Monday, 24 July 2017

BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH



HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...

76.Surah Al-'Insān (Verse 29)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

Apabila kita membaca firman Allah dan Sabda Rasulullah saw seperti didalam status diatas, tahulah kita betapa pentingnya ingat atau berzikir kepada Allah..
Apa yang kita tahu ialah tentang fadzilat atau faedah ingat atau berzikir kepada Allah..

PERSOALAN YANG TIMBUL SEKARANG INI IALAH ... BAGAIMANA CARA NAK BERZIKIR @ INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ?

BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH...
"ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu."

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),
dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 7)
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
Untuk ingat kepada Allah apa yang boleh kita lakukan ialah dengan menyebutNya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah yang tersurat dan tersirat didalam firmanNya

==========
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk melaksanakannya pula dihuraikan melalui sabda Nabi saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya


 Surah Al-Bakarah ayat 198..
"ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu."
.
PERINGATAN :-
Mesti melakukan tumpukan sebulat tumpuan kepada apa yang sedang dirasa pada ketika itu dengan menyebut Allah didalam satu masa yang sama.

Dan latihan diperingkat awal hendaklah dimulai dengan tumpukan sebulat tumpuan kepada apa yang sedang disedari pada ketika itu (samada zat, sifat, nama atau perbuatan)....
Setelah itu cara latihan akan bertukar sendiri berdasarkan kepada jaminan Allah

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
Bertukar mengikut apa yang dipimpin oleh Allah..

HIKMAH DARI MELAKSANAKAN "TUMPU DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASAI, DIDALAM MASA YANG SAMA SEBUT ALLAH BANYAK-BANYAK, SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH - BERLAKULAH KALIMAH TAUHID TANPA SUARA, TANPA HURUF DAN TANPA KATA-KATA...

Firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

FIRMAN ALLAH DIATAS SEDANG MENERANGKAN PERINTAH YANG PERLU DILAKUKAN.

Yang pertama ialah sebutlah Allah sebanyak-banyaknya
Kedua tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan..

BAGAIMANA HENDAK MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADANYA (IAITU KEPADA ALLAH)

"INSAN RAHSIA AKU (ALLAH), AKU (ALLAH) RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU TIDAK LAIN DARIPADA AKU"

34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

PERBUATAN MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA SALAH SATU SIFAT YANG SEDANG DISEDARI (CONTOH SIFAT ADA, MELIHAT, MENDENGAR, MELIHAT, HIDUP DAN LAIN-LAIN)..

MAKSUD KEPADA TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN IALAH PERHATIAN HENDAKLAH TERTUMPU KEPADA SALAH SATU SIFAT YANG SEDANG DISEDARI TADI..
INI ADALAH LATIHAN DIPERINGKAT AWAL UNTUK MENDAPAT KEMAHIRAN MELAKUKAN DUA PERKARA (RASA APA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN DAN SEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA) DIDALAM SATU MASA YANG SAMA

INILAH RAHSIA YANG TERSIRAT, YANG APABILA DILAKUKAN DUA PERKARA DIDALAM SATU MASA YANG SAMA, PADA SETIAP KALI MENYEBUT ALLAH AKAN BERLAKU KEATAS APA YANG SEDANG DIRASAKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN (DISAKSIKAN @ PENYAKSIAN) ADALAH SAMADA (ZAT, SIFAT, NAMA ATAU PERBUATAN) ALLAH iaitu pengakuan kepada Allah

PERBUATAN MENUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASAKAN DIKETIKA ITU, YANG DILAKUKAN DALAM MASA YANG SAMA DENGAN MENYEBUT ALLAH, ADALAH MEMBAWA MAKSUD KEPADA SEDANG MENYAKSIKAN, SEDANG BERLAKUNYA PENYAKSIAN (CONTOH KEPADA SIFAT ADA SAHAJA) MEMBAWA MAKNA SEDANG BERLAKU PENYAKSIAN KEPADA SIFAT ADA YANG SEDANG DISEDARI)

PADA MASA BERLAKUNYA PENYAKSIAN KEPADA SIFAT YANG DISEDARI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA SEDANG MERASAKAN / MENYAKSIKAN SIFAT ADA, MAKA DENGAN SENDIRINYA AKAN BERLAKU PENGAKUAN BAHAWA SIFAT ADA YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU, YANG SEDANG DITUMPUKAN ITU ADALAH SIFAT ADA ALLAH)

INILAH HIKMAH DARI MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH YANG TELAH DIBAWA KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..

