Apa Apa Sahaja

Sunday, 30 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Tenaga Hidup



TENAGA HIDUP
TENAGA adalah punca kuasa kepada segala sesuatu. Untuk hidup, Roh juga memerlukan kuasa dari TENAGA ini. Makanya, Roh BUKAN tenaga tetapi penzahiran TENAGA. Namun, punca segala sesuatu itu adalah dari satu INTISARI TENAGA (ZAT) yang sama. TENAGA itu menzahirkan DiriNya kepada pelbagai Nama yang berbeda mengikut Sifat dan Perbuatan yang berlaku keatasnya.

Contoh : CAHAYA mentol itu ibarat ROH. Mentol ibarat jasad. Elektrik adalah TENAGA.

Mentol bercahaya kerana menerima TENAGA letrik yang disalirkan melalui mentol.
Makanya, Cahaya bukan Elektrik tetapi penzahiran Elektrik. TENAGA Elektrik itu tidak nampak, tapi kuasanya sentiasa ada. Bila Tenaga Elektrik itu mengalirkan kuasanya kepada mentol, barulah cahaya terhasil. Mentol tidak bermakna tanpa cahaya. Cahaya pula tidak akan terzahir tanpa 

TENAGA.

Makanya, TENAGA itu menjadi sumber kepada mentol dan kepada cahaya. TENAGA itu meliputi mentol dan meliputi cahaya. Namun TENAGA bukan mentol dan bukan cahaya. TENAGA hanya penzahiran (tajali) mentol dan penzahiran cahaya. Tanpa TENAGA, mentol dan cahaya tidak wujud.

TENAGA adalah NAMA khas. TENAGA akan menjadi GANTINAMA atau berubah nama kepada nama-nama lain bila SIFAT dan PERBUATANNYA berubah. Cahaya dan Mentol adalah gantinama yang merujuk kepada TENAGA yang sama.
Sama tapi tak serupa !

Yang demikian kita rumuskan bahawa ada DUA TENAGA HIDUP pada kita ini :-
Pertama TENAGA LAHIR yang berasal dari tenaga hidup YANG DIHIDUPKAN yang menjadi TENAGA JASMANI. Datangnya dari ZAT MAKANAN yang kita makan dan minum.
Kedua TENAGA BATIN yang bersal dari TENAGA HIDUP YANG SEBENARNYA HIDUP yang ADA DIDALAM dan DILUAR batang tubuh kita. Dialah POHON KEHIDUPAN. Dialah yang dikatakan DIRI. Dia juga yang dikatakan HIDUP Dia juga yang dikatakan NYAWA. Dia jugalah yang dikatakan RUH. Dia jugalah yang dirujuk sebagai AL – LATIFAH RABBANIAH atau KETUHANAN ( bukan Tuhan tetapi Ketuhanan ) dan dirujuk oleh Allah sebagai ROHKU. Aku pula menyebutnya sebagai AKU. Tenaga ini TENAGA HEBAT YANG TERSEMBUNYI DIDALAM DIRI kita yang selama ini belum pernah kita ketahui apalagi kita kuasai dan gunakan. 

bersambung...

No comments:

Post a Comment