KENYATAAN
AKU yang BERDIRI DENGAN SENDIRINYA
itu mempunyai ALAM sendiri yaitu BADAN ? JASMANI / BATANG TUBUHku disebut
sebagai ALAM KECIL atau ALAM SAGHIR. KITA yang terdiri dari badan dan DIRI
keluar hidup dialam ALAM KABIR yakni Alam semesta ini.
Maka berjalanlah kita sebagai
manusia pada jalan kehidupan yang ada dengan TIDAK MEMPELAJARI jalannya
KEHIDUPAN DIDALAM terlebih dahulu. INILAH PUNCA SEGALA MASAALAH
CORAK KEHIDUPAN dengan bersandarkan
kepada YANG LUAR tanpa mempedulikan YANG DIDALAM sudah tua umurnya, sudah
usang, lapuk dan patut ditinggalkan kerana ianya CARA HIDUP YANG SEBEGINI
adalah SALAH. Ia perlu digantikan dengan CARA HIDUP BARU yang lurus lagi benar.
Kita PERLU DILAHIRKAN SEMULA menjadi MANUSIA BARU.
CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN
TENAGA BATIN / DALAM bukan dengan TENAGA LAHIR / LUAR.
Untuk memenuhi keperluan hidup kita
kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga
yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi
diluar.
Akhirnya tenaga kita habis tetapi
hasilnya tidak seberapa !!!!
Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan
KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak
kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA & TENAGA LEMAH.
RUMUSANNYA ialah yang kurang pada
kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita
hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui
Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri
kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis
habis memandang keluar sahaja.
Mempelajari keadaan sendiri bererti
MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita.
Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.
bersambung...
No comments:
Post a Comment