Kenapa guna perkataan Tenaga?
Perkataan TENAGA (Energy) banyak
digunakan dalam tulisan ini kerana perkataan itu lebih umum dan boleh diterima
pakai oleh semua orang tanpa prejudis dan bias. Perkataan ‘Tenaga’ itu boleh
merujuk kepada apapun kerana segalanya diliputi oleh Tenaga. Tenaga itu
meliputi segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang tidak terkait dengan
Tenaga. Segalanya berkaitan hal Tenaga.
Jika seorang penganut agama Islam,
membacanya, mereka faham Tenaga itu merujuk kepada apa.
Jika seorang Kristian,
atau Buddha atau Hindu membacanya, mereka tahu Tenaga apakah yang dimaksudkan.
Bahkan jika seorang athies, atau theis, atau saintis mahupun artis, mereka akan
faham dan mudah mendifinasikan Tenaga itu menurut kefahaman masing-masing.
Bagi theist, Tuhan itu Tenaga yang
mentadbir alam ini. Bagi athies, fikiran yang mencari logik itu Tenaga. Bagi saintis,
kewujudan sesuatu benda atau idea, dicetuskan oleh Tenaga yang ada di alam ini.
Bagi artis, kebolehan beraksi menunjukkan bakat, itu adalah Tenaga. Semua pihak
bebas menterjemahkan hal Tenaga itu mengikut perspektif masing-masing tanpa
bias, tanpa meremeh dan tanpa menidakkan pihak lain.
Apapun namanya, apapun
perspektifnya, ia langsung tidak menjejaskan hakikat tenaga itu dan ia tetap
menunjukkan hal TENAGA yang sama.
Perkataan TENAGA itu lebih bersifat
inklusif yang boleh diterima oleh semua orang. Bukan bersifat eksklusif yang
hanya golongan tertentu saja yang boleh gunakan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment