Apa Apa Sahaja

Friday, 28 July 2017

Tenaga dan Cahaya - APA YANG HENDAK DISAKSIKAN



APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?

Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.

Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam. Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.

PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...

bersambung...

No comments:

Post a Comment