Friday, 28 July 2017

Surah Al An'am dan Doa Iftitah

Firman Allah : Al – An’aam : 162 – 163 : Doa Iftitah

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ( kerana ) Allah ( semata-mata ) ( iaiitu ) Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperentahkan kepadaku dan AKU ADALAH ORANG YANG AWAL ( Pertama ) ISLAM.

Ini adalah DALIL NAQLI bahawa sebelum kita dilahirkan dari setitis air mani kita TELAHPUN ISLAM ( atau di-Islamkan )

Yang kita sebut dalam doa Iftitah tu * MINAL * sedangkan dalam Quran yakni ayat diatas ( 163 ) kalimahnya * AWALUL * ..

Takda yang salah ..betul belaka ..cuma tahap / peringkatnya yg berbeza..

*yang faham .. baca ikut ayat Al Quran*

RASUL ANDA

Rasul inilah INDUK segala Ilmu Ketuhanan.

Manusia tidak Mengenal Allah, tetapi RASUL ( manusia itu ) KENAL SIAPA ALLAH.

Maka Rasul inilah yang perlu dikaji dan dikenali terlebih dahulu kerana kenalnya manusia tentang erti bahawa Allah itu Tuhannya kerana Rasul yang memberitahu.

SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ?

kepada mu kekaseh awal dan akhir

BETULKAN PANDANGAN-mu...

AKU didalam KAMU diluar..

Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamu mengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA Diri Batinmu itu 

Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamu mencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernah dan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu.

Aduh sayangku…
bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahaja kamu berada..
dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkau mencariku ..
sedangkan aku berada ditempat yang terang…
dan sentiasa saja melambai kamu …
tanpa ada hentinya..

Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…
hingga mahu memotong lidah dan jejariku ?
Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.
Aku ini adalah rahsiamu dan rahsiamu itu adalah AKU

Betulkan pandanganmu…
kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan aku sudah berada dikamarmu ? 
Alihkan pandanganmu ke-DALAM...
dan panggil serta serulah AKU…..

Warkahku ini akan membantumu mencari aku …
janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalan kembali…
yaitu kembali kepadaku.

Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ?

Tenaga dan Cahaya - APA YANG HENDAK DISAKSIKAN



APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?

Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.

Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam. Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.

PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...

bersambung...

DiDAlam dan DiLuar

BANYAK DI-DALAM -- BANYAK juga DILUAR...


Didalam kita menyeruNya sebagai ALLAH HU RABBI...

Diluar kita menyeruNya sebagai ALLAH HU RABBUL ALAMIN...

DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.

Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.

Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .

Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA.

Tenaga manakah yang anda mahu ?. Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?

cari jalan..

SEMUANYA bergantung pada JALANNYA yakni JALAN-mu SENDIRI ..jangan asyik MENUMPANG JALAN ORANG..CARI JALAN itu...

Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.

Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.
Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.

 Jamuan (Al-Mā'idah):35 - Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

Yang Sedikit


YANG SEDIKIT itu...itulah KITA yang sebenarnya....

Firman Allah : Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitahu tentang itu kecuali SEDIKIT.

Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu.

Firman Allah :-
Surah Al Hijr Ayat 29
Aku hembuskan kepadanya daripada RuhKu
Itulah yang SEDIKIT.

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...