APAKAH ANTARA YANG LAIN RAHASIA KALIMAT TAHLIL ITU?
(Kalimat: Laa ilaha illallah).
Bahawa bagi kalimat Laa ilaha illallah itu ada beberapa rahsia.
1.Kesemua hurufnya adalah huruf jaifiah yakni huruf yg berongga ini
mengisharatkan bahawa kalimat itu hendaklah DIUCAPKAN DARIPADA RONGGA
YANG KHALIS IAITU......'HATI'.
2.Segala hurufnya tidak bertitik
ini isyarat bahawa hendaklah bagi siapa yang melafazkan dia MEN-SUNYI-KAN
HATINYA DARIPADA APA APA YANG SELAIN ALLAH.
3.Terdiri dari dua
belas huruf..seperti bilangan bulan-bulan dalam setahun.Kalimatnya empat
seperti bilangan bulan-bulan haram dalam setahun. Huruf
JALALAH (ALLAH)itu huruf tunggal (Tersendiri), sedangkan kalimat yang tiga
lagi (La ilaha illa) tersusun menurut tertibnya seperti bulan haram yaitu
Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rajab yang tunggal tersendiri adalah
bulan-bulan yang afdhal..maka khasiatnya barangsiapa berkata 'La ilaha
illallah' dengan hati yang ikhlas nescaya terhapus daripada dosa-dosanya
setahun.
4.Malam dan siang terdiri daripada dua puluh empat
jam..maka La ilaha illallah dengan Muhammadun-Rasulullah terdiri
daripada dua puluh empat huruf..khasiatnya tiap-tiap satu huruf
mengkifaratkan dosa satu jam.
5.Kalimat La ilaha illallah
Muhammadun- Rasulullah(mengikut ejaan huruf jawi-Arab)itu
tujuh..sedangkan pintu-pintu neraka itu tujuh..khasiat tiap-tiap kalimat
itu menutup akan tiap pintu neraka yang tujuh itu terhadap orang yang
mengucapnya..insha-Allah.
6.Mengikut kata Al-Imam Fakhuruddin
al-Razi bahawa 'MAKSIAT'itu masuk melalui TUJUH ANGGOTA..Yaitu Dua
Telinga,Dua Mata,Dua Tangan,Dua Kaki,Lidah,Perut dan Kemaluan.Maka
tiap-tiap satu kalimat daripadanya MENGKIFARAT akan maksiat suatu
anggota (kitab Jauhar-Mauhub).Oleh yang demikian mendapat mamfaat kpd
ahli zikirnya adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah SWT.
7.Berkata ulama yang muhaqiqin dan ahlu thoreqat:
a.Bagi orang mubtadi (Baru masuk kepada gulungan ahlullah) orang yang pada
peringkat permulaan dalam perjalanan menuju Allah sesuai syuhudnya
ketika berzikir kalimat La ilaha illallah itu ialah dengan pengertian La
ma'budu ilallah...ertinya,Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah.
b.Bagi orang yang mutawasith..Yakni orang yang pada peringkat
pertengahan didalam perjalanan ( batin)nya menuju Allah,kalimat
Thoyyibah itu ialah dengan isyarat La maqsudu- illallah..ertinya tiada
yang di qasadkan atau dituju(dimaksud) oleh hati atau jiwanya melainkan Allah.
c.Dan bagi orang MUNTAHI yakni orang yang telah 'sampai'(wasil) pada
matlamat ruhaniah yang ditujunya..maka kalimat La ila ha illallah itu
dengan isyarat LAA MAUJUUDU ILLALLAH..ertinya tiada yang maujud(pada
hakikatnya)melainkan Allah..maknanya ialah bahawa tiada yang maujud yang
sebebenar pada hakikatnya melainkan Al-Haq Taala jua.
Adapun yang
selain-Nya itu bathil(Wujudnya tiada haqiqi).Hanya ibarat bayang-bayang
sahaja nisbah pada wujud Al-Haq Taala yang muthlaq itu.
Kesimpulanya inilah satu lagi sebab kenapa zikir La ilaha illallah itu
paling utama untuk peringkat semua manusia daripada para nabi yang
mursal dan wali-wali yang muqarrab yang karam dalam laut Ahdiyah
hinggalah kepada orang muslim yang awam yang masih bergelomang dosa dan
tebal hijab-hijab yang menutup hatinya.
Tahniah kepada sesiapa
yang memperbanyak menyebut atau bertahlil kalimat La ilaha illallah
dengan menghadhirkan hatinya dengan melengkapi aqaidul-iman hingga
maknanya jelira dengan daging darahnya..moga dapat melihat
asrar(rahsia)yang ajaib yang tidak terkira banyaknya terkandung dalam
kalimat yang sangat mulia ini.
Sebaik-baiknya sila ambil talqin zikirnya dari guru mursyid yg ada tali temali ijazah hingga ke Rasulullah s.a.w.
Wallahu a'lam bissawab.Wassalam.
No comments:
Post a Comment