Wednesday, 2 August 2017

Masa lalu

Masa lalu

Tidak ada orang yang dapat memilih masa lalunya, ya benar masa hadapan itu pilihan. Tapi masa yang telah berlalu itu bukan pilihan lagi  ia telah berlalu . Biarkan berlalu, Ikhlaskanlah. Ada orang memiliki masa lalu yang bahagia. Ada orang memiliki masa lalu yang sukar dan derita.

Apabila anda bertemu dengan seseorang yang keras, kasar dan suka menyakiti orang lain. Cubalah anda memahami tentang dirinya. Dengan memahami tentang dirinya dengan mendalam akan membuat anda bersikap sabar tentang perangai nya.

Orang yang pada masa kecilnya kurang di puji akan sukar untuk memuji orang lain.Orang yang jarang di bahagiakan akan sukar untuk membahagiakan orang lain. Sebanarnya dirinya juga ingin membahagiakan dirinya dan orang lain, tapi di Minda separa sedarnya ada mental bock yang menjadikan dirinya sulit untuk membahagiakan orang lain.

Hukum LOA ( Hukum Tarik menarik ) juga terjadi dalam alam Jiwa Seseorang. Apabila Hati anda penuh dengan kebaikan, anda begitu mudah memberikan kebaikan. Namun apabila di dalam hati seseorang penuh dengan kebencian dan tekanan. Apa yang dia pancarkan kepada orang lain adalah kebencian dan tekanan juga. Cuba memahami dirinya… Ini bukan pilihan dia, kerana dia tidak boleh lagi memilih masa lalunya.  Mungkin di masa kecil dia sering di perlakukan dengan keras oleh keluaga, teman teman di sekolah dan hal hal yang lain.         

Bila bertemu dengan spisis yang menyakiti anda , ingat lah anda sedang berhadapan dengan TV yang menayangkan siaran masa lalunya, ini bukan manusia kini ini adalah manusia dari masa lalunya. Sejujurnya saya katakan dia sendiri sulitdan susah untuk berubah dan ini bukan pilihanya. Ini bukan dirinya yang sesungguhnya. Jika anda ingat sahaja hal ini … THANK kerana anda sudah cuba memahami seseorang. Apabila anda maklumi dan memahami tentang dirinya anda juga mengerti tentang dirinya, jika anda sudah mengerti tentang dirinya , begitu mudah anda mengikhlaskan seseorang .

Ikhlas akan terjadi setelah anda memahami kondisi dan situasi seseorang. Ikhlas adalah sebuah kejadian akibat dari memahami perasaan dan harapan orang lain. Ikhlas tidak muncul begitu sahaja.  Ikhlas muncul di hati anda saat anda memahami kondisi dan situasi seseorang.

Dengan memahami situasi dan kondisi seseorang, tadinya kita membenci diri seseorang sekarang kita pula merasa seolah olah di beri amanah oleh tuhan untuk menolong, memulihkan atau setidaknya merasa kasihan dan tidak lagi membenci dirinya.

Betapa indahnya keikhlasan , ia memudahkan hidup anda. Perbanyakan mengerti dan memahami situasi dan kondisi seseorang agar hati ini mudah untuk mengikhlaskan.

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...