Apa Apa Sahaja

Sunday, 30 July 2017

CAPAI NIKMAT HIDUP

CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR.

Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar.

Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!!
Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA DAN TENAGA LEMAH.

RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja.

Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.

No comments:

Post a Comment