Showing posts with label ilmi. Show all posts
Showing posts with label ilmi. Show all posts

Monday, 14 August 2017

AWAL AKHIR ZAHIR BATIN

YANG AWAL, YANG AKHIR, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN IALAH ALLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Didalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..
Untuk meringkaskannya, yang awal iaitu zat Allah, yang akhir iaitu asma' Allah, yang zahir iaitu afa'al Allah dan yang batin iaitu sifat Allah...

Kalau disusun mengikut susunan ialah kenyataan zat Allah iaiatu Dialah yang Awal, kenyataan sifat Allah Dialah yang batin, kenyataan asma' Allah Dialah yang akhir, kenyataan afa'al Allah Dialah yang zahir...

Firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah... Roh itu adalah sifat Allah (dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid)..
Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada aku...
Dialah yang awal, Dialah yang akhir, kenyataannya ialah rahsia kepada insan iaitu HUU zat semata-mata.

Dialah yang zahir kenyataannya kepada jasad - Namanya ...

Dialah yang batin kenyataannya kepada Roh - Namanya ....

2.Surah Al-Baqarah (Verse 107)
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.

16.Surah An-Naĥl (Verse 96)
(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Ini apa yang telah ada didalam pengetahuan setelah seseorang itu membaca firman-firman Allah tersebut.

Ilmu atau pengetahuan yang diketahui belum lagi berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid (bertuhankan hanya kepada Allah yang maha esa)

Untuk berpegang dengan iktiqad tauhid Allah telah mengajar kita melalui firmannya

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Selagi seseorang itu belum melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, dia hanya tahu atau mempunyai ilmu tentang tauhid tetapi belum berpegang dengan pegangan atau beriktiqad tauhid kerana untuk berpegang dengan iktiqad tauhid seseorang itu perlu melakukan salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad rauhid yang telah Allah mempejelaskan didalam Al-Quran...

Ini yang perlu kita semua muzakarahkan iaitu bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau kalan untuk mengenal Tuhanmu sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Firman Allah
76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

ROH URUSAN TUHAN

Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya,
Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

Tujuan Allah memberitahu kepada kita yang roh itu adalah Urusan Allah supaya kita tidak bertuhan kepada roh itu.

Roh adalah sifat ketuhanan, sifat ketuhanan adalah milik Allah, Hanya Allah yang bersifat dengan segala sifat ketuhanan, inilah maksudnya Roh urusan Allah..

Jangan sekali-kali terhenti hanya kepada roh sehingga sampai bertuhankan kepada roh.. Kerana pada roh itu ada segala sifat ketuhanan...

Firman Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah... Roh itu adalah sifat Allah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu bukan dengan mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah diketahui...

Firman Allah berkaitan dengan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
Salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik, seperti yang tersurat dan tersirat didalam firmanNya

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Hadis kudsi

Insan itu rahsia Aku, Aku Rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada aku...

Maksud Aku ialah Allah

Insan itu rahsia Allah, Allah rahsia insan, rahsia itu sifat Allah, sifat Allah bukan lain daripada Allah - (zat dan sifat tidak bercerai tanggal)..

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan keberadan atau keakuan diri sendiri

Perintah yang boleh dilakukan ialah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Apa yang perlu dimuzakarahkan dengan lebih lanjut lagi ialah tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan Rasul seperti yang tersebut ini..

Dengan melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas membawa makna seseorang itu sedang melaksanakan perintah seperti yang terkandung didalam firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Setelah itu akan Berlakulah pula seperti yang telah difirmankan oleh Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

UNTUK BERPEGANG KEPADA KENYATAAN DARI ALLAH - ROH ADALAH URUSAN TUHAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya,
Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..

SESEORANG ITU MESTI MELAKUKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID SRPERTIMANA YANG ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN DIDALAM AL-QURAN

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, dengan ini akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada samada zat, sifat, asma' atau perbuatan Allah.

Diketika ini belum lagi hilang rasa keberadaan diri sendiri lagi, diteruskan lagi dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sehingga berlaku pula penyaksian dan pengakuan Allah yang mengenal Allah..

Dengan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah yang terhasil daripada seseorang itu telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, bukan dengan cara mengaku-ngaku atau bersangka berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid..


Saturday, 12 August 2017

MANUSIA YANG TERHIJAB

MANUSIA YANG TERHIJAB MENYANGKA DIALAH HAKIKAT DZAT DAN SIFAT...
 
Syirik ini lah yang menghijab mereka dengan Allah...

Ada Allah lah asbab adanya Alam... Wujud Allah mendahului Alam.
Adanya alam tanda adanya Allah pun boleh... itu tauhid orang awam lah yang baru islam... bukan martabat orang mukmin.

1. Allah itu sendiri adalah semua benda ciptaanNya secara fizikal/zahir?
Jawapan: Ini asas tauhid... laisaa kamislihi shaiun... bersalahan Allah swt dengan sesuatu yang baharu dicipta... mukholafahutulilhawadith... Allah tak serupa... bagaimana pulak Allah itu yang zahir... itu mazhar Allah... media kosong untuk menunjukkan tempat pengzahiran sifat-sifat Allah sedang sifat itu sendiri ghaib.

2. Allah adalah roh yang mendiami dalam diri makhluk-makhluk?
Jawapan: Roh juga mazhar Allah... untuk Allah tajallikan sifat-sifat-Nya...

3. Alam dan makhluk ini adalah pantulan imej Allah secara literal?
Jawapan: Bekas-bekas imej sifat-sifat-Nya (infial atau atsar) bukan Dzat... sedang Dzat Ghaib Mutlak. Sedang sifat dan afaal yakni perbuatan-Nya pun tetap ghaib... kita hanya menyaksi kesan dari takluq sifat dan perbuatan-Nya. Seperti tengok daun nyiur bergerak tanda adanya angin. Angin tetap tak nampak. Seperti bergeraknya jasad tanda ada roh... sedang ada roh pun tak nampak. Bersifatnya roh tanda adanya tajalli sifat-sifat Allah sedang sifat itu sendiri ghaib. Adanya tajalli sifat-sifat-Nya tanda adanya Dzat yang bersifat... sedangkan Dzat lagi lah Ghaib Mutlak.

4. atau alam dan makhluk ini hanyalah sebagai bukti nak menunjukkan adanya Allah walau Allah tak menunjukkan rupaNya di alam ini?
Jawapan: Ada Allah lah asbab adanya Alam dan Makhluk yang bersifat. Maka sifat-sifat yang kelihatan dialam ini semuanya dari manifestasi sifat-sifat-Nya. Sedangkan dalil adanya alam tanda adanya Allah itu untuk orang awam dan orang kafir yang nak fikir adanya Allah. Kita dah bertahun islam dan puluhan tahun solat kenalah naik martabat tentang ketuhanan... jangan duduk martabat budak kecik sampai mati. Tak salah kalau tak tahu yang salah tak nak belajar untuk tahu apalagi tak nak tahu dan tak kisah nak tahu...

Muga bermanafaat...
 
Syarah Hikam Tn.Ir Haji Alias Hashim Asy-Syattariyyah.

