PRINSIP I C I
I : Ihsan C : Cinta I : Ikhlas
sambungan...
3. IKHLAS
Ikhlas itu bermaksud tidak mengharapkan segala sesuatu atas apapun PERBUATAN kita. Kita melakukan kerana kita ingin lakukan dan suka lakukan. Sebab itu IKHLAS letaknya paling akhir kerana ia adalah hal yang paling sulit.
Kita boleh saja Ihsan melakukan sesuatu, tapi jika tiada Ikhlas, Cinta tidak mekar. Bila Cinta tidak mekar, ZAT Diri yang ADA tidak terserlah. Zat itu jadi dormant !
Ikhlas itu sukar kerana kita harus belajar untuk tidak mengharapkan apa apapun dalam setiap perbuatan kita. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih dari orang atas perbuatan yang kita lakukan. Tidak mengharapkan pahala, syurga, tidak mengharap dihargai, tidak mengharap dihormati, tidak mengharap difahami, tidak mengharap dicintai bahkan tidak mengharap diredhai pun !
Inilah martabat Ikhlas yang paling sukar.
(Ikhlas Muntahi- akan dibicarakan jika digerakkan)
Tips
Praktiskan Ikhlas dengan berbuat Ihsan tanpa mendapat perhatian orang. Kemudian, bila sudah biasa, praktiskan berbuat Ihsan hingga kita sendiripun tidak tahu yang kita sedang berbuat baik.
Contoh :
Nak beri duit atau nak beri apa apa sahaja pemberian kepada Ibu atau kepada seseorang. Bila memberi, belajar jangan sampai dilihat oleh adik beradik. Beri saja tanpa orang lain tahu. Bila dah biasa memberi tanpa orang tahu, nantinya ibupun tak tahu dari mana datangnya duit.
Orang pun tak tahu dari mana datangnya sumbangan, alih-alih barangnya ada. Bila dah terlalu biasa memberi tanpa orang tahu, ia akan jadi habit dan lama-lama kita sendiri pun tak tau yang kita telah berbuat baik. Segalanya berlaku spontan tanpa motif, tanpa tujuan. Kita hanya memberi dan memberi. Akhirnya kita bukan jadi si Pemberi, kita jadi PEMBERIAN itu sendiri.
Inilah IKHLAS !
Ikhlas itu mendatangkan Kesejahteraan yang berkekalan.
Kesejahteraan yang berkekalan inilah
Oneness !
Oneness inilah Ahad yang Tunggal.
Ketunggalan inilah yang dikatakan ESA, yang hidupnya tidak mengharapkan apa pun. Cukup hanya dengan DiriNya !
Maka....
Praktiskan I.C.I
Nokhtah.
No comments:
Post a Comment