PRINSIP I C I
I : Ihsan C : Cinta I : Ikhlas
sambungan...
2. CINTA
Cinta adalah NAMA lain kepada Tenaga Neutral yang ada dalam Diri. Perkembangan TENAGA CINTA ini bergantung kepada PERBUATAN Ihsan dan SIFAT Ikhlas.Sebab itu dalam prinsip ICI, CINTA itu duduknya di tengah-tengah.
Kenapa? Kerana CINTA itu bersifat neutral yang tidak memihak kepada mana-mana. Cinta itu menjadi mekar atau mati, besar atau kecil menjadi baik atau buruk, berdasarkan PERBUATAN Ihsan di sebelah kiri dan berdasarkan SIFAT Ikhlas di sebelah kanan. Makin banyak PERBUATAN Ihsan + SIFAT Ikhlas dilakukan, maka makin mekarlah CINTA.
Jika PERBUATAN Ihsan banyak tapi Ikhlas tiada atau jika Ikhlas banyak tapi Ihsan tiada, CINTA itu tetap tumbuh, tapi tumbuhnya disertai dengan rumput riak, dengan lalang ego dan dengan duri sombong. Cinta yang terbina dengan riak, ego dan sombong namanya EMOSI. Emosi yang tak terkawal, akan memudaratkan diri.
Sebab itu cinta tak dapat dikawal. Ia hanya mengikut PERBUATAN Ihsan dan SIFAT Ikhlas yang dipraktiskan.
Bila CINTA mekar, maka terserlah ZAT Diri yang Maha Cantik, Maha Bijaksana, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan segala Maha itu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment