Saturday, 29 July 2017

nafi isbat

Nafi dan Isbat

Nafi maksudnya menidakkan sementara Isbat pula maksudnya mengiyakan atau mensabitkan kepada Allah.

Pada peringkat pertama yang dinafikan ialah Jasad dan yang di-iyakan ialah nyawa. Seperti dinafikan badan yang hidup diiyakan atau diakui yang hidup ialah nyawa, bermaksud nyawalah yang menghidupkan badan.

Pada peringkat kedua yang dinafikan ialah Nyawa dan diiyakan ialah Zat Allah SWT. Seperti walaupun nyawa yang menghidupkan badan yang mati itu, nyawa itu sendiri mendapat punca hidupnya dari Sifat Hayyun Zat Allah sendiri.

NAFI DAN ISBAT Dalam Wudhu.

Yang menyucikan ialah air. Yang suci lagi menyucikan kerana sifat Maha SuciNya ialah Allah SWT.

Pertama hendaklah difahami objektif berwudhu itu. Jika dikatakan untuk membersehkan anggota badan yang fizikal, maka yang lebih baik ialah mandi bersabun atau berlangir limau setiap kali hendak bersembahyang.

Jika dikatakan membersehkan batin atau qalbu , maka apakah yang hendak dibersihkan ?
Ini kita kena perhatikan proses pengenaan air kepada anggota badan secara tertib.

Pertama membasuh muka, maka yang terkena air ialah muka, mata dan mulut. Muka lambang hidup atau hayat, mata lambang melihat atau basar, mulut lambang bercakap atau kalam. Hayat, Basar & Kalam adalah Sifat Allah..milik Allah. Inilah yang kita nafikan bahawa sifat sifat itu bukan sifat sifat kita sebagai manusia tetapi SIFAT MAANI ALLAH SWT.

Seterusnya kita mengenakan air kepada tangan, kepala, telinga dan kaki. Tangan lambang bergerak atau kuasa yakni Kudrat, kepala lambang ilmu atau pengetahuan yakni Sifat Ilmu Allah, telinga mendengar yakni Sama’ manakala kaki melambangankanhajat atau kehendak yakni iradat. Sifat siapakah ini. Ya Sifat Allah, maka kita nafikan ianya sebagai sifat sifat milik kita . Kita akui bahawa sifat sifat itu ialah Sifat Sifat Allah sendiri.

Proses dan perlakuan inilah yang disebut sebagai penceraian atau perpisahan. Bagi yang bertauhidkan Wahdaniatullah , mereka sentiasa memandang dbahawa hanya ada satu wujud yaitu Allah.
Untuk membuat pengakuan Tauhid melalui ibadah wudhu, maka perlu melupakan sekejap akan ke-esa-an itu dan mengwujudkan semula ke-ada-an dirinya menjadi dua kewujudan semula. Ini dikatakan sebagai PEMISAHAN

MENAMBAH-NAMBAH itu BID'AH namanya..tetapi tak sah semayang jika takdo air somayang sodangkan ambik air somayang takdo pulak lam Rukun 13 ????

Bila dilakukan penafian wujud diri melalui proses wudhu itu , maka wujudlah semula kesedaran – ke-esa-an yang disatukan semula didalam solat. Maka jadilah yang berbuat atau melakukan solat itu Zat yang meliputi jasad manusia itu yakni Zat Allah. Maka solat itu ialah perbuatan Allah atau Af’al Allah dan bukan lagi perbuatan manusia yang kelihatan bersembahyang itu.

Maka dikatakanlah secara indah : Allah memuji DiriNya untuk DiriNya melalui pentajallianNya. INI DIKATAKAN SEBAGAI PENYATUAN.

Berkaitan wudhu itu perpisahan & solat itu penyatuanlah , fakir mengsyorkan agar wudhu itu dijadikan Rukun Solat yang pertama menjadikan Rukun Solat itu 14 dan bukan lagi 13 saperti lazimnya.


No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...