Apa Apa Sahaja
▼
Monday, 24 July 2017
MENDAPATKAN JIWA ATAU HATI YANG TENANG
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT "JIWA ATAU HATI YANG TENANG" MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH.
ORANG YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH AKAN TENANG TENTERAM HATI MEREKA DAN AKAN MENJADI SEBAGAI PEMBUKAAN UNTUK MENDAPAT PIMPINAN DARI ALLAH KEJALAN YANG LURUS.
Firman Allah
13.Surah Ar-Ra`d (Verse 28)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
==========
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 191)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
==========
4.Surah An-Nisā' (Verse 103)
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
No comments:
Post a Comment