Friday, 17 July 2015

Thursday, 16 July 2015

Takbir Raya

Takbir Raya






Mari sama sama kita hayati terjemahan Takbir Raya
dan
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada Nyata Hanya Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan Maha Agong
dan segala puji bagi Allah
Maha Suci Allah pada pagi dan petang
Tiada Nyata Hanya Allah
Tiada yang disembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya
Tiada Nyata Hanya Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Basar
dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar
Allah Maha Basar dan segala puji bagi Allah

ucap selamat






Selamat Hari Raya
‘Eidulfitri


Maaf Zahir Bathin



Taqabballallahu minna waminkum Solehal ‘amal

Friday, 10 July 2015

Kasyaf Hati




Kasyaf Hati



Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah". Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
3 Qul







Thursday, 9 July 2015

Ringkasan makna Makrifat






Assalamu'alaikum

Makrifat, Dari segi bahasa Makrifat berasal dari kata arafa, ya’ifu, irfan, ma’rifat yang artinya pengetahuan dan pengalaman. iaitu perpaduan dari syariat-tarikat-hakikat yang ianya menuju kepada “mengenal Allah ,mengenal diri sebenar diri dan keilmuan (kunci) alam semesta yang termuat dalam Al Quran serta mentaati syariat Rasulullah SAW.”

Maka, apakah makrifat itu? Makrifat adalah pandai/ mengerti/ paham dan melaksanakan (dengan sempurna).
Dalam erti kata lain Makrifat itu KENAL

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...