Join Chat
https://telegram.me/joinchat/AdZk9TzB124dUALDKnUYSQ

Friday, 11 August 2017

BERMULA DARI TITIK

BERMULA DARI TITIK

"Bismillahirrahmaanirrahiim Semua kitab suci yang diturunkan ada di dalam Al-Qur'an
Semua yang ada dalam Al-Qur'an ada di dalam Al-Fatihah.
Semua yang ada dalam Al-Fatihah ada di dalam Bismillnahirrahmaanirrahiim.
Semua yang ada dalam Bismillahirrahmaanirrahiim ada di dalam huruf Baa',
Dan semua yang terkandung di dalam Baa' ada di dalam titik yang berada dibawah Baa'.
...
Bismillaahirrahmaanirrahim itu kedudukannya sama dengan "kun" dari Allah.
...
Pembahasan mengenai Bismillahirrahmaanirrahiim banyak bila ditinjau dari berbagai segi, baik dari segi gramatikal (Nahu dan sharaf) ataupun segi bahasa (etimologis), di tinjuan dari materi huruf, bentuk, karakteristik, kedudukan, susunannya serta keistemewaanya atas huruf-huruf lainnya yang ada dalam Surat Pembuka Al-Qur'an ini, kristalisasi dan spesifikasi huruf-huruf yang ada dalam huruf Baa', manfaat dan rahasianya.
...
Pembahasannya akan saling berkaitan antara satu dengan yang lainnya, karena seluruh tujuannya adalah Makrifat kepada Allah swt.
...
Ketahuilah bahwa titik yang berada dibawah huruf Baa' adalah awal mula setiap Surah dan Kitab Allah Ta'ala. Sebab huruf itu sendiri tersusun dari titik, dan sudah tentu setiap surah ada huruf yang menjadi awalnya, sedangkan setiap huruf itu ada titik yang menjadi awalnya huruf.
Karena itulah maka titik itu sendiri adalah awal dari pada setiap Surah yaitu Kitab Allah Ta'ala.
...
Bahwa Baa' dalam setiap surah itu sendiri menjadi keharusan karena berada dalam Bassmalah bagi setiap surat,
...
Seperti dalam surat Al-Baqarah, huruf Baa' mengawali ayat dalam surat tersebut. Karena itu dalam konteks inilah setiap surat dalam Al-Qur'an mesti diawali dengan Baa',
...
"Bahwa seluruh kandungan Al-Qur'an itu terhimpun dalam surah Al-Fatihah, terhimpun lagi di dalam Basmalah, dan terhimpun lagi dalam Huruf Baa', akhirnya terhipun dalam titik"
...
Seperti huruf Taa' ( ت ) dengan dua titik, lalu ditambah satu titik lagi menjadi huruf Tsaa' ( ث ), maka yang dibaca itu tidak lain kecuali titik itu sendiri. Sebab Taa' ( ت ) bertitik dua, dan Tsaa' ( ث ) bertitik tiga bentuknya satu, yang terbaca titiknya belaka.
...
Seandainya kita membaca di dalam diri titik itu niscaya bentuk masing-masing berbeda antara satu dengan lainnya. dengan titik itulah masing-masing dibedakan, sehingga setiap huruf sebenarnya tidak terbaca kecuali titiknya saja.
...
"Hal yang sama dilihat dalam perspektif makhluk, maka makhluk itu tidak dikenal kecuali Allah jua"
Bahwa anda mengenal-Nya dari makhluk, sesungguhnya anda mengenal-Nya dari Allah swt.
...
Hanya saja titik pada sebagian huruf lebih jelas yang satu dari yang lainnya, sehingga sebagian menambah yang lainnya untuk menyempurnakannya, seperti dalam huruf-huruf yang bertitik, kelengkapannya ada pada titik tersebut.
...
Ada sebagian yang nampak pada kenyataannya seperti huruf Alif ( أ ) dan huruf-huruf tanpa titik. Karena huruf tersebut juga tersusun dari titik-titik. Oleh sebab itulah, Alif ( أ ) lebih mulia dibanding Baa' ( ب ), karena titiknya itu menampakkan diri dalam wujudnya, sementara dalam Baa' ( ب ) itu sendiri tidak nampak (Titik berdiri sendiri).
...
Titik di dalam huruf Baa' ( ب ) tidak akan nampak, kecuali dalam rangka kelengkapannya menurut perspektif penyatuan. Karena titik sesuatu huruf merupakan kesempurnaan huruf itu sendiri dan dengan sendirinya menyatu dengan huruf tersebut. Sementara itu penyatuan antara faktor lain ialah faktor yang memisahkan antara huruf dengan titiknya.
...
Huruf Alif ( أ ) posisinya menempati posisi tunggal dengan sendirinya dalam setiap huruf. Misalnya Baa' ( ب ) itu adalah Alif ( أ ) yang di baringkan seperti Jiim ( ج ), misalnya adalah Alif ( أ ) dibengkokkan dua ujungnya. Daal ( د ) adalah Alif ( أ ) yang ditekuk ditengahnya.
...
Sedangkan Alif ( أ ) dalam kedudukan titik, sebagai penyusun struktur setiap huruf ibarat masing-masing huruf tersusun dari titik. Sementara titik bagi setiap huruf ibarat nukleus yang terhampar. Huruf itu sendiri seperti tubuh yang terstruktur. Kedudukan Alif ( أ ) dengan kerangkanya seperti kedudukan titik. Lalu huruf-huruf itu tersusun dari Alif ( أ ) sebagimana kita sebutkan, bahwa Baa' ( ب ) adalah Alif ( أ ) yang dibaringkan.
...
Demikian pula hakekat Nabi Muhammad saw merupakan inti dari seluruh alam semesta ini diciptakan yaitu dari Hakekat Muhuhammad.
...
Allah swt menciptakan ruh Nabi saw dari Dzat-Nya, dan menciptakan seluruh alam dari ruh Muhammad saw.
Sedangkan Muhammad saw. adalah sifat dzahirnya Allah dalam makhluk melalui nama-Nya dengan wahana penampakan Ilahiyah.
...
Sedangkan huruf Alif ( أ ), walaupun huruf-huruf lain yang tanpa titik setaraf dengannya, dan Alif ( أ ) merupakan manifestasi titik yang tampak di dalamnya, namun dengan substansinya Alif ( أ ) memiliki nilai tambah dibanding yang lain. Sebab yang tertera setelah titik tidak lain kecuali berada satu derajat. Karena dua titik disusun dua bentuk alif, maka Alif ( أ ) menjadi sesuatu yang memanjang. Karena dimensi itu terdiri dari tiga sisi = Panjang X Lebar X Tinggi
...
Sedangkan huruf-huruf lainnya menyatu di dalam Alif ( أ ), seperti huruf Jiim ( ج ). Pada kepala huruf Jiim ( ج ) ada yang memanjang, lalu pada pangkal juga memanjang, tengahnya juga memanjang. Setiap huruf selain Alif ( أ ) memiliki dua atau tiga jangkauan yang membentang. Sementara Alif ( أ ) sendiri lebih mendekati titik. Sedangkan titik tidak punya bentangan.
...
Hubungan Alif ( أ ) diantara huruf-huruf yang tidak bertitik, ibarat hubungan antara Nabi Muhammad saw, dengan para Nabi dan para pewarisnya karenanya Alif ( أ ) mendahului semua huruf.
...
Diantaranya ada huruf-huruf yang mempunya titik di atasnya, ada pula yang mempunya titik dibawahnya, yang pertama (titik di atas) ibarat "Aku tidak melihat sesuatu (sebelumnya) kecuali melihat Allah di sana".
...
Diantara huruf itu ada yang mempunyai titik di tengah, seperti titik putih dalam lubang huruf Mim ( م ) dan Wawu ( و ) dan lain-lain, maka posisinya pada tahap,
"Aku tidak melihat sesuatu kecuali Allah didalamnya."
