Thursday, 20 July 2017

Kefahaman Ikhlas

FAHAMILAH MAKSUD IKHLAS

Allah juga Berfirman :-

Orang orang yang BERIMAN itu TIDAK TAKUT pada PENGURANGAN PAHALA atau PENAMBAHAN DOSA.

Maksudnya ialah orang yang beramal ibadah kerana didorong oleh rasa takut berdosa atau oleh keinginan untuk mendapatkan pahala belum lagi benar benar beriman.

Ini adalah kerana dia beramal dan beribadah dengan TIADA perasaan IKHLAS terhadap Allah.

Adapun telah ALlah menyatakan melalui HADITH QUDSI yang dirujuk sebagai SUUL KHOTIMAH dan HUSNUL KHOTIMAH bahawa urusan memasukkan seseorang kedalam Syurga atau Neraka itu adalah Hak dan Ketentuan Allah, bukan ketentuan seseorang itu melalui amal ibadahnya apatah lagi jika amal ibadah itu tidak ikhlas.

Sekiranya kita betul betul faham siapa kita, siapa Allah dengan erti mengenalNya, faham pula kita maksud HAUQALAH, Kalimah Tauhid, Kalimah Rasul, Rukun Iman dan Rukun Islam, tentulah kita akan menjadi orang orang yang benar benar beriman kerana kita tahu siapa diri kita yang menyembah dan kita juga tahu siapa Tuhan yang kita sembah.

Ini adalah kerana kita tahu bahawa semua yang kita lakukan itu adalah AF’AL Allah dan bukannya perbuatan kita.

Ingatlah bahawa SYARIAT itu KULIT dan ianya lakuan Jasad manakala HAKIKAT itu ISI dan ianya adalah AMALAN BATIN atau Ruh atau Nyawa.


Adakah IKHLAS itu ditempatkan ditubuh kita ?

No comments:

Post a Comment

pandang pandang

AKU memandang DIA dipandang Aku merenung DIA tertenung AKU lah TENAGA luar dan dalam TENAGA itulah KUASAnya alam Pertemuan dikiri dan ka...