Apa Apa Sahaja

Monday, 24 July 2017

Solat Daim



TETAP MENGERJAKAN SOLAT (SOLAT DAIM)

70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 19)
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 20)
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 21)
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;

70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 22)
Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat (ingat kepada Allah)

70.Surah Al-Ma`ārij (Verse 23)
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya; (sentiasa ingat kepada Allah, tidak lupa walaupun sedetik)

==========
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

No comments:

Post a Comment