Sunday 5 July 2015

LaiLatulQadar dan ErtiNya






LAILATUL QADAR



Apakah erti Lailatul Qadar ?



Mengikut pengertian bahasa perkataan laila bermaksud malam.   
Manakala perkataan Qadar pula  bermaksud mubarokatin (keberkatan) atau saat yang diperingati.  
Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya maksud Lailatul Qodar iaitu malam keberkatan atau malam yang diperingati.



Mengikut tafsiran ilmu makrifat perkataan Laila merujuk kepada jahil, 
manakala perkataan Qadar pula merujuk kepada berilmu ('alim).   
Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan, ianya membawa maksud iaitu dari 
bersifat seorang yang jahil kembali bertukar kepada seorang 'alim yang berilmu.



Iaitu terbuka hijab pintu hatinya daripada seorang yang tidak mengenal Allah 
ianya berubah krpada seorang yang mengenal Allah swt.



Saat mengenal Allah itulah yang dikatakan saat keberkatan 
dan saat-saat yang tidak akan dapat dilupakan buat selama-lamanya.



Ianya juga membawa maksud, daripada suasana gelap dzulmat, hitam kotor, dan jahil fasiq hatinya 
dari ilmu makrifat bertukar kepada suasana yang gemilang sirna cahaya keberkatan yang amat terang benderang hatinya 
setelah mendapat ilmu mengenal Allah.



Daripada bersifat jahil bertukar kepada sifat mengenal dirinya 
dan bertukar kepada mengenal Allah.  
Dari asalnya bersifat fasiq (tidak mengenal Allah), 
kini bertukar dan berubah kepada seorang yang bersifat alim (mengenal Allah).  
Inilah pengertian malam Lailatul Qadar yang sebenar.




*ini ringkasan sahaja, selanjutnya berdepan dan bertanya dengan guru yang Ahli 
**hendaklah tidak bertanya kepada guru KULITt

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...