Apa Apa Sahaja

Friday, 28 July 2017

kepada mu kekaseh awal dan akhir

BETULKAN PANDANGAN-mu...

AKU didalam KAMU diluar..

Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamu mengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA Diri Batinmu itu 

Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamu mencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernah dan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu.

Aduh sayangku…
bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahaja kamu berada..
dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkau mencariku ..
sedangkan aku berada ditempat yang terang…
dan sentiasa saja melambai kamu …
tanpa ada hentinya..

Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…
hingga mahu memotong lidah dan jejariku ?
Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.
Aku ini adalah rahsiamu dan rahsiamu itu adalah AKU

Betulkan pandanganmu…
kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan aku sudah berada dikamarmu ? 
Alihkan pandanganmu ke-DALAM...
dan panggil serta serulah AKU…..

Warkahku ini akan membantumu mencari aku …
janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalan kembali…
yaitu kembali kepadaku.

Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ?

No comments:

Post a Comment