Friday, 21 July 2017

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH BAHAGIAN 3

BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH?

PART 3
4. FOKUS
Belajar fokus dalam setiap perbuatan kita. Fokus itu perlu untuk mencapai KUSYUK dan KUSYUK itu perlu untuk mencapai SAHLA dalam Tafakur. Bila kita fokus, automatik, hal esok yang menggelisahkan dan hal semalam yang sedih sudah tidak wujud dan jadi tak relevan. Yang ada hanya hal SEKARANG yang sedang kita fokus itu. Bila hal SEKARANG ini sentiasa kita fokus, makanya AKAL tiada masa untuk sedih atau gelisah memikirkan hal lain. Kita hanya sibuk menikmati hal SEKARANG.

Setiap kali makan, mandi, berjalan, menyanyi, atau apa jua perbuatan, fokus kepada salah satu pengalaman yang sedang direkodkan oleh DERIA PENGAMATAN dan ORGAN TINDAKAN.
CONTOH : Fokus sensitiviti sentuhan pada tapak tangan dan tapak kaki. Setiap kali berjalan, rasakan tekanan kaki yang memijak, hayati kaki yang bergerak. Hayati tapak tangan yang menggenggam. Amati hayunan tangan, sentuh dan hayati kuku, urat dan otot-otot tangan yang kelihatan.
Atau, bila makan misalnya, fokus pengalaman rasa, melalui LIDAH yang sedang merasa makanan. Hayati bagaimana gigi menggigit makanan atau fokus hal bau melalui HIDUNG yang sedang terbau makanan atau fokus hal KULIT yang sedang menyentuh makanan, atau fokus hal TELINGA yang sedang mendengar bunyi-bunyian di sekeliling tempat makan atau fokus hal MATA yang sedang melihat makanan dan melihat kawasan persekitaran.

Buat permulaan, fokuskan kepada salah satu DERIA PENGAMATAN, sahaja kerana jika fokus lebih dari satu, nanti kita akan mudah hilang fokus. Bila makin mahir, kita boleh belajar multi focus.
Fokus ini akan membuatkan kita asyik dan leka kepada subjek yang kita fokus. Bila sudah biasa fokus, kusyuk datang sendiri. Bila sudah biasa kusyuk, tafakur jadi mudah dan SAHLA datang sendiri.

5. UBAH
Hidup adalah berkaitan hal PERUBAHAN. Kehidupan itu sentiasa berubah dari detik ke detik. Jika diperhatikan secara teliti, secara MIKRO, tiada suatupun hal yang sama berlaku. Nafas engkau ketika membaca tulisan ini sudah beberapa kali berubah. Mata engkau sudah beberapa kali berubah kerdipannya. Makanya, kita juga harus berubah secara MAKRO. Perubahan itu mungkin pedih, mungkin sedih, tapi itulah realitinya. Itulah realiti emosi yang harus kita hadapi dalam perubahan hidup.

Belajar juga menerima perubahan dalam ilmu. Jangan statik dalam ilmu. Ilmu itu sifatnya hidup, maka berubahlah. Jangan terlalu jumud dalam dogma maklumat yang lama. Jangan belajar mengikut buku atau mengikut guru membuta tuli. Jangan bulat-bulat terima maklumat, termasuklah jangan bulat-bulat terima semua maklumat yang ada dalam WS Page ini. Proses segala maklumat yang kita dapat, kaji, analisis, praktis, fahamkan dan rasai pengalaman ilmu yang diperolehi. Bila sudah ada pengalaman dan yakin dengannya, maka peganglah !

Jika ada mana-mana ilmu membuatkan engkau was-was, gelisah dan tidak tenteram, maka beranilah buat perubahan. Itu tanda ada yang tidak kena.
Untuk menikmati kehidupan yang tenang, kita memerlukan ilmu. Ilmu yang benar adalah ilmu yang sentiasa membuatkan hidup engkau gumbira, tenang, aman, damai, bahagia lagi sejahtera.
Maka berubah dan terimalah perubahan !

6. NATURAL
Belajar makan makanan organik sebab kita adalah makhluk organik. Baik buruk jasad kita, bergantung atas apa yang kita makan. Belajar ambil herba menggantikan ubatan dadah. Belajar gunakan minyak aromaterapi. Belajar mendengar dan menikmati suara alam, bunyi apa saja, suara siapa saja tanpa prejudis, tanpa menghukum.

Kenapa perlu natural ?
Kerana segala hukum alam berjalan secara natural/sunatullah. Kita adalah sebahagian makhluk alam yang tertakluk kepada hukum alam ini. Maka, naturallah !

7. TERIMA KASIH
Belajar sentiasa berterima kasih atau BERSYUKUR terhadap kehidupan SEKARANG yang sedang kita nikmati. Belajar ucapkan terima kasih kepada seluruh makhluk. Belajar ucapkan terima kasih sebaik bangun dari tidur, belajar ucapkan terima kasih semasa sedang melakukan aktiviti harian dan sudahi mengucapkan terima kasih semasa mahu tidur.

Mengucapkan terima kasih, nampak mudah, tapi ia akan jadi susah jika kita jarang praktis. Si bapak yang jarang ucapkan terima kasih kepada anak atau isteri, akan sukar untuk mengucapkannya. Si guru yang tak pernah ucapkan terima kasih kepada murid, akan janggal mengucapkannya.
Makanya , belajarlah untuk sentiasa mengucapkan terima kasih pada bila bila masa dan kepada sesiapapun atas ihsan yang mereka lakukan.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...