SAINS KE-AKU-AN: TENTANG
"AKU" 'Aku' dan 'aku'
“AKU” itu adalah Saripati Hakikat
SELF SUPREME YANG Inteligence-Intelligent.
“Aku” itu pula adalah SUPREME
INTELLEGENT.
“aku” ini adalah PRIME INTELLIGENCE.
Wujud AKU itulah menjadi bukti “Self
Evidence of Being” yang bergelar “Diri Ku”
“AKU” itulah merupakan Punca Yang
Tidak Berpunca yang menzahirkan (Tajali) 1st Existence yang digelar Nur Allah-
Titik Yang Tidak Bergerak itu.
“AKU” itulah jua yang menzahirkan
“Aku”- 2nd Existence, yang digelar Nur Muhammad - Titik yang bergerak dalam lingkaran
Titik “Diri AKU” itu.
Penzahiran (Tajaliat) 2nd Existence
itu berlaku melalui GERAK dalam lingkaran Titik “Diri AKU” itu sendiri.
Gerak yang dimaksudkan itu adalah
Gerak yang :
1. Mengenalkan Rasa (Zat/Usul)
2. Mendengarkan Suara ( Nama-Nama)
3. Menunjukkan Kerja (Perbuatan)
4. Menampakkan Sifat
2. Mendengarkan Suara ( Nama-Nama)
3. Menunjukkan Kerja (Perbuatan)
4. Menampakkan Sifat
Gerak inilah yang dizahirkan oleh
“AKU” melalui “Aku” dan “aku” yang sering digunapakai oleh "aku:
being", itu di dalam kalam :
Kaf, Ha, Ya, Ain, Sod
Gerak “aku” itu pula dikenalkan
untuk mengenal “Aku” melalui 7 tingkatan pemahaman DAN melalui 7 tingkatan
Tajalliat.
7 Tingkatan Pemahaman itu ialah :
1. Life
2. Tension
3. Polarity
4. Condensation
5. Appearance
6. Content
7. Evidence
2. Tension
3. Polarity
4. Condensation
5. Appearance
6. Content
7. Evidence
Manakala 7 tingkatan Tajalliat itu
ialah :
1. Ikhnosfism
2. Klinosfism
3. Khaasfism
4. Gnosfism
5. Phaknosfism
6. Galosphsfism
7. Dzirosfism
2. Klinosfism
3. Khaasfism
4. Gnosfism
5. Phaknosfism
6. Galosphsfism
7. Dzirosfism
Makanya bila Faham 7 Tingkatan
PEMAHAMAN melalui 7 Tingkatan Tajaliat ini, maka kenallah akan Primula Bindu
798, 432, 113, 509, 927, 000, 000, 000, 001
dan Kenallah akan Bijanta Kamanax 108, 091, 890, 100
dan Kenallah akan Bijanta Kamanax 108, 091, 890, 100
Maka,
Barulah Nyata Rasa yang dikatakan...
Ana-Anta DAN Anta-Ana itu !
SIAPA AKU dan BAGAIMANA MENGENAL
AKU?
AKU ialah NAMA yang menunjukkan
Diri.
Diri yang mana? Diri Batin (ROH)
‘yang ada’ di dalam setiap jasad kita.
Setiap yang Batin itu bersifat
GHAIB. Ghaib bererti TIDAK NAMPAK. Maka bagaimana kita bisa melihat sesuatu
yang Tidak Nampak?
Untuk melihat sesuatu yang Tidak
Nampak (Ghaib) maka kita perlu memasuki Alam Tidak Nampak (Alam Ghaib). Hanya
yang ghaib saja boleh melihat yang ghaib dan hanya yang ghaib sahaja boleh
memahami sesuatu yang ghaib.
Untuk memasuki Alam Ghaib, kita
perlu melenyapkan segala Alam Zahir (alam fizikal). Maksud melenyapkan alam
zahir itu ialah dengan melupakan segala sesuatu.
Melupakan segala sesuatu inilah yang
dikatakan KUSYUK.
