Friday, 4 August 2017

TIPS BELAJAR

SATE TAHU : TIPS BELAJAR


Gunakan Formula : SATE TAHU

 
1. SA : SABAR

Sentiasa SABAR dalam mencari KENAL atau mencari jawapan. Gunakan segala maklumat atau ilham yang ada dan jadikan maklumat itu sebagai ilmu. Walau dicerca, walau difitnah, walau diherdik, walau susah, walau perit, walau derita, walau suka, walau senang, walau kaya, walau hebat dan walau apa sekalipun SENTIASA jadikan SABAR sebagai teman dalam belajar !

2. TE : TEKUN

Sentiasa TEKUN dalam mencari KENAL kepada sesuatu. Jangan “ HOT-HOT CHICKEN SHIT” ! (Hangat-Hangat Tahi Ayam).
Sentiasa BERTINDAK (Action), Sentiasa di dalam GERAK pada setiap waktu dan ketika walaupun terpaksa mengesot (jangan statik). Pastikan pada setiap hari, ilmu atau kefahaman kita meningkat 1% lebih baik daripada semalam.
Selagi ada nafas, jangan berhenti mencari jawapan, sehingga jawapan membawa faham dan faham membawa KENAL. Setelah KENAL, tekun pula dalam mencapai hal RASA KENAL itu. Tekunlah hingga Kusyuk dan Masyuk hingga segala sesuatu, batin dan zahir, dapat dilupakan.

3. TA : TAAT

Sentiasa TAAT kepada GURU. Diri kita dan alam semesta ini adalah GURU kepada kita sendiri. Ambil iktibar atau ilmu dari segala makhluk. Belajar dari manusia. Belajar juga dari binatang, meskipun binatang itu seekor anjing ataupun babi. Belajar dari tumbuhan, dari pokok, dari angin, dari asap, dari air, dari logam, dari udara, dari cakerawala, dari api atau dari apa saja malah belajar juga dari hantu, dari mambang, atau jin atau syaitan atau iblis. Belajar dari hantu atau jin atau syaitan
BUKAN bermaksud mengagungkan atau memuja atau mengambil mereka sebagai guru, TETAPI sekadar mengambil iktibar dari sifat-sifat negatif, buruk dan tercela yang dizahirkan kepada mereka. Bila faham keburukan syaitan dan iblis, maka janganlah ikut jalan yang salah dan sesat yang disuruh mereka.

TAAT bermaksud jangan menyakiti.

Jika guru kita seorang manusia, hormatilah dia. Jangan menyakiti hati dan perasaannya, apatah lagi menyakiti tubuh badannya. Hormati
pendapat dan ilmu orang lain. Jangan berdebat untuk menunjuk-nunjuk ilmu. Jangan melukakan hati dan perasaan sahabat, kerana sahabat kita itu adalah juga seorang guru yang kita boleh belajar darinya.

Jangan menyakiti haiwan walaupun ia seekor anjing, kerana pada anjing itu ada pelajaran yang memberi ilmu kepada kita. Cuba kaji asal usul kejadian anjing. Apakah ada unsur penciptaan kejadian yang sama dengan kejadian diri kita ini?

Jangan menyakiti pokok. Jangan mencabut daun atau mematahkan dahan sewenang-wenangnya. Bukankah pokok juga makhluk seperti kita? Dari pokok, kita boleh belajar ilmu bunga, bila telah mengenal dengan mendalam perihal bunga, maka, itulah MAKRIFAT. Makrifat kepada bunga! Namun, alangkah baiknya jika makrifat kepada bunga itu kita teruskan lagi dengan makrifat kepada Pencipta Bunga?

Taat dan hormat juga kepada air. Jangan mengotorkan air. Jangan membazirkan air. Air yang kotor perlu dihormati, dibuang pada tempat yang sesuai, meskipun ia air yang kotor! Yang kotor pada kita itu masih menjadi rezeki kepada makhluk yang lain, maka hormatilah ia. Air itu bersifat menyucikan.
Air tidak berbentuk, tetapi air sentiasa mengikut bentuk! Maka, belajarlah dengan air kerana pada air itu terdapat banyak pelajaran yang mengandungi ilmu darinya.
Taat itu bermaksud hormatilah kepada seluruh makhluk alam ini !


4. HU : MAHU

Sentiasa MAHU Bertindak. Sentiasa Mahu Belajar. Sentiasa Mahu Mencari Jawapan. Sentiasa Mahu Mengenal. Sentiasa Mahu Faham. Sentiasa Mahu mempraktikkan formula SATE TAHU.
Sentiasa : Mahu SABAR, Mahu TEKUN, Mahu TAAT dan MAHU ada KEMAHUAN !
Hanya kemahuan yang boleh membawa kita MENGENAL !!

MENGENAL itulah MAKRIFAT !

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...