Karenanya titik itu berlubang, sebab dalam lubang itu tampak sesuatu selain titik itu sendiri lingkaran kepada kepala Miim ( م ) menempati tahap,
"Aku tidak melihat sesuatu"
sementara titik putih menempati
"Kecuali aku melihat Allah di dalamnya."
...
Alif ( أ ) menempati posisi
"Sesungguhnya orang-orang yang berbaiat kepadamu maka sesungguhnya mereka itu berbaiat kepada Alllah."
Kalimat "sesungguhnya"
menempati posisi arti "Tidak", dengan uraian "Sesungguhnya orang-orang berbaiat kepadamu tidaklah berbaiat kepadamu, kecuali berbaiat kepada Allah."
...
Bahwa Nabi Muhammad saw. dibaiat, lalu Baginda bersyahadat kepada Allah dan pada dirinya sendiri, sesungguhnya tidaklah dia itu berbaiat kecuali berbaiat kepada Allah. artinya, kamu sebenarnya tidak berbaiat kepada Muhammad saw tetapi hakekat-nya berbaiat kepada Allah swt,
...
Dalam Kitab ("Tafsirul Qur'anil Karim") menegaskan, bahwa dengan (menyebut) Asma Allah, berarti Asma Allah Ta'ala ( Nama-nama Allah) sifat yang menunjukkan keistimewaan-nya, yang berada di atas Sifat-sifat dan Dzat Allah Ta'ala. Sedangkan wujud Asma (nama-nama) itu sendiri menunjukkan arah-Nya, sementara kenyataan Asma itu menunjukkan Ketunggalan-Nya.
...
Allah itu sendiri merupakan Nama bagi Dzat (Ismu Dzat) Ketuhanan. dari segi Kemutlakan Nama itu sendiri. Bukan dari konotasi atau pengertian penyifatan bagi sifat-sifat-Nya, begitu pula bukan bagi pengertian "Tidak membuat penyifatan".
...
"Ar-Rahman" adalah predikat yang melimpah terhadap wujud dan kesempurnaan secara universal. menurut relevansi hikmah.
...
"Ar-Rahiim" adalah yang melimpah bagi kesempurnaan maknawi yang ditentukan bagi manusia jika dilihat dari segi pangkal akhirnya.
...
Karena itu sering. disebutkan,
"Wahai Yang Maha Rahman bagi dunia dan Maha Rahim bagi akhirat".
...
Artinya, adalah sifat kemanusiaan yang sempurna, dan rahmat menyeluruh, baik secara umum maupun khusus, yang merupakan manifestasi dari Dzat Ilahi. Dalam konteks inilah Nabi Muhammad saw. Bersabda, "Aku diberi anugerah menyeluruh Kalam, dan aku diutus untuk menyempurnakan akhlak (menuju) kesempurnaan akhlak".
...
Karena. kalimat-kalimat merupakan hakekat-hakelkat wujud dan kenyataannya. Sebagaimana Isa as, disebut sebagai kalimat dari Allah, sedangkan kesempurnaan akhlak adalah predikat dan keistimewaannya. Predikat itulah yang menjadi sumber perbuatan-perbuatan yang terkristal dalam jagat kemanusiaan. Memahaminya sangat halus. Di sanalah para Nabi - alaihimus salam - meletakkan huruf-huruf hijaiyah dengan menggunakan tirai struktur wujud. Kenyataan ini dapat ditemui dalam pada zaman Isa as, zaman Amirul Mukminin Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah, dan sebagian masa sahabat, yang secara keseluruhan menunjukkan kenyataan tersebut.
...
Disebutkan, bahwa wujud ini muncul dari huruf Baa' ( ب ) dari Basmalah. Karena Baa' ( ب ) tersebut mengiringi huruf Alif ( أ ) yang tersembunyi, yang sesungguhnya adalah Dzat Allah. Disini ada indikasi terhadap akal pertama, yang merupakan makhluk awal dari ciptaan Allah, yang disebutkan melalui firman-Nya,
"Aku tidak menciptakan makhluk yang lebih Kucintai dan lebih Kumuliakan daripada dirimu, dan denganmu Aku memberi, denganmu Aku mengambil, denganmu Aku memberi pahala dan denganmu Aku menyiksa".
(Al-hadits).
...
Huruf-huruf yang terucapkan dalam Basmalah ada 18 huruf. Sedangkan yang tertera dalam tulisan berjumlah 19 huruf (satu huruf gaib tidak tertera) Apabila kalimat-kalimatmenjadi terpisah. maka jumlah huruf yang terpisah menjadi 22.
...
18 huruf mengisyaratkan adanya alam-alam yang dikonotasika dengan jumlah 18 ribu alam. Karena huruf Alif merupakan hitungan sempurna yang memuat seluruh struktur jumlah.
...
Alif merupakan induk dari seluruh yang tidak lagi ada hitungan setelah Alif. Karena itu difahami sebagai induk dari segala induk alam yang disebut sebagai alam Jabarut, Alam Malakut, Arasy, Kursi, Tujuh langit., dan Empat anasir, serta tiga kelahiran yang masing masing terpisah dalam bagian-bagian tersendiri.
...
Sedangkan makna 19, menunjukkan penyertaan alam kemanusiaan. Walau pun masuk kategori alam hewan, namun alam insan itu menurut konotasi kemuliaan dan universalnya atas seluruh alam dalam bingkai wujud, roh adalah alam lain yang memiliki ragam jenis yang prinsip. Ia mempunyai bukti seperti posisi Jibril diantara para Malaikat. Tiga Alif ( أ أ أ ) yang tersembunyi yang merupakan pelengkap terhadap dua puluh dua huruf ketika dipisah-pisah, merupakan petunjuk pada Alam Ilahi Yang Haq, menurut pengertian Dzat. Sifat dan Af'al , yaitu tiga alam ketika dipisah-pisah, dan satu alam ketika dinilai dari hakekatnya.
...
Sementara tiga huruf yang tertulis menunjukkan adanya manifestasi alam-alam tersebut pada tempat penampilannya yang bersifat agung dan manusiawi.
...
Dan dalam rangka menutupi Alam Ilahi, ketika Rasulullah saw, ditanya soal Alif gaib yang melekat pada Baa', "kemana hilangnya Alif itu?" Maka Rasulullah saw, menjawab, "Dicuri oleh Setan".
...
Maka diharuskan memanjangkan huruf Baa'nya Bismillah pada penulisan, sebagai ganti dari Alifnya, menunjukkan penyembunyian
"Alif gaib" predikat Ketuhanan dalam gambaran Rahmat yang tersebar. Sedangkan penampakannya dalam potret manusia, tak akan boleh dikenal kecuali oleh ahlinya. Karenanya, dalam hadist disebutkan, "Manusia diciptakan menurut gambaran Nya".
...
Dzat sendiri tersembunyi oleh Sifat, dan Sifat tersembunyi oleh Af'al.
Af'al tersembunyikan oleh jagat-jagat dan makhluk.
...
Oleh sebab itu, Siapa pun yang meraih Tajjalinya Af'al Allah dengan terbukanya hijab jagat raya, maka ia akan tawakkal. Siapa yang meraih Tajjalinya Sifat dengan terbuka hijab Af’aal, ia akan redha dan pasrah. Siapa yang meraih Tajjalinya Dzat dengan terbukanya hijab Sifat, ia akan fana dalam kesatuan.
...
Maka ia pun akan meraih penyatuan mutlak. Ia berbuat, tapi tidak berbuat. Ia membaca tapi tidak membaca
"Bismillahirrahmaanirrahiim".
...
Tauhidnya Af'al mendahului tauhidnya Sifat, dan ia berada di atas Tauhidnya Dzat. Dalam trilogi inilah Nabi saw, bermunajat dalam sujudnya,
...
YA Allah "Ya Tuhanku, Aku berlindung dengan ampunanmu dari siksaMu, Aku berlindung dengan RidhaMu dari amarahMu, dan Aku berlindung denganMu dari diriMu"
Aamiin ya Robb.

Thursday, 10 August 2017

SELAWAT NABI, RUKUN DAN SYARAT DOA TERKABUL

SELAWAT NABI,  RUKUN DAN SYARAT DOA TERKABUL

Imam Al-Qasthalani dalam kitab Masalik Al-Hanfa mengatakan, “Sebagian ulama berkata: ‘Jika harapan-harapanmu sukar terpenuhi, maka perbanyaklah membaca shalawat kepada Nabi Muhammad SAW.”

Al-‘Arif billah Sayyid Muhammad bin Umar  Al-Qashri mengatakan, “Membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW adalah sebuah keharusan bagi para salik di awal perjalanan spiritualnya, dan terus-menerus membaca selawat baik siang maupun malam. Selawat dapat menjadi penolongnya selama menempuh perjalanan spiritual dan meraih kedekatan kepada Allah SWT dibandingkan dengan macam dzikir yang lain.Selawat juga merupakan kunci untuk membuka pintu hidayah menuju Allah SWT. Sebab Nabi Muhammad SAW adalah perantara (washilah) antara kita dengan Allah; penunjuk jalan bagi kita menuju kepada-Nya; orang yang memperkenalkan kita kepada-Nya.

Maka, bergantung kepada perantara adalah lebih utama daripada langsung kepada dzat yang dituju. Karena, perantara adalah faktor utama bagi kita untuk bisa berhubungan dengan Tuhan yang Mahaagung dan Mahakuasa; kunci utama untuk masuk ke tempat-tempat yang berada di dekat dengan-Nya. Nabi Muhammad SAW adalah perantara (washilah) antara makhluk dan Tuhan.”

Menurut Imam Al-Qasthalani, “Ketahuilah, tak mungkin mampu mencontoh perbuatan dan akhlak Nabi kecuali dengan usaha keras, tidak mungkin mau berusaha dengan keras kecuali sangat cinta kepada Nabi, dan tidak mungkin cinta mati kepada Nabi kecuali dengan cara memperbanyak bacaan selawat. Sebab, barangsiapa yang suka pada sesuatu, maka dia akan sering menyebut-nyebutnya.

Karena itu, bagi seorang salik, ia mesti memulai jalan spiritualnya dengan memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Muhammad SAW. Mengingat bacaan selawat menyimpan keajaiban-keajaiban luar biasa dalam rangka pembersihan jiwa dan penerangan batin, di samping masih banyak lagi rahasia-rahasia dan faedah-faedah yang tidak mungkin dihitung oleh angka dan bilangan.

Seorang salik, perlu memiliki hati yang ikhlas semata-mata mengharap ridha Allah ketika membaca selawat atas Nabi sehingga dia mampu memetik buah selawat dan barokahnya yang bertebaran. Selawat di sepanjang jalan mencari Tuhan bagaikan lampu penerang yang dapat menjadi hidayah yang diperlukan. Barangsiapa yang menghiasi kalbunya dengan lampu shalawat, maka dia akan mampu melihat segala hakikay tauhid berkat cahaya terang selawat tersebut.”

Rasulullah SAW bersabda, “Semua doa tertolak, kecuali dia membaca selawat untuk Muhammad dan keluarganya,” Hadis ini diriwayakan oleh Ath-Thabrani dalam kitab Al-Awsath, dan dari Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah, ia berkata: “Setiap doa pasti terhalangi oleh sebuah tabir antara pemohon doa dan Allah. Kecuali orang itu membaca selawat, maka tabir tersebut akan terbakar, dan doa itu akan menembusnya. Jika orang itu tidak membaca selawat, maka doanya akan terpental.”

Dalam kitab Asy-Syifa dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata: “Jika di antara kalian ada yang mengharapkan sesuatu dari Allah, maka hendaklah memulai doanya dengan puja dan puji kepada-Nya, disusul dengan membaca selawat atas nabi-Nya, baru kemudian menyampaikan hajatnya (harapan). Hal yang demikian ini lebih berpeluang besar untuk terkabulkan.”

Al-Qadhi Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah Al-Husaini r.a. berkata, “Ibnu ‘Atha berkata, ‘Doa memiliki rukun-rukun tertentu, sayap-sayap, sebab-sebab, dan waktu-waktu khusus. Jika memenuhi rukun-rukunnya maka doa itu akan menjadi kuat. Jika memiliki sayap-sayap maka ia akan terbang ke langit. Jika tepat waktunya maka ia akan berjalan terus. Dan jika memenuhi sebab-sebab maka doa itu akan terkabulkan.

Rukun-rukun doa adalah hati yang khusyuk, konsentrasi, lembut, pasrah diri, bergantung sepenuhnya kepada Allah, dan melepaskan diri dari ketergantungan kepada faktor apa pun (selain Allah). Sayap-sayap doa adalah ketulusan dan kejujuran. Waktu berdoa adalah di malam hari. Sebab-sebabnya adalah membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW.”

--As-Safinah Al-Qadiriyah Li Asy-Syaikh ‘Abd Qadir Al-Jailani Al-Hasani

Wednesday, 9 August 2017

KAUM SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

KAUM SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.

 Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda masjid baginda s.a.w untuk satu puak yang menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda s.a.w. Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-Quran secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Peranan mereka adalah umpama kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w. Dari kalangan mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu agama’ itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya.

Untuk orang-orang faqir yang telah terikat pada jalan Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha pada bumi, disangka oleh orang-orang yang tidak tahu bahawa mereka adalah puak yang berada, dari sangat mereka menahan diri. Engkau dapat mengenal mereka daripada tanda mereka. Mereka tidak meminta-minta kepada manusia dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta yang kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat Tahu. ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )

Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman itu turut (ke medan perang) semuanya. Tetapi alangkah baiknya keluar dari tiap-tiap golongan itu, di antara mereka satu kelompok; supaya mereka memberi ancaman kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada kaum mereka, supaya mereka berhati-hati. ( Ayat 122 : Surah at-Taubah )

 Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkembangan Islam yang pesat memerlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara ilmu agama sangat penting. Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan agama. Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umat Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah memberikan garisan pembahagian tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”.

Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”.

 Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian.

 Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat senjata dan orang yang mati kerananya memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.

 Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan’. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-menteri’ baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerja sepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikan latihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai persiapan mempertahankan agama dan negara Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan semuanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari dalam masjid baginda s.a.w.

