Friday, 4 August 2017

Do'a

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُِ
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَنِ ٱلرَّحِيمِ

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

 اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. 


Ya Allah, Ya Malikul mulk 
Kami panjatkn rasa syukur alhamdulillah kepada Mu pada subuh yang hening ini kerana masih diberi peluang utk berusaha mempertingkatkn ketakwaan kami kepada Mu. Hindarknlh kami daripada terpengaruh dgn dunia yg melemahkn kami dari mendekatkn diri kepada-Mu ya Allah 

Ya Allah Ya Fatahu Ya Alim, 
Bantulh kami dalam menjalankn urusan agama kami. Elokkanlh urusan dunia kami yg padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokknlah urusan akhirat kami yg padanya tempat kami akan kembali utk selama-lamanya. Jadikanlh kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami.dan jadikanlh kematian sebagai ketenangan kpd kami daripada segala kejahatan,sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
Berikanlh kami rezeki yg mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, sisa-sisa usia yang berkat,doa yang mustajab,hajat yang tertunai, kesihatan yang baik yang berterusan,hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. 

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Mutakabbir 
Kami memohon keampunan keatas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak- anak dan pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami dan sekelian muslimin muslimat dimana jua mereka berada. 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
  عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. َ

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...