Monday, 6 July 2015

MaSa LaiLatulQAdar






BILAKAH MASA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR ?







Mengikut setengah golongan masyarakat, ada yang mengatakan bahawa, 
masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu pada malam 27 Ramadhan.  
Ada pula yang mengatakan pada malam 17 Ramadhan 
dan ada pula yang mengatakan 10 malam terakhir Ramadhan.





Mengikut pandangan ilmu makrifat, 
bila masa, bila tarikh, dimana tempat dan kepada siapa ianya berlaku, 
sedikit pun tidak menarik perhatian dan menjadi keutamaannya.  
Sesungguhnya Lailatul Qadar itu boleh berlaku pada bila-bila masa, 
pada sebarang tempat dan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah swt.





Tidak semestinya pada tanggal-tanggal seperti tersebut.  
Apababila sampai masa dan ketikanya, 
hati seseorang itu akan dibuka Allah 
untuk menerima kesedaran yang luar biasa (Lailatul Qadar), 
ianya tidak kira tarikh atau haribulan.  
Ianya ditentukan bilamana kita mengenal Allah, 
tidak kiralah melalui apa cara sekalipun.







Masa dan tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu 
apabila bertukarnya hati seorang yang jahil, 
kepada seorang yang berilmu mengenal Allah.  
Itulah yang dikatakan masa dan tarikh Lailatul Qadar.  
Inilah yang dikatakan hari keberkatan dan hari  yang diperingati ( Lailatul Qadar ). 
Bagi ahli makrifat tiada hari yang lebih berkat dan lebih diperingati 
selain dari masa, tarikh, dan hari mereka dapat mencapai tahap mengenal Allah swt.






*ini ringkasan sahaja, selanjutnya berdepan dan bertanya dengan guru yang Ahli 
**hendaklah tidak bertanya kepada guru KULITt


Doa tatkala ketemui LaiLatulQadar



Doa ketika bertemu Lailatul Qadar
Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku

Yang Empat



Syariat
dengan menjalankan hukum-hukum agama seperti salat, zakat, dan lain-lain,
 
Tarekat
dengan melakukan amalan-amalan seperti wirid, zikir dalam waktu dan hitungan tertentu,
 
Hakekat
di mana hakikat dari manusia dan kesejatian hidup akan ditemukan, dan
 
Makrifat
kecintaan kepada Allah dengan makna seluas-luasnya.
Sirr Al-Asrar



AKU TIUPKAN RUHKU..... Apa yang wajar kita fahamkan dr guruku....

ROHULLAH adalah rahsia kehidupan yang merupakan daya-daya bagi badan kerana roh atau aku-mu bagi nya itu adalah Sifat Kesempurnaan ALLAH dan dialah Sifat Kamalat Allah padanya itu tanggungan Sifat Ma’ani ALLAH ,iaitu

1-Hayat-hidupku
2-Ilmu-pengetahuanku
3-Qudrat-kuasaku
4-Irodhat-kemahuanku
5-Sama-pendengaranku
6-Basar-penglihatanku
7-Kalam-kata-kataku

RingKasan makna Syariat




Assalamu'alaikum,




Syariat Islam 
adalah hukum dan aturan Islam bagi mengatur seluruh sendi kehidupan umat Muslim. 
Selain hukum dan aturan, syariat Islam juga merangkumi penyelesaian bagi masalah seluruh kehidupan ini.
Makanya itu, syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia
dan kehidupan dunia ini. 
Panduan syariat adalah Al-Qur'an, As-Sunnah.

Kasyaf Mata


Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...