SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA
INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ?
Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG
BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.
Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah
SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang
secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan
sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.
Soal MODAL ! , modal apa tu ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?
Soal Mana letaknya modal tu ?
Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?
Jawab MODAL tu terrahsia kerana
ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat
yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB.
Ianya tenaga ghaib yang berisikan
NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana
ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.
Rupa rupanya selama ini kita
berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad
dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.
Kita terlupa bahawa segala-galanya
telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita
yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA
dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.
Oleh itu untuk hidup bahagia, selain
menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga
batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita
dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU.
IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN
keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah
diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis dalam
usaha menyesatkannya. Yang sedikit ini Iblis tak sanggup memperdayakan. Kenapa
?
Firman Allah : Mereka bertanya
kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali
SEDIKIT.
Tenaga ghaib yang tersembunyi itu
dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang
dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud
kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi
kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak
terhingga. Apakah yang SEDIKIT itu. Firman Allah :-
Surah Al Hijr Ayat 29
Aku hembuskan kepadanya daripada
Ruh-Ku
Itulah yang dimaksudkan YANG
SEDIKIT.
DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP
kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak
mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak
memakai oleh badan pun luputlah.
Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu
dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan
? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh
selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.
Tenaga tersembunyi itu ada pada
DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .
Pada kita LANGIT adalah kepala kita,
BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita
berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan
TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI
dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita
MANUSIA. Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai
TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?.
Ingatlah bumi dibawah langit diatas.
Mahu kebawah atau keataskah kita ?
Keretapi berjalan mengikut jalannya
sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya.
Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi
atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ? Tidak mengapa menumpang
tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri.
Bagi kita jalan kita ialah jalan
DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU.
TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari
YANG MAHA BENAR.
Oleh itu marilah kita pelajari DIRI
KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR.
SELAMA ini JALAN yang banyak kita
gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana
banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan
YANG LURUS.
BILA kita telah TEMUI jalan DIRI
kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah HIDUP. Fikiran yang dari
otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung
seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepla
atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA . Orang mengatakan
Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita
rasakan ?
bersambung...
No comments:
Post a Comment