Bila kita kusyuk melupakan segala
sesuatu, maka ALAM LUPA SEGALA SESUATU itulah yang dikiaskan sebagai ALAM
GHAIB. Kenapa? Bila lupa kepada segala sesuatu, apa lagi yang kita ingat? apa
lagi yang kita lihat? apa lagi yang kita dengar? apa lagi yang boleh kita rasa
dan apa lagi yang kita boleh sentuh? Tiada! Kosong! Hilang! dan GHAIB ! Bila
ghaib segala perkara ZAHIR, yang tinggal HANYA perkara BATIN. Alam Ghaib itu
perkara Batin.
Alam Ghaib inilah IBARATNYA dunia “
Mati Sebelum Mati”.
Bila merasai Mati Sebelum Mati, maka
Kenal-lah AKU !!
Bila Kenal AKU, apa lagi yang ingin
dikenal? KELU ! DIAM !
Kenapa?
Kerana sudah berjumpa dan sudah
kenal ! Bila sudah kenal, maka nak cari apa lagi? Nak cakap apa lagi? Nikmati
saja... Neutral! ... Natural ! Segalanya tidak terungkap. Segalanya Neutral
Kosong Sekosong-kosongnya.
Bila sudah mengenal, perkara BATIN
itu juga akan turut Ghaib ! Bila ghaib alam zahir dan alam batin, maka KOSONG
lah segalanya !
Kosong inilah Ghaib Yang Abadi !
Abadi Zahir dan Batin !
Di Alam Ghaib inilah segala yang
Ghaib kembali kepada Ke-Ghaiban-Nya Yang Abadi !!
Maka, untuk ke alam Ghaib... KUSYUK
lah !
Agama dan Sains bersependapat
mengatakan bahawa diri manusia itu terbina dari dua komponen alam 1. Batin
(Spirit) 2. Zahir (Matter).
Di dalam bahasa Melayu, komponen
batin itu digelar Roh manakala komponen zahir itu dinamakan Jasad yang meliputi
Tubuh Fizikal, Minda (emosi) dan Akal.
Tubuh fizikal adalah aksesori jasad
yang berperanan melakukan Pengamatan dan Tindakan. Ia mempunyai 2 set deria.
Setiap satu set deria mempunyai 5 organ pengamatan dan 5 organ tindakan.
Organ pengamatan adalah Mata
(lihat), Telinga (dengar), Hidung (bau), Lidah (rasa) dan Kulit (sentuh).
Organ tindakan adalah Tangan (pembuatan/kuasa) Kaki (perjalanan), Mulut
(bicara), Kelamin (generasi) dan Kumuh (pembuangan kotoran).
Minda atau seringkali disebut “Hati”
pula berperanan seumpama sebuah universiti yang khusus di dalam bidang emosi
dan perasaan. Kasih, sayang, ihsan, semangat, ghairah, benci, cemburu, marah
adalah antara beberapa disiplin ilmu yang dizahirkan dari universiti Minda.
Akal pula adalah ibarat satu fakulti
di dalam universiti Minda. Fakulti Akal ini berperanan untuk berfikir, mencari
sebab musabab, menghakimi dan membuat keputusan. Akal perlu sentiasa diasah dan
digunakan bakatnya agar ia dapat berfungsi dengan betul untuk disesuaikan
dengan organ pengamatan dan organ tindakan.
Universiti MINDA dan Fakulti AKAL inilah yang membentuk komponen BATIN kita.
Batin atau diri dalaman kita itulah yang dikatakan personaliti. Personaliti
inilah yang membentuk individualiti atau diri luaran kita. Diri luaran inilah
“produk akhir” yang menzahirkan apa yang dizahirkan oleh Minda dan Akal (diri
dalaman/diri batin). Baik Minda dan Akal, maka baik jugalah hasil yang
dikeluarkan oleh diri luaran (personaliti). Buruk Minda dan Akal, maka akan
buruk jugalah personaliti yang dizahirkan oleh jasad.
Walaubagaimanapun, komponen jasad
ini hakikatnya adalah kaku dan mati. Ianya adalah aksesori yang hanya boleh
berfungsi jika ada ROH. Roh itulah yang digelar “nyawa” oleh manusia. Manusia
itu adalah diri “KITA”!