Ketika bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka cari hanyalah keredaan Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Tuesday, 8 August 2017

CARA MENJERNIHKAN HATI

CARA MENJERNIHKAN HATI

 
Syekh Ibnu Atha'illah dalam kitab Taj al-'Arus mengatakan: "Terdapat empat perkara yang dapat membantu membeningkan  hati:
1) Banyak berdzikir.
2) Banyak diam.
3) Banyak khalwat.
4) Mengurangi makan dan minum."

Menurut Dr. Muhammad Najdat, sebenarnya Syekh Ibnu Atha'illah mengenalkan kita bagaimana membersihkan dan membeningkan hati.
Pertama, dzikir kepada Allah akan membersihkan hati dari kesesatan dari kebergantungan kepada selain Dia.

Hati yang biasa dan mudah berdzikir adalah hati yang mengenali iman, mengenal nikmat ibadah, merasakan manisnya ketaatan, dan memiliki rasa takut kepada Allah. Hati yang selalu mengingat Allah akan bergetar ketika mendengar nama-Nya disebut,  hati pun semakin lembut dan bersih dari kotoran.

للَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

Allah SWT berfirman,:
"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya." (QS Az-Zumar (39): 23)

Orang yang berdzikir mengingat Allah dengan lisannya tidak disebut berdzikir jika hatinya tidak ikut berdzikir. Hati harus menjadi sumber dzikir untuk lisan dan bagian tubuh lainnya.

Kedua, memperbanyak diam. Tergelincirnya lisan akibat terlalu banyak berbicara dapat berakibat buruk bagi dirinya dan orang lain. Diam adalah emas. Di dalamnya terkandung hikmah yang sangat dalam. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir hendaklah mengatakan yang baik atau diam."

Imam Syafii r.a. mengatakan:
Mereka bertanya, "Mengapa kau diam saja saat kau dicaci."
Maka kukatakan padanya: "Menjawab adalah kunci pintu keburukan. Sedangkan diam di depan orang bodoh adalah kemuliaan. Di dalamnya juga terdapat upaya menjaga kehormatan. Bukankah singa ditakuti meski dalam keadaan diam. Sedangkan anjing tak diacuhkan, meski terus menggonggong."

Ketiga, memperbanyak khalwat atau menyendiri. Dalam khalwat kita merenung dan terus berhubungan dengan realitas yang lebih tinggi dan membersihkan hati dari kotoran dunia. Merasa lemah dan tak berdaya, serta merasa hanya Allahlah satu-satunya tempat bergantung. Hatinya hanya dipenuhi tasbih, takbir, tahlil, serta shalawat Nabi.

Keempat, mengurangi makan dan minum atau dengan memperbanyak puasa sunnah. Dengan begitu kita mematahkan hasrat hawa nafsu, dan melunakkan hati yang keras. Dengan mengurangi makan dan minum sebenarnya kita belajar mengendalikan nafsu badani, mengawal emosi, belajar qanaah dan zuhud.

Imam Al-Ghazali rahimahullah menjelaskan bahwa rasa lapar akan membersihkan hati, membangkitkan tekad, dan menajamkan mata hati. Sebaliknya, rasa kenyang dapat melahirkan ketumpulan dan membutakan hati, dan mengganggu pikiran.

Menurut beliau, rasa lapar juga dapat menghaluskan hati  dan menjernihkannya, sebab hanya dengan hati yang dapat meraih nikmatnya ketaatan, merasakan manfaat dzikir dan nikmatnya bermunajat kepada Allah SWT.

---Disarikan dari Kitab Taj Al-'Arus karya Syekh Ibnu Atha'illah, dengan syarah Dr. Muhammad Najdat.

Monday, 7 August 2017

diantara tanda terimanya taubat

ENAM TANDA DITERIMANYA TAUBAT
Ahli hikmah pernah ditanya: “Jika ada seorang hamba bertaubat, apakah dia boleh mengetahui bahwa taubatnya itu diterima atau tidak?
“Dia menjawab: “Aku tidak boleh menghukuminya, hanya saja taubat yang diterima itu memiliki tanda-tanda, yaitu:

1. Tidak merasa dirinya terpelihara dari kemaksiatan;

2. Hatinya merasa bahwa kegembiraan itu jauh, sedang kesedihan itu dekat;

3. Senang berdekatan dengan orang-orang yang berbuat baik, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat buruk;

4. Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal akhiratnya yang banyak terasa sedikit;

5. Sibuk dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mengais rizki yang telah dijamin oleh Allah;

6. Selalu memelihara lisannya, sering bertafakkur, serta mencemaskan dan menyesali dosa yang pernah dikerjakannya.”

Rasulullah saw. bersabda:
أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ حِفْظُ اللِّسَانِ
“Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah menjaga lisan.”
إِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ ذُنُوْبًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ كَلَامًا فِيْمَا لَا يَعْنِيْهِ
“Sesungguhnya orang yang paling banyak dosanya pada hari Kiamat nanti adalah orang yang paling banyak bicaranya dalam hal yang tiada guna.” (HR. Ibnu Nashr)

التَّفَكُّرُ فِى عَظِمَةِ اللهِ وَجَنَّتِهِ وَنَارِهِ سَاعَةً خَيرٌ مِنْ قِيَامِ لَيْلَةٍ
“Bertafakkur sejenak tentang keagungan Allah serta tentang surga dan neraka-Nya itu lebih baik dari pada shalat malam.”
تَفَكَّرُوْا فِى خَلْقِ اللهِ وَلَا تَفَكَّرُا فِى ذَاتِ اللهِ فَتَهْلِكُوْا
“Bertafakkurlah kalian tentang ciptaan Allah dan janganlah sekali-kali bertafakkur tentang Dzat Allah, sebab kalian akan celaka.”

--Kitab Nasha’hul-‘Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani

Sunday, 6 August 2017

Diri Cermin

Untuk mengenal diri, engkau perlu melihat diri!
Engkau perlukan cermin yang bersih lagi suci daripada sebarang kekotoran yang menghijab pandangan.

Namun, cermin itu hanya boleh di lihat dengan mata yang tertutup,
Kerana cermin itu tidak boleh dipandang dgn mata kepala, tetapi ianya boleh dipandang dengan mata hati.

Daripada pandangan mata, Dia hadir memperkenalkan Diri-Nya sendiri yg tiada menyerupai segala sesuatu.

Saturday, 5 August 2017

Sebut ALlāh

Lupa kepada makhlok, itulah cara dan kaedah ingat kepada Allah

"Allah menggengam roh ketika mati dan ketika tidurmu" Az-Zumar : 42

Setelah kita berjaya berserah diri semasa belum tidur, bilamana diketika sedang tidur, dengan sendirinya kita dikatakan selamanya dalam keadaan berserah diri. Apa lagi diketika jaga.

Sebenarnya diri kita ini adalah tergantung dan terserah kepada Allah Taala. Apabila kita telah sampai ketahap penyerahan yang hakiki(sebenar) ianya akan diri kita kosong (fana') dan kosong itulah sebenarnya diri kita.. Selagi belum jadi kosong(fana'), itu bukan diri... Belum kenal diri. Jika belum kenal diri, manakan bisa mengenal Allah

Sebutan Nama Allah yang kosong ( tanpa kehadiran rasa ), adalah permainan bibir yang kotor, sesat lagi menyesatkan. Allah itu wujud ( ujud dan maujud pada segala sesuatu ) kenapa ingatan kepada Allah, tidak dapat dizahirkan melalui sesuatu?

