaib itu perkara Batin.

Alam Ghaib inilah IBARATNYA dunia “ Mati Sebelum Mati”.
Bila merasai Mati Sebelum Mati, maka Kenal-lah AKU !!
Bila Kenal AKU, apa lagi yang ingin dikenal? KELU ! DIAM !

Kenapa?
Kerana sudah berjumpa dan sudah kenal ! Bila sudah kenal, maka nak cari apa lagi? Nak cakap apa lagi? Nikmati saja... Neutral! ... Natural ! Segalanya tidak terungkap. Segalanya Neutral Kosong Sekosong-kosongnya.

Bila sudah mengenal, perkara BATIN itu juga akan turut Ghaib ! Bila ghaib alam zahir dan alam batin, maka KOSONG lah segalanya !

Kosong inilah Ghaib Yang Abadi ! Abadi Zahir dan Batin !
Di Alam Ghaib inilah segala yang Ghaib kembali kepada Ke-Ghaiban-Nya Yang Abadi !!

Maka, untuk ke alam Ghaib... KUSYUK lah !
Agama dan Sains bersependapat mengatakan bahawa diri manusia itu terbina dari dua komponen alam 1. Batin (Spirit) 2. Zahir (Matter).

Di dalam bahasa Melayu, komponen batin itu digelar Roh manakala komponen zahir itu dinamakan Jasad yang meliputi Tubuh Fizikal, Minda (emosi) dan Akal.

Tubuh fizikal adalah aksesori jasad yang berperanan melakukan Pengamatan dan Tindakan. Ia mempunyai 2 set deria. Setiap satu set deria mempunyai 5 organ pengamatan dan 5 organ tindakan.

Organ pengamatan adalah Mata (lihat), Telinga (dengar), Hidung (bau), Lidah (rasa) dan Kulit (sentuh).
 
Organ tindakan adalah Tangan (pembuatan/kuasa) Kaki (perjalanan), Mulut (bicara), Kelamin (generasi) dan Kumuh (pembuangan kotoran).

Minda atau seringkali disebut “Hati” pula berperanan seumpama sebuah universiti yang khusus di dalam bidang emosi dan perasaan. Kasih, sayang, ihsan, semangat, ghairah, benci, cemburu, marah adalah antara beberapa disiplin ilmu yang dizahirkan dari universiti Minda.

Akal pula adalah ibarat satu fakulti di dalam universiti Minda. Fakulti Akal ini berperanan untuk berfikir, mencari sebab musabab, menghakimi dan membuat keputusan. Akal perlu sentiasa diasah dan digunakan bakatnya agar ia dapat berfungsi dengan betul untuk disesuaikan dengan organ pengamatan dan organ tindakan.
 
Universiti MINDA dan Fakulti AKAL inilah yang membentuk komponen BATIN kita. Batin atau diri dalaman kita itulah yang dikatakan personaliti. Personaliti inilah yang membentuk individualiti atau diri luaran kita. Diri luaran inilah “produk akhir” yang menzahirkan apa yang dizahirkan oleh Minda dan Akal (diri dalaman/diri batin). Baik Minda dan Akal, maka baik jugalah hasil yang dikeluarkan oleh diri luaran (personaliti). Buruk Minda dan Akal, maka akan buruk jugalah personaliti yang dizahirkan oleh jasad.

Walaubagaimanapun, komponen jasad ini hakikatnya adalah kaku dan mati. Ianya adalah aksesori yang hanya boleh berfungsi jika ada ROH. Roh itulah yang digelar “nyawa” oleh manusia. Manusia itu adalah diri “KITA”!
 
KITA menggunakan Jasad, Minda dan Akal untuk berhubung dengan alam, baik alam zahir mahupun alam batin. Roh sekadar meng-ANIMASI-kan (menzahirkan) perbuatan Jasad, Minda dan Akal. Ia bertindak bagai “kuasa elektrik” di dalam gadget (alat) elektrik. Kuasa elektrik yang menghidupkan mentol dari gelap kepada terang, kuasa elektrik yang memanaskan cerek yang sejuk dan yang menggerakkan kipas yang kaku. Namun perlakuan mentol yang dari gelap menjadi terang, perlakuan cerek dari sejuk menjadi panas dan perlakuan kipas dari kaku kepada bergerak, ternyata hanya berlaku pada diri mentol, cerek dan kipas itu sendiri. Perlakuan atau perubahan tidak pula berlaku pada diri “kuasa elektrik” itu! Kuasa elektrik itu seolah hanya “menyaksikan” segala perlakuan mentol, cerek dan kipas tanpa menerima akibat dan kesan apa-apapun.

Begitulah perumpamaannya terhadap diri kita. Roh itu ibarat kuasa elektrik. Mentol, cerek dan kipas adalah ibarat perlakuan jasad, minda dan akal.

Justeru itu…

Setiap diri mengetahui perihal sesuatu yang diri lain tidak mengetahuinya. Pengetahuan yang sangat mendalam perihal diri dalaman kita sendiri itulah yang membuatkan kita menjadi Maha Mengetahui tentang diri kita sendiri dan tidak ada diri lain yang dapat mengetahui dan memahami tentang apa yang kita tahu dan tentang apa yang kita faham.

Diri dalaman kita yang Maha Mengetahui itu juga adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat apa saja penglihatan dan pendengaran yang berlegar di dalam diri kita sendiri. Kita bisa melihat sesuatu itu sebagai buruk, dan kita juga bisa melihat sesuatu itu sebagai cantik. Kita bisa faham perihal sesuatu mengikut kefahaman kita sendiri yang orang lain tidak bisa faham sebagaimana yang kita faham.

Dek kerana hebatnya diri dalaman kita yang Maha Mengetahui tentang diri kita sendiri ini maka, lahirlah pelbagai personaliti manusia yang berbeda-beda.

Ada manusia yang personalitinya keras dan aktif!
Sentiasa bernafsu, sentiasa peka, sentiasa berkehendak dan sentiasa mengambil perhatian akan setiap perkara yang berlaku. Tidak akan bertolak ansur dengan pendapat yang berbeda selain dari pendapat dia atau pendapat kaumnya. Jika berbeda, dia bisa saja berperang demi menegakkan kebenaran mengikut acuan pendapatnya atau pendapat kaumnya.

Ada manusia yang personalitinya lembut dan pasif!
Yang kaku, lesu atau tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku. Kurang keyakinan, tiada keghairahan, tidak mahu terlibat dan malas memikirkan apa yang berlaku. Personaliti “Lantak engkaulah” !

Ada manusia yang personalitinya sederhana, seimbang, matang, tenang, tidak suka dan tidak pula berduka, aman, sentiasa bahagia dalam gembira dan dalam nestapa. Sentiasa aman dalam tenang dan dalam galau.

Kesimpulannya…

Nikmatilah kehidupan ini. KITA semua adalah GURU dan kita semua adalah MURID kepada diri KITA sendiri. HIDUP adalah apa yang KITA ajar dan KEHIDUPAN adalah apa yang KITA belajar. Makanya, jika KITA bersedia dan terbuka untuk belajar dari orang lain, pasti KITA akan mendapat ilmu yang unik dan berbeda yang cuma ada dari setiap diri-diri KITA. Ilmu yang tidak ada BENAR dan Ilmu yang tidak ada SALAH. Ilmu yang ada pada setiap diri KITA inilah yang membedakan 

KITA manusia dengan makhluk lainnya.
Hanya manusia mampu menggunakan ilmu untuk mengenal PenciptaNya.
dan…

AKU lah manusia itu !




No comments:

Post a Comment