PART 2
Makanya, bagaimana untuk jadi KAYA DIRI ?
Untuk Kaya Diri, kita harus mempraktikkan 7 hal berikut :
1. MEMBERI
Orang kaya sentiasa berkemampuan untuk memberi, maka praktiskan perbuatan memberi, memberi dan terus memberi. Islam menggelarnya, SEDEKAH. Memberi bukan saja kepada sesama manusia, tetapi kepada seluruh makhluk. Memberilah dengan ICI.
Pemberian paling mudah dan murah ialah senyuman, ucapan terima kasih dan pujian. Berilah bantuan kepada sesiapun tanpa mengira agama dan bangsa. Bila memberi jangan sesekali mengharapkan apapun, termasuk mengharapkan ucapan terima kasih. Jangan mengharapkan hormat dan pujian orang atas pemberian kita. Jangan mengharap apa-apapun harapan.
Memberi akan membuatkan kita berasa gumbira. Kenapa ? Kerana apabila kita memberi, badan akan mengeluarkan hormon bernama DOPAMINE. Ini adalah hormon ‘gumbira’ yang secara automatik akan keluar bila kita berasa bahagia. Makin banyak dan makin berterusan kita memberi dengan ICI, makin banyak dopamine keluar dan makin berterusanlah gumbira kita.
2. TAFAKUR
Praktis untuk selalu bertafakur atau meditasi. Bertafakur adalah kaedah terbaik untuk mengaman dan mententeramkan akal yang sentiasa melompat-lompat itu. Banyak teknik tafakur yang boleh kita praktiskan. Bagi yang belum biasa bertafakur, praktis duduk atau baring sendirian di mana mana tempat yang tenang. Rileks dan sentiasa fokus menghayati nafas yang turun dan naik. Bila hilang fokus, kembali hayati nafas itu semula. Bila lupa saja, bila terganggu saja, kembalikan fokus kepada nafas yang turun naik itu. Rasakan bagaimana dada bergerak pada setiap turun naik nafas. Rasakan bagaimana udara yang masuk dan keluar itu diserap dan disebarkan ke seluruh jasad.
Tak perlu sebut apapun. Tak perlu sebut perkataan Ha atau Hu atau He. Hanya fokus pada nafas yang turun naik. Buat permulaan, lakukan kaedah ini selama 1 minit 7 kali sehari. Bila sudah makin selesa, nantinya kita sendiri yang akan menyesuaikan jangkamasa dan kekerapan aktiviti tafakur itu.
3. HORMAT
Sentiasa menghormati diri kita sendiri dan diri makhluk lain. Hormat kepada diri itu termasuklah hormat masa, hormat kebersihan, hormat integriti, hormat kesihatan dan lain-lain.
Sentiasa hormat akan maklumat yang kita perolehi dari sesiapun. Semua makhluk adalah GURU kita, maka hormatilah mereka. Untuk matang dalam hidup, kita harus sentiasa berterusan belajar dari mereka yang lebih arif. Ambil maklumat dari mereka dan proseslah maklumat itu untuk dijadikan ilmu. Sentiasalah berterima kasih kepada mereka.
Hormat akan membuang sifat riak dan ego diri kita sendiri. Bila ego hilang, maka aktiviti tafakur akan menjadi lebih mudah dan kita lebih senang mencapai SAHLA.
Bersambung......

No comments:
Post a Comment