Assalamualaikum sekalian Sahabat pembaca ku yang ku kasihi lagi ku hormati🙏✌️❤️🌹
“Sememangnya yang paling penting untuk Akal fikir dan hati kita adalah
menyedari akan keberADAan Allah Ta’ala secara menyeliputi, melalui
kebesaran yang ada pada Alam semesta dan juga pada DIRI KITA SENDIRI,
dan Jalan terbaik bagi proses mendidik akalfikir kanak kanak kemjalan
MENGENAL ALLAH adalah bermula dengan pengajaran ilmu Sifat 20 bagi jalan
untuk MENGENALI DIRI”,…,
Syukur Alhamdulillah dengan berkat
kasihNya dunia kini semakin mudah untuk ‘menggali dan mencari’, segala
perihal ilmu sunguh mudah dikesan dan didapati bagi untuk menghayati
diperingkat asasnya.
Maka sama samalah kita berharap agar Allah
memberi JALAN PERTUNJUK agar terbuka mata fikir kita supaya dapat
memahami akan suasana ‘Makrifatullah’ dan memiliki hati yang penuh
dengan KESABARAN tak kala kita disalah anggap atau di hukum sesat,
bersabarlah.., kerana Allah ada di mana saja kita berada.., dan TIDAK
ADA SESIAPA PUN yang berhak membuat Hukum melainkan Allah.
🌹Surah 57 Al Hadiid, di ayat yang ke 4;
“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke
bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari
langit serta apa yang naik padanya. Dan ‘IA TETAP BERSAMA-SAMA KAMU DI
MANA SAJA KAMU BERADA’ dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu
kerjakan.
🌹Surah 41 Fussilat, di ayat yang ke 53;
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami DI
MERATA-RATA TEMPAT DI ALAM YANG TERBENTANG LUAS INI, dan juga pada
‘DIRI MEREKA SENDIRI’, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa
Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan
belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan
tiap-tiap sesuatu?”
🌹Surah 51 Ad Dzaariyaat di Ayat ke 20 dan 21;
“Dan pada bumi ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan dan kekuasaan
Allah bagi orang-orang yang mahu mencapai pengetahuan yang yakin, Dan
juga pada DIRI KAMU SENDIRI. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan dalil-dalil dan bukti itu”.
🌹Surah 3, Ali-Imran pada Ayat ke 7;
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam
ilmu-ilmu agamanya, berkata: "Kami berian kepada ayat ayat yang
mutasyäbihät, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami, Dan tiadalah
yang mengambil pelajaran dan peringatan MELAINKAN orang-orang yang
BERFIKIRAN”.
🌹Surah 6 Al-An’aam di ayat ke 106/107
“Ikutlah apa yang telah diwahyukan KEPADA MU dari TUHANMU, tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang
musyrik. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak
mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad)
penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula BUKANLAH wakil yang
menguruskan hal-hal mereka kerana semuanya itu TERSERAH kepada Allah
semata-mata”.
🌹Surah 5 Al Maidah Ayat ke 50;
“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan, ’TIDAK ADA
SESIAPA’ yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah”
No comments:
Post a Comment