Tuesday, 25 July 2017

Tenaga dan Cahaya - Kita Makhluk Cahaya



KENAPA AKU KATAKAN KITA MAKHLUK CAHAYA ?

Manusia memerlukan tenaga untuk hidup. Untuk mendapatkan tenaga, manusia itu perlu makan. Apa yang kita panggil ‘makanan’ ini sebenarnya adalah CAHAYA yang telah diproses.

Biji benih yang ada di bumi ini boleh tumbuh kerana adanya cahaya. Proses pencahayaan yang menghasilkan tenaga kepada biji benih ini namanya PHOTOSINTESIS. Dalam proses photosintesis ini, Carbon, Hidrogen dan Oksigen (CHO) akan diikat oleh cahaya dan ikatan CHO ini disimpan di dalam tumbuh-tumbuhan. Bila manusia atau haiwan makan tumbuh-tumbuhan ini ikatan CHO yang ada, akan terurai di dalam perut dan disimpan sebagai LEMAK.

Semasa proses penguraian CHO kepada lemak, tindak-balas kimia yang berlaku akan membebaskan cahaya yang lebih kompleks. Cahaya kompleks ini dinamakan PHOTON. Cahaya yang bernama photon inilah yang mengeluarkan haba yang memanaskan badan manusia. Haba adalah tenaga yang terhasil semasa proses kimia pembentukan lemak. Haba inilah yang membuatkan badan manusia hidup sentiasa hangat. Bila tenaga haba ini tidak digunakan ia akan dormant di dalam lemak. Bila haba ini digunakan ia akan bertukar nama sebagai KALORI.
 
Kalori adalah ikatan photon-photon yang disimpan di dalam lemak.
Photon adalah CAHAYA. Makanya, kita makan CAHAYA untuk mendapatkan TENAGA.

NUR - CAHAYA
Arab menyebut cahaya sebagai NUR. Nur atau Cahaya itu adalah penzahiran TENAGA. Nur yang macam-macam nama inilah yang manusia dok sibuk sibuk cerita dalam pelbagai agama.
TENAGA inilah NAMA yang dok sibuk kita perkatakan dalam setiap tulisan-tulisan.

TENAGA
Tenaga inilah yang dikatakan tidak bias, tidak prejudis dan tidak memihak kepada mana-mana manusia. Kenapa ? Kerana ia wujud dalam Diri setiap MANU-SIA. Bila Ia wujud dalam Diri setiap MANU-SIA, maka Ia milik semua Diri MANU-SIA. Bila Ia milik semua MANU-SIA, mana biasnya ? Mana prejudisnya ? Nak digaduhkan apa ? Semua orang ada TENAGA yang sama !
TENAGA yang sama itu dizahirkan sebagai photon dari ZAT makanan yang kita makan. Makanan terhasil dari proses photosintesis. Photosintesis itu asalnya dari CAHAYA matahari. Cahaya matahari itu asalnya dari letusan gas-gas di angkasaraya. Gas pula meletus sebab ada TENAGA! Pusing-pusing kembali kepada TENAGA semula.

Nahhhhhh...
TENAGA lagi !

bersambung...

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...