Monday, 21 August 2017

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita
beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja. Mahasuci Allah dari kekurangan itusedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah.

Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.
Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.

Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang menyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...