Apa Apa Sahaja
▼
Monday, 24 July 2017
MENAMPAKKAN JALAN YANG BENAR DAN BERPUAS HATI
INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENAMPAKKAN JALAN YANG BENAR
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...
89.Surah Al-Fajr (Verse 27)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
89.Surah Al-Fajr (Verse 28)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
89.Surah Al-Fajr (Verse 29)
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
89.Surah Al-Fajr (Verse 30)
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
No comments:
Post a Comment