Firman Allah yang bermaksud :-

"Mereka mengatakan dengan mulutnya barang yang tiada didalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dari apa yang mereka sembunyikan"

Berzikirnya kebanyakan kita hanya menyebut-nyebut nama Allah dengan mengira jumlah sebutan itu. Ingat / zikir kepada Allah bukan sekadar menyebut nama Allah, sekadar menyebut nama Allah budak seusia 3 tahun pun boleh, malah burung tiong yang diajar untuk menyebut nama Allah pun boleh..!

Zikir atau ingat kepada Allah itu hanya akan diterima Allah, bila ianya terkeluar dari bibir mereka-mereka yang mengenal Allah. Bila perkataan "Allah" terkeluar dari mulut orang yang tidak mengenal Allah ( jika guna pembesar suara sekalipun ) ianya tidak mendatangkan apa-apa makna.

IKTIKAD TAUHID

KESADARAN MENGIKUT ILMU OTAK

KESADARAN MENGIKUT ILMU OTAK...

Selama pancaindera masih dapat mengalirkan BIO-ELEKTRIK selama itu pula kita disebut SADAR. Sampai dimana arus itu mengalir sampai disitulah tingkat kesadaran kita

Didalam otak ada apa yang disebut sebagai PUSAT AKAL dan PUSAT KEMAHUAN. Apabila arus bioletrik dapat mengalir ke pusat akal dan pusat kemahuan maka tingkat kesadaran dinamakan KESADARAN DIRI SENDIRI. Pada peringkat ini manusia mulai menamakan dirinya AKU ( aku kecik )

Apabila manusia dalam sadarnya dapat berhubungan dengan RUHANI-nya maka tingkat kesadaran ini dinamai KESADARAN LUHUR

Kita dapat mencapai LEBIH dari kesadaran luhur apabila dapat BERHUBUNGAN dengan TUHAN . Kesadaran ini disebut sebagai KESADARAN KOSMIK / SEJAGAT. Pada peringkat kesadaran ini manusia beroleh PERASAAN seakan akan MENJADI SATU ( ESA ) dengan Tuhan.

Hadis tenteng kerja

HADIS TENTANG SEMANGAT KERJA

Rasulullah SAW bersada, "Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil (professional atau ahli).  Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang  mujahid di jalan Allah Azza wajalla. (HR. Ahmad)

"Barangsiapa pada malam hari merasakan kelelahan dari upaya ketrampilan kedua tangannya pada siang hari maka pada malam itu ia diampuni oleh Allah. (HR. Ahmad)

"Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak bisa dihapus (ditebus) dengan pahala shalat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kesusah- payahan dalam mencari nafkah. (HR. Ath-Thabrani)

"CEMAS TERHADAP REZEKI PERTANDA RUSAKNYA HATI"

"CEMAS TERHADAP REZEKI PERTANDA RUSAKNYA HATI"

Nasehat Quthb al Irsyad wal Bilad al Habib Abdullah bin Alwi al Haddad RA:

"Wahai para murid, jadilah engkau seseorang yang berprasangka baik terhadap Tuhanmu, bahwa Dia akan melindungi, mencukupi, menjaga, memelihara dan tidak akan meninggalkan dirimu sendiri atau meninggalkanmu pada salah satu makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah yang Maha suci telah memberi tahu bahwa Dia bersama prasangka hamba terhadap-Nya. Oleh karena itu, keluarkan dari dalam hatimu rasa takut akan kemiskinan atau butuh terhadap manusia.

Hati-hatilah kamu dari perasaan cemas terhadap masalah rezeki. Jadilah orang yang percaya pada janji Tuhanmu dan jaminan-Nya bagimu, ketika Allah swt berfirman,“ Dan tidak ada satu makhluk melata pun di bumi, melainkan Allah-lah yang memberi rezeki.” ( Q.S Hud [11]: 6)

Kamu termasuk makhluk melata maka sibukkanlah dirimu dengan permintaan-Nya, yaitu amal-amalmu untuk-Nya.

Adapun sesuatu yang telah dijamin oleh-Nya, yaitu rezeki maka sekali-sekali Tuhan tidak akan melupakanmu dalam masalah ini. Dia telah memberi tahumu bahwa sesungguhnya rezeki ada di sisi-Nya dengan beribadah kepada-Nya. Allah swt. berfirman, “ Maka mintalah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah Dia serta bersyukurlah kepada-Nya,” ( QS. Al-Ankabut [29]:17 ).

Apakah kamu tidak melihat bahwa Dia yang Mahasuci memberi rezeki kepada orang-orang kafir yang menyembah selain-Nya ? apakah menurut pendapatmu Dia tidak akan memberi rezeki-Nya kepada orang-orang yang beriman yang tidak menyembah selain Dia ? Dia meberi rezeki kepada orang-orang yang bermaksiat kepada-Nya dan melanggar perintah-perintah-Nya. Apakah Dia tidak akan memberi rezeki kepada orang-orang yang taat kepada-Nya, memperbanyak dzikir, dan bersyukur kepada-Nya ?

Ketahuilah, sesungguhnya tidak menjadi masalah jika kamu bergerak mencari rezeki selama melakukannya dengan cara yang dibolehkan oleh syari’at Islam. Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah jika hati tidak dapat tenang, pikiran, kesenangan dan kegelisahannya disebabkan persoalan rezeki.

Tanda-tanda rusaknya hati seseorang adalah jika ia mencemaskan kebutuhannya pada masa yang belum terjadi, seperti hari dan bulan yang akan datang. Dan juga ucapannya, “ Jika ini habis, apakah mungkin datang selain ini ? Jika rezeki tidak datang dengan cara ini, dari mana lagi akan datang rezeki ?"

Masalah melepaskan diri dari penyebab dan keterikatan dengan sebab, merupakan dua kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada Hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Seseorang yang berada pada kedudukan lepas dari sebab-sebab maka ia harus memiliki keyakinan yang kuat, dada yang lapang dan selalu senantiasa beribadah. Adapun seseorang yang diletakkan oleh Allah pada kedudukan terikat dengan sebab-sebab maka ia harus bertakwa kepada Allah pada kehidupannya dan bersandar kepada Allah, tidak selain-Nya.

Hati-hatilah dari kesibukkan atas rezeki dan melupakan perbuatan taat kepada-Nya. Kadang-kadang muncul pada seorang murid lintasan-lintasan tentang kecemasan masalah rezeki atau sifat beramal karena menginginkan pujian makhluk dan lain-lainnya. Hal seperti itu bukanlah merupakan suatu yang hina atau berdosa bila ia membencinya dan berusaha menghilangkan dari hatinya."

Semoga Allah memberkahi rizqi kita..

Friday, 4 August 2017

TIPS BELAJAR

SATE TAHU : TIPS BELAJAR


Gunakan Formula : SATE TAHU

 
1. SA : SABAR

Sentiasa SABAR dalam mencari KENAL atau mencari jawapan. Gunakan segala maklumat atau ilham yang ada dan jadikan maklumat itu sebagai ilmu. Walau dicerca, walau difitnah, walau diherdik, walau susah, walau perit, walau derita, walau suka, walau senang, walau kaya, walau hebat dan walau apa sekalipun SENTIASA jadikan SABAR sebagai teman dalam belajar !

