Monday, 24 July 2017

zikri





PERSEDIAAN SEBELUM BERAMAL

BERWUDHUK (digalakkan)
ketika mana
1. Sila berwuduk nafi isbat dahulu.
a. Basuh muka kali pertama sebut yg hidup..Allah. 
b. Basuh muka kali kedua sebut yg melihat.. Allah
c. Basuh muka kali ketiga sebut yg bercakap..Allah
d. Basuh tangan sebut yg bergerak..Allah
e. Basuh kepala sebut yg berilmu..Allah
f. Basuh telinga sebut yg mendengar.. Allah
g.Basuh kaki sebut yg berkehendak ..Allah                 
baca syahadah dgn  iqtikad yg wujud hanya Allah.

PEMBUKAAN AMAL
Buat pembukaan amal dgn bacakan fatihah.
 a. Untuk Baginda Rasul Nabi Muhammad Mustaffa saw.
b. Untuk semua para rasul, para nabi,  para wali,  para guru, ibu bapa, keluarga, muslimin dan muslimat mukminin  dan mukminat dan pada diri sendiri.

PERSEDIAAN TAFAKUR GERAK:
a.. Duduk bersila atau di kerusi (mengadap kiblat jika boleh )
letakkan tangan kiri diatas kepala lutut secara terbuka ( bukan tertangkup ) dan tangan kanan pegang kunci ( spt dlm tahiyyat dgn jari telunjuk tegak lurus kehadapan ) diatas lutut kanan
b. Tundukkan kepala ...tutup mata
c. Tenang dengan – Istighfar 3x atau lebih(ringkas atau yg panjang)
d. Baca password
0.  Auzubillah sekali
i . Bismillah sekali
ii. Syahadah 3 kali

e. Lafazkan niat atau doa....(apa saja yg inginkan) {atau terus sahaja berzikir}

ini contoh -
Ya Allah Ya Mujeeb makbulkanlah permohonan ku ini
Ya Gaffur ampunkanlah segala dosa dosa ku zahir dan batin kecil dan besar
Ya Quddus sucikanlah diriku zahir dan batin

YA Hadi tunjukkanlah pengakuan diri ku yang sebenar2nya
YA Hadi tunjukkanlah siapa diriku ini yang sebenar2nya
YA Hadi tunjukkanlah perjalanan ku yang sebenar2nya yakni perjalanan sirotol mustaqim 
tiada lah aku berkuasa Engkau jua yang maha berkuasa dan Maha Tahu.

MAKBULKANLAH YA MUJEEB 3 X

@atau terus sahaja zikir↓

zikirlah dalam hati...HU ALLAH
HU = sedut nafas
ALLAH = lepas nafas
(bernafas seperti biasa dan tenang tanpa terburu buru)

tumpukan kepadaNYA dengan sebulat bulatnya tumpuan

TUTUP GERAK ZIKIR
a. Sebut Alhamdulillah 3x
b. Syahadah 3x
c. Alfatihah sekali

Beri salam kekanan ucapkan Ya Allah
Beri salam kekiri ucapkan Ya Muhammad

Selawat 3x

Usap muka
SELESAI TQSM

***

jika telah mula selesa dengan kaedah diatas

bolehlah dengan kaedah tahan nafas
iaitu sebagai contoh 
5 saat sedut (sebut HU)
5 saat tahan
5-10 saat lepas ( sebut Allah)

dan meningkat naik
10 saat sedut
10 saat tahan
10-15 saat lepas

***
kemudian tambahkan kaedah
tarik nafas dari sulbi ke ubun - ubun (HU)
lepaskan di mulut (ALLAH)
(makrifatkan cara)

*****
antara RAHASIA kedapatan masing masing lalui

sedikit pencerahan dari Al Quran:-

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 9)
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

Yang cara untuk melaksanakannya pula dihuraikan melalui sabda Nabi saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya


 Surah Al-Bakarah ayat 198..
"ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu."

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...