KITA menggunakan Jasad, Minda dan Akal untuk berhubung dengan alam, baik alam
zahir mahupun alam batin. Roh sekadar meng-ANIMASI-kan (menzahirkan) perbuatan
Jasad, Minda dan Akal. Ia bertindak bagai “kuasa elektrik” di dalam gadget
(alat) elektrik. Kuasa elektrik yang menghidupkan mentol dari gelap kepada
terang, kuasa elektrik yang memanaskan cerek yang sejuk dan yang menggerakkan
kipas yang kaku. Namun perlakuan mentol yang dari gelap menjadi terang,
perlakuan cerek dari sejuk menjadi panas dan perlakuan kipas dari kaku kepada
bergerak, ternyata hanya berlaku pada diri mentol, cerek dan kipas itu sendiri.
Perlakuan atau perubahan tidak pula berlaku pada diri “kuasa elektrik” itu!
Kuasa elektrik itu seolah hanya “menyaksikan” segala perlakuan mentol, cerek
dan kipas tanpa menerima akibat dan kesan apa-apapun.
Begitulah perumpamaannya terhadap
diri kita. Roh itu ibarat kuasa elektrik. Mentol, cerek dan kipas adalah ibarat
perlakuan jasad, minda dan akal.
Justeru itu…
Setiap diri mengetahui perihal
sesuatu yang diri lain tidak mengetahuinya. Pengetahuan yang sangat mendalam
perihal diri dalaman kita sendiri itulah yang membuatkan kita menjadi Maha
Mengetahui tentang diri kita sendiri dan tidak ada diri lain yang dapat
mengetahui dan memahami tentang apa yang kita tahu dan tentang apa yang kita
faham.
Diri dalaman kita yang Maha
Mengetahui itu juga adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat apa saja penglihatan
dan pendengaran yang berlegar di dalam diri kita sendiri. Kita bisa melihat
sesuatu itu sebagai buruk, dan kita juga bisa melihat sesuatu itu sebagai
cantik. Kita bisa faham perihal sesuatu mengikut kefahaman kita sendiri yang
orang lain tidak bisa faham sebagaimana yang kita faham.
Dek kerana hebatnya diri dalaman
kita yang Maha Mengetahui tentang diri kita sendiri ini maka, lahirlah pelbagai
personaliti manusia yang berbeda-beda.
Ada manusia yang personalitinya
keras dan aktif!
Sentiasa bernafsu, sentiasa peka,
sentiasa berkehendak dan sentiasa mengambil perhatian akan setiap perkara yang
berlaku. Tidak akan bertolak ansur dengan pendapat yang berbeda selain dari
pendapat dia atau pendapat kaumnya. Jika berbeda, dia bisa saja berperang demi
menegakkan kebenaran mengikut acuan pendapatnya atau pendapat kaumnya.
Ada manusia yang personalitinya
lembut dan pasif!
Yang kaku, lesu atau tidak ambil
peduli terhadap apa yang berlaku. Kurang keyakinan, tiada keghairahan, tidak
mahu terlibat dan malas memikirkan apa yang berlaku. Personaliti “Lantak
engkaulah” !
Ada manusia yang personalitinya
sederhana, seimbang, matang, tenang, tidak suka dan tidak pula berduka, aman,
sentiasa bahagia dalam gembira dan dalam nestapa. Sentiasa aman dalam tenang
dan dalam galau.
Kesimpulannya…
Nikmatilah kehidupan ini. KITA semua
adalah GURU dan kita semua adalah MURID kepada diri KITA sendiri. HIDUP adalah
apa yang KITA ajar dan KEHIDUPAN adalah apa yang KITA belajar. Makanya, jika
KITA bersedia dan terbuka untuk belajar dari orang lain, pasti KITA akan
mendapat ilmu yang unik dan berbeda yang cuma ada dari setiap diri-diri KITA.
Ilmu yang tidak ada BENAR dan Ilmu yang tidak ada SALAH. Ilmu yang ada pada
setiap diri KITA inilah yang membedakan
KITA manusia dengan makhluk lainnya.
Hanya manusia mampu menggunakan ilmu
untuk mengenal PenciptaNya.
dan…
AKU lah manusia itu !
No comments:
Post a Comment