2. TE : TEKUN

Sentiasa TEKUN dalam mencari KENAL kepada sesuatu. Jangan “ HOT-HOT CHICKEN SHIT” ! (Hangat-Hangat Tahi Ayam).
Sentiasa BERTINDAK (Action), Sentiasa di dalam GERAK pada setiap waktu dan ketika walaupun terpaksa mengesot (jangan statik). Pastikan pada setiap hari, ilmu atau kefahaman kita meningkat 1% lebih baik daripada semalam.
Selagi ada nafas, jangan berhenti mencari jawapan, sehingga jawapan membawa faham dan faham membawa KENAL. Setelah KENAL, tekun pula dalam mencapai hal RASA KENAL itu. Tekunlah hingga Kusyuk dan Masyuk hingga segala sesuatu, batin dan zahir, dapat dilupakan.

3. TA : TAAT

Sentiasa TAAT kepada GURU. Diri kita dan alam semesta ini adalah GURU kepada kita sendiri. Ambil iktibar atau ilmu dari segala makhluk. Belajar dari manusia. Belajar juga dari binatang, meskipun binatang itu seekor anjing ataupun babi. Belajar dari tumbuhan, dari pokok, dari angin, dari asap, dari air, dari logam, dari udara, dari cakerawala, dari api atau dari apa saja malah belajar juga dari hantu, dari mambang, atau jin atau syaitan atau iblis. Belajar dari hantu atau jin atau syaitan
BUKAN bermaksud mengagungkan atau memuja atau mengambil mereka sebagai guru, TETAPI sekadar mengambil iktibar dari sifat-sifat negatif, buruk dan tercela yang dizahirkan kepada mereka. Bila faham keburukan syaitan dan iblis, maka janganlah ikut jalan yang salah dan sesat yang disuruh mereka.

TAAT bermaksud jangan menyakiti.

Jika guru kita seorang manusia, hormatilah dia. Jangan menyakiti hati dan perasaannya, apatah lagi menyakiti tubuh badannya. Hormati
pendapat dan ilmu orang lain. Jangan berdebat untuk menunjuk-nunjuk ilmu. Jangan melukakan hati dan perasaan sahabat, kerana sahabat kita itu adalah juga seorang guru yang kita boleh belajar darinya.

Jangan menyakiti haiwan walaupun ia seekor anjing, kerana pada anjing itu ada pelajaran yang memberi ilmu kepada kita. Cuba kaji asal usul kejadian anjing. Apakah ada unsur penciptaan kejadian yang sama dengan kejadian diri kita ini?

Jangan menyakiti pokok. Jangan mencabut daun atau mematahkan dahan sewenang-wenangnya. Bukankah pokok juga makhluk seperti kita? Dari pokok, kita boleh belajar ilmu bunga, bila telah mengenal dengan mendalam perihal bunga, maka, itulah MAKRIFAT. Makrifat kepada bunga! Namun, alangkah baiknya jika makrifat kepada bunga itu kita teruskan lagi dengan makrifat kepada Pencipta Bunga?

Taat dan hormat juga kepada air. Jangan mengotorkan air. Jangan membazirkan air. Air yang kotor perlu dihormati, dibuang pada tempat yang sesuai, meskipun ia air yang kotor! Yang kotor pada kita itu masih menjadi rezeki kepada makhluk yang lain, maka hormatilah ia. Air itu bersifat menyucikan.
Air tidak berbentuk, tetapi air sentiasa mengikut bentuk! Maka, belajarlah dengan air kerana pada air itu terdapat banyak pelajaran yang mengandungi ilmu darinya.
Taat itu bermaksud hormatilah kepada seluruh makhluk alam ini !


4. HU : MAHU

Sentiasa MAHU Bertindak. Sentiasa Mahu Belajar. Sentiasa Mahu Mencari Jawapan. Sentiasa Mahu Mengenal. Sentiasa Mahu Faham. Sentiasa Mahu mempraktikkan formula SATE TAHU.
Sentiasa : Mahu SABAR, Mahu TEKUN, Mahu TAAT dan MAHU ada KEMAHUAN !
Hanya kemahuan yang boleh membawa kita MENGENAL !!

MENGENAL itulah MAKRIFAT !

"wahuwa ma ‘akum fainnama kuntum"

Assalamualaikum sekalian Sahabat pembaca ku yang ku kasihi lagi ku hormati🙏✌️❤️🌹

“Sememangnya yang paling penting untuk Akal fikir dan hati kita adalah menyedari akan keberADAan Allah Ta’ala secara menyeliputi, melalui kebesaran yang ada pada Alam semesta dan juga pada DIRI KITA SENDIRI, dan Jalan terbaik bagi proses mendidik akalfikir kanak kanak kemjalan MENGENAL ALLAH adalah bermula dengan pengajaran ilmu Sifat 20 bagi jalan untuk MENGENALI DIRI”,…,

Syukur Alhamdulillah dengan berkat kasihNya dunia kini semakin mudah untuk ‘menggali dan mencari’, segala perihal ilmu sunguh mudah dikesan dan didapati bagi untuk menghayati diperingkat asasnya.

Maka sama samalah kita berharap agar Allah memberi JALAN PERTUNJUK agar terbuka mata fikir kita supaya dapat memahami akan suasana ‘Makrifatullah’ dan memiliki hati yang penuh dengan KESABARAN tak kala kita disalah anggap atau di hukum sesat, bersabarlah.., kerana Allah ada di mana saja kita berada.., dan TIDAK ADA SESIAPA PUN yang berhak membuat Hukum melainkan Allah.


🌹Surah 57 Al Hadiid, di ayat yang ke 4;
“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan ‘IA TETAP BERSAMA-SAMA KAMU DI MANA SAJA KAMU BERADA’ dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

🌹Surah 41 Fussilat, di ayat yang ke 53;
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami DI MERATA-RATA TEMPAT DI ALAM YANG TERBENTANG LUAS INI, dan juga pada ‘DIRI MEREKA SENDIRI’, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

🌹Surah 51 Ad Dzaariyaat di Ayat ke 20 dan 21;
“Dan pada bumi ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin, Dan juga pada DIRI KAMU SENDIRI. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu”.

🌹Surah 3, Ali-Imran pada Ayat ke 7;
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agamanya, berkata: "Kami berian kepada ayat ayat yang mutasyäbihät, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami, Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan MELAINKAN orang-orang yang BERFIKIRAN”.

🌹Surah 6 Al-An’aam di ayat ke 106/107
“Ikutlah apa yang telah diwahyukan KEPADA MU dari TUHANMU, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula BUKANLAH wakil yang menguruskan hal-hal mereka kerana semuanya itu TERSERAH kepada Allah semata-mata”.

🌹Surah 5 Al Maidah Ayat ke 50;
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan, ’TIDAK ADA SESIAPA’ yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah”

Thursday, 3 August 2017

Renung renungan

Renungan

Nabi Muhammad saw, banyak memberikan nasihat kepada Sayidina Ali ra,
Berikut ini adalah nasihatnya,

1. Ya, Ali !  Bahwa sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong; penyakit ilmu adalah lupa; penyakit ibadah adalah riya’, penyakit budi pekerti adalah memuji diri; penyakit berani adalah aggresif; penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian; penyakit cantik adalah sombong; penyakit bangsawan adalah bangga; penyakit malu adalah lemah; penyakit mulia adalah menonjolkan diri; penyakit kaya adalah kikir; penyakit boros adalah berlebih-lebihan dan penyakit agama adalah hawa nafsu !

2. Ya, Ali !  Tidak ada kefakiran yang lebih hebat dari pada kebodohan; tidak ada harta yang lebih dari pada akal; tak ada kesepian dari pada kekaguman pada diri sendiri; tak ada kekuatan yang lebih kuat dari pada musyawarah; tidak ada iman yang lebih kuat dari keyakinan; tak ada wara’ yang lebih hebat dari pada menahan diri; tidak ada keindahan seindah budi pekerti dan tidak ada ibadah yang melebihi taffakur

3. Ya, Ali  Jauhkanlah dirimu dari sifat riya’, kerana hikmahnya tak dapat dimengerti dan fitnahnya tak dapat dielakkan

4. Ya, Ali Bagi orang mukmin ada tiga tandanya ; melakukan shalat, puasa dan zakat

5. Ya, Ali Bagi orang munafik ada pula tiga tandanya ; pura-pura sayang bila berhadapan, berumpatan dibelakang dan gembira bila orang lain mendapat musibah

6. Ya, Ali Bagi orang zalim ada pula tiga tandanya ; kekerasan sewenang-wenang terhadap bawahan; durhaka terhadap atasan dan melahirkan kezaliman dengan terang-terangan

7. Ya Ali, Bagi orang riya’ ada tiga tandanya ; rajin bila ia berhadapan dimata orang ramai; malas bila sendirian dan ingin dipuji untuk semua perkara

8. Ya, Ali  Bagi orang pemalas ada tiga tandanya ; menunda-nunda waktu sampai sia-sia, menyia-nyiakan kesempatan sampai luput dan melalaikannya sampai berdosa

Demikianlah diantara beberapa nasihat untuk sahabat Ali bin Abu Talib  yang diberikan Rasulullah SAW

Wednesday, 2 August 2017

KENAPA OTAK BERFIKIR

KENAPA OTAK BERFIKIR....

Otak dapat bekerja kerana Tuhan sediakan apa yang disebut sebagai TENAGA LETRIK HIDUP yakni LETRIK HAYATI ..cakap omputihnya (bahasa inggerisnya) -  BIO-ELECTRICITY . Saintis pula menyebutnya sebagai TENAGA BION BION ( Bionic Energy )

Apa yang dihasilkan oleh pekerjaan itu ? Hasilnya disebut sebagai NALURI atau omputihnya INSTINCT. Boleh juga disebut dari segi pengertian kita sebagai pelbagai NAFSU NAFSI . Kalau nak pecahkan tentulah boleh dipecahkan kepada pelbagai Naluri atau Nafsu Nafsi..tetapi itu bukanlah bidang kita..kita nak tahu sikit sikit je..bukan nak jadi doktor otak..ya tak ?

Definasi INSTINCT / NALURI = Sesuatu keadaan yang alamiah yang akan terus memaksa makhluk HIDUP utk melakukan perbuatan demi mencapai suatu maksud tanpa mengetahui secara sadar akan faedahnya...( susah juga kan nak faham ..takpe jap lagi kita contoh2kan )

Contoh utk faham...

1. bayi tu lahir je tahu nyusu sedangkan dia tak tahu susu tu apa..ibunya siapa ..buah dada tu apa .. dunia tu apa..dia tahu nak nyusu..

2. burung tahu buat sarang sedangkan dia takda pelan.. dan dia tak tahupun telur dia besar mana

3. emak ayah kita nak je bagi kita makan minum dan pakai baju tanpa ada sesiapa yang suruh atau paksa...

cukuplah 3 tu..faham kan ?

boleh tambah diruang komen 

Masa lalu

Masa lalu

Tidak ada orang yang dapat memilih masa lalunya, ya benar masa hadapan itu pilihan. Tapi masa yang telah berlalu itu bukan pilihan lagi  ia telah berlalu . Biarkan berlalu, Ikhlaskanlah. Ada orang memiliki masa lalu yang bahagia. Ada orang memiliki masa lalu yang sukar dan derita.

Apabila anda bertemu dengan seseorang yang keras, kasar dan suka menyakiti orang lain. Cubalah anda memahami tentang dirinya. Dengan memahami tentang dirinya dengan mendalam akan membuat anda bersikap sabar tentang perangai nya.

Orang yang pada masa kecilnya kurang di puji akan sukar untuk memuji orang lain.Orang yang jarang di bahagiakan akan sukar untuk membahagiakan orang lain. Sebanarnya dirinya juga ingin membahagiakan dirinya dan orang lain, tapi di Minda separa sedarnya ada mental bock yang menjadikan dirinya sulit untuk membahagiakan orang lain.

Hukum LOA ( Hukum Tarik menarik ) juga terjadi dalam alam Jiwa Seseorang. Apabila Hati anda penuh dengan kebaikan, anda begitu mudah memberikan kebaikan. Namun apabila di dalam hati seseorang penuh dengan kebencian dan tekanan. Apa yang dia pancarkan kepada orang lain adalah kebencian dan tekanan juga. Cuba memahami dirinya… Ini bukan pilihan dia, kerana dia tidak boleh lagi memilih masa lalunya.  Mungkin di masa kecil dia sering di perlakukan dengan keras oleh keluaga, teman teman di sekolah dan hal hal yang lain.         

Bila bertemu dengan spisis yang menyakiti anda , ingat lah anda sedang berhadapan dengan TV yang menayangkan siaran masa lalunya, ini bukan manusia kini ini adalah manusia dari masa lalunya. Sejujurnya saya katakan dia sendiri sulitdan susah untuk berubah dan ini bukan pilihanya. Ini bukan dirinya yang sesungguhnya. Jika anda ingat sahaja hal ini … THANK kerana anda sudah cuba memahami seseorang. Apabila anda maklumi dan memahami tentang dirinya anda juga mengerti tentang dirinya, jika anda sudah mengerti tentang dirinya , begitu mudah anda mengikhlaskan seseorang .

Ikhlas akan terjadi setelah anda memahami kondisi dan situasi seseorang. Ikhlas adalah sebuah kejadian akibat dari memahami perasaan dan harapan orang lain. Ikhlas tidak muncul begitu sahaja.  Ikhlas muncul di hati anda saat anda memahami kondisi dan situasi seseorang.

Dengan memahami situasi dan kondisi seseorang, tadinya kita membenci diri seseorang sekarang kita pula merasa seolah olah di beri amanah oleh tuhan untuk menolong, memulihkan atau setidaknya merasa kasihan dan tidak lagi membenci dirinya.

Betapa indahnya keikhlasan , ia memudahkan hidup anda. Perbanyakan mengerti dan memahami situasi dan kondisi seseorang agar hati ini mudah untuk mengikhlaskan.

Tuesday, 1 August 2017

Komunikasi Diri

LETAKKAN TANGAN KANAN DI TENGAH DADA MU 

DAN BACALAH AL FATEHAH GUNA SUARA HATI MU.

JANGAN CEPAT BACA SEBELUM KAMI BACAKAN PADAMU.

Monday, 31 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Maseh serba kekurangan?



SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? 

Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.

Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.

Soal MODAL ! , modal apa tu ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?

Jawab MODAL tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB.

Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.
Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.

Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.
Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU.

IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa ?
Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT.

Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :-
Surah Al Hijr Ayat 29
Aku hembuskan kepadanya daripada Ruh-Ku
Itulah yang dimaksudkan YANG SEDIKIT.

DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.

Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.

Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .

Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. 

Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?

Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.

Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.

Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.
SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS.

BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA . Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ?

bersambung...

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...