Wednesday, 8 July 2015

Puasa dan Zakat





Puasa.

"Menahan Diri daripada makan, minum dan bersetubuh 
dan lain lain perkara yang boleh mengebabkan terbatalnya puasa
mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Taala."


Adapun yang dimaksudkan dengan sebenar benarnya Puasa itu; 
adalah Menahan Diri daripada Terlihat / Ternampak Adanya Diri.



Zakat.

Mengeluarkan sebahagian Harta untukk dikongsikan kepada orang orang yang memerlukan. 
sprt Fakir Miskin, Anak Yatim Piatu, Asnaf lain lain 
dan mengikut ketetapan yang telah di-syariat-kan


Adapun yang dimaksudkan dengan sebenar benarnya Zakat itu bukan terletaknya pada Harta, 
Kerana Allah itu tidak melihat Harta. Allah tidak miskin, Allah itu Maha Kaya. 
Zakat itu apabila mulut digunakan untuk menyampaikan, 
berkata kata baik walaupun berhadapan dengan orang jahat, membantu seseorg di jalanan. 

zakat untuk anggota 7 (mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan) itu 
di gunakan di jalan kebaikan, 
seperti menolong dan membantu orang susah, fakir miskin, dan sebagainya terutamanya yatim piatu.. 
Itulah yang dimaksudkan dgn sebenar benarnya pengertian Zakat.

Orang yang sudah makrifat itu Zakatnya berterusan, 
24jam, tiada henti henti.. 
melainkan Mati dikembalikan kepada Penciptanya.


Walaubagaimana pun, Puasa Ramadan dan Zakat yg telah disyariatkan jangan ditinggalkan ! 
lakukan dengan seiringan syariat dan hakikat 






*untuk lebih faham, makanya bertanya pada yang ahli dan yang sudah putus.
**bertanyakanlah kepada yang bukan guru KULIT



No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...