BILAKAH MASA
BERLAKUNYA LAILATUL QADAR ?
Mengikut
setengah golongan masyarakat, ada yang mengatakan bahawa,
masa berlakunya malam
Lailatul Qadar itu pada malam 27 Ramadhan.
Ada pula yang mengatakan pada malam 17 Ramadhan
dan ada pula yang
mengatakan 10 malam terakhir Ramadhan.
Mengikut
pandangan ilmu makrifat,
bila masa, bila tarikh, dimana tempat dan kepada siapa
ianya berlaku,
sedikit pun tidak menarik perhatian dan menjadi
keutamaannya.
Sesungguhnya Lailatul
Qadar itu boleh berlaku pada bila-bila masa,
pada sebarang tempat dan kepada
sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah swt.
Tidak
semestinya pada tanggal-tanggal seperti tersebut.
Apababila sampai masa dan ketikanya,
hati
seseorang itu akan dibuka Allah
untuk menerima kesedaran yang luar biasa
(Lailatul Qadar),
ianya tidak kira tarikh atau haribulan.
Ianya ditentukan bilamana kita mengenal
Allah,
tidak kiralah melalui apa cara sekalipun.
Masa dan
tarikh berlakunya Lailatul Qadar itu
apabila bertukarnya hati seorang yang
jahil,
kepada seorang yang berilmu mengenal Allah.
Itulah yang dikatakan masa dan tarikh
Lailatul Qadar.
Inilah yang dikatakan
hari keberkatan dan hari yang
diperingati ( Lailatul Qadar ).
Bagi ahli makrifat tiada hari yang lebih berkat
dan lebih diperingati
selain dari masa, tarikh, dan hari mereka dapat mencapai
tahap mengenal Allah swt.
*ini ringkasan sahaja, selanjutnya berdepan dan bertanya dengan guru yang Ahli
**hendaklah tidak bertanya kepada guruKULITt
**hendaklah tidak bertanya kepada guru
No comments:
Post a Comment