DENGAN MELAKSANAKAN FIRMAN ALLAH INI KEDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SEGALA SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH, AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH..

SEMPURNAKANLAH SURUHAN ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA SEPERTI DIATAS SEHINGGALAH MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARI ALLAH SAMPAI KEPADA ALLAH SENDIRI YANG SEDANG MENYEDARI SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGINYA, SEHINGGA ALLAH SENDIRI YANG MENGENAL ADANYA ALLAH...
TERHASILLAH KALIMAH LAA ILAHA ILLALLAH TANPA PERLU DISEBUT.. (Tiada suara, tiada huruf dan tiada kata-kata.

Maksudnya walaupun kita tidah mengucapkan kalimah tauhid (LAA ILAHA ILLALLAH), dengan perlakuan yang dilakukan seperti diatas sudah mrletakkan kita sedang berada didalam keadaan yang dimalsudkan dengan kalimah tauhid tersebut iaitu tiada sesuatu yang lain yang ada hanya Allah..

Pertamanya - kembali bernafas seperti mula dilahirkan...

2.Surah Al-Baqarah (Verse 46)
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

=========
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 29)
Katakanlah:

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

Lakukan penyerahan diri yang zahir kpd diri yang batin, diri yang batin kepada zat semata-mata... (Pertemuan diantara hamba dengan tuhannya) Dengan masuknya nafas. Berlakunya kenyataan Allah
Bawa kenyataan Allah ke diri yang zahir dengan kalimah Laa khaulawa khuwa taillah billah - matilah jasad ternyatalah Allah pada zahirnya. - berlaku melalui keluarnya nafas

Setelah ini dilakukan secara istiqomah maka hiduplah zikir nafas dengan tersendiri yang mana ketika masuk zikirnya Huu dan ketika keluarnya zikir Allah ...

Semasa tidurnya kita nafas tetap akan berzikir....

Kaedah yang kedua

Melaksanakan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara perlaksanaannya telah dihuraikan pula melalui hadis Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

Sejak dari bangun tidur sehinggalah tertidur semula dan pada setiap kali terbangun dari tidur pada malam hari secara istiqomah.... Sehinggalah berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya prnyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah...

Setelah istiqomah barulah zikir ini akan berterusan diketika kita tidur...

Tanda zikir berlaku diwaktu tidur, bangun saja dari tidur zikir skan berterusan tanpa lupa lagi... Berlakunya zikir yang berterusan dari bangun tidur sehingga ketidur semula dan diketika terbangun dari tidur diwaktu malam juga sudah berlaku dengan sendiri dalam ertikata sedang berlaku zikir tersebut dibawah pimpinan Allah.

Jika belum lagi istiqomah samada dalam kaedah yang pertama atau kaedah kedua, maka belum lagi berlaku zikirullah didalam tidur kita...

Asalnya diketika bayi telah pun berlaku zikir ini, tetapi setelah berakal, kita sudah melupainya.

Untuk kembali ingat semula kita mesti istiqomah melakukan latihan supaya kita kembali seperti asal semasa kita bayi dulu-dulu...

Kenyataan bahawa sudah berada didalam pimpinan Allah ialah
Kedua-dua kaedah yang diatas adalah merupakan jalan dan cara yang boleh dilakukan untuk bunuh diri sendiri seperti yang telah diperintahkan oleh Allah didalam firmanNya


4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya,
kecuali sedikit di antara mereka.

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

 4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
Jadi apa yang telah dilakukan ini adalah didalam jaminan Allah melalui firmanNya seperti diatas....


10.Surah Yūnus (Verse 12)
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

10.Surah Yūnus (Verse 13)
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

10.Surah Yūnus (Verse 14)
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

10.Surah Yūnus (Verse 15)
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

10.Surah Yūnus (Verse 16)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"

10.Surah Yūnus (Verse